Sunday, November 23, 2025

.: TEAM KOIR HRAD :.

Assalamualaikum.

Simpan sini sebagai kenangan.
Jumaat, 21.11.2025 - turn Admin dan sumber manusia yang jadi urusetia perhimpunan bulanan.
Jadi, nama Linda termasuk dalam team koir HRAD (Human Resource Admin).
Layan jelah kan, bukannya nyanyi sorang² pun.
Pertama kali join koir di alam pekerjaan, dan setelah 4 tahun kerja di Selangor, baru lah betul² hafal lagu negeri Selangor 🤭🤭.

Tiba² minggu lepas tu, dedek pun asyik la nyanyi lagi negeri Selangor, nak bagi ibu hafal agaknya. Kikiki.

Team koir
Team koir di hari kejadian.
Alhamdulillah ,pengarah hospital pun puji lah. Dia siap kata "1st impression saya, ingatkan jemputan group koir dari mana lah tadi".. 
Bangga sat weyh..kikiki.

Kami sampaikan 4 lagu :
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu KKM
Lagu Darah Satria

Latihan koir
Wefie beramai ramai, masa sesi latihan.
Yang bagusnya, konduktor kami yang berpengalaman dengan koir.
Sebab tu lah ,team koir menjadi.
Yang depan sekali lah konduktor kami, kak Qyra. Thank you akak.

Ada rezeki, boleh la join lagi.
Rotation lambat lagi, sebab ada 26 unit/jabatan yang akan jadi urusetia perhimpunan.
So, turn Admin dan HR mungkin 2027 pula.
Masa tu, Linda dah transfer kot..hihi.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. lepas akak mention lagu selangor tu, saya pun ingat2 lupa. google lirik, okay alhamdulillah masih igt lagi lagunya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kan orang Perak..hihi.. lepas tu kerja kat Melaka..lagu negeri Melaka catchy sikit...

      Delete
  2. Akk setiap kali ada event sekolah, time lagu negeri Selangor senyap. Tak hafal sangat sbb kita biasa dgn lagu negeri kita la kan...
    Tahniah Linda! Berani mencuba 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..memang senyap je, ni masuk koir..tu yang hafal..hihi..
      Mekasih kak.. saja nak mencuba sesuatu yang baru..

      Delete
  3. waahhh 1 pengalaman yg menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ak, boleh masuk dalam sumbangan nie.. hihihi

      Delete
  4. Merasa masuk koir ye, Linda. Tahniah, dapat pujian sedap oleh Pengarah. 👏👏 Akak tahu lagu negeri Selangor, sebab pernah sekolah 5 tahun sekolah menengah. Sampai sekarang masih ingat. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...berkat konduktor yang bersungguh sungguh... kalau pernah duduk sesuatu negeri tu,insyaAllah akan ingat lagunya

      Delete
  5. Replies
    1. memang selalu itu, urusetia memang kena sediakan team koir.. hihihi..

      Delete
  6. wah... segak2 dan lawa2 semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. helok berblazer..warna tudung pun sama je...auto segak

      Delete
  7. wahhh...lepas ni boleh dah ni panggil linda koir ni

    ReplyDelete
  8. wah bestnya join koir.. Sekolah Naniey dulu tak de koir.. Tapi suka tengok Koir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa sekolah masuk team choral speaking...lebih kurang la koir...tapi, anak2 tak minat benda2 macm tu.. kikiki

      Delete
  9. Sebagai rakyat Selangor saya merasakan setiap orang yang bersekolah, bekerja atau menetap di Selangor wajib hafal dan memahami lagu Negeri Selangor. Haaaa....gitewwww🤭🤭🤭... kalau tak... meh nak rotan 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..lagu negeri Perak saya hafal..lagu negeri Melaka pun sama...lagu Selangor baru hafal..

      Delete
  10. Wah best ni dapat join. Dapat juga menyumbangkan suara. hihi..bagusnya ada dak kecik tu supporters bantu hafal lagu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah..lepas habis koir, takde pula dia menyanyi²..mcm tahu² je

      Delete
  11. Eh comel je tau, ada koir.
    Mesti suara jadi lebih merdu lepas ni.
    Kita baru hafal lagu Selangor tahun lepas, hahaaa~

    ReplyDelete
  12. bestnya linda pandai Koir..akak last koir masa form 2...lepas tu takde dah..hahaha

    ReplyDelete
  13. Nyanyi ramai2 ok lagi, kalau kena nyanyi sorang2 berpeluh2 kot atas pentas tu hehe. All the best to kumpulan koir HRAD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. G karoks pun sekali je sepanjang hidup ni, memang idak la nak menyanyi sorang²..kikiki

      Delete
  14. Uwaaaaah penasaran nak dengar 😄😄. Sayapun kalau choir, pasti mau ikut. Tapi kalau nyanyi sendiri, tak usahlah, lari semua yg dengar suara saya nanti 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa ..malu la nak up video..Kikiki.. sama lah, kalau nyanyi sorang², memang tak boleh la

      Delete
  15. Ammi kan dari 97-2025 belajar dan kerja di Selangor. Pastu 19 tahun menetap di KL tapi harammmmm lagu 2 negeri ni tak pernah nak ambik port pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau takde perhimpunan ke ..apa ke..memang tak ambik port lah..dulu kerja kat Melaka, memang tiap² bulan ada perhimpunan, jadi kena nyanyi juga la lagu Melaka tu

      Delete