Saturday, September 6, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 13 :.

Assalamualaikum.

begitu pantas masa berlalu.
dah 13 tahun umur anak sulung linda.


buat penghuni rahim ibu yang pertama, dengan adanya anak, bukan untuk bermegah, bukan untuk membuktikan bahwa ibu dan ayah adalah manusia normal yang dapat menyambung zuriat keturunan.
Ini semua adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Anak di datangkan dengan amanah dan tanggungjawab.
Segala apa yang ibu dan ayah usahakan untuk anak-anak, itu lah yang akan ditanya satu persatu di akhirat kelak.
harapan ibu dan ayah, maafkan segala kekurangan dan kekhilafan kami, membesarlah jadi anak soleh yang menyenang hati kami, tumbuh besar lah menjadi orang yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain. tak lupa juga, akhlak yang baik. semoga apa juga yang jalan yang diambil, selagi baik dan tidak bertentangan dengan hukum agama, insya-Allah ibu dan ayah sentiasa mendukungmu.

semoga yang baik-baik sahaja untuk mu, Mu'az Syafiq.

till then, see ya.

 

Friday, September 5, 2025

.: SALAM MAULIDUR RASUL 1447 :.

Assalamualaikum.


HUKUM SAMBUTAN MAULID RASUL

SOALAN :

Apakah hukumnya membuat upacara sambutan Maulidurasul?

JAWAPAN :

Berkata Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam Mufti Mesir :

الاحتفال بالمولد النبوي الشريف شاهدٌ على الحب والتعظيم لجناب سيدنا النبي صلى الله عليه وآله وسلم والفرح به، وشكرٌ لله تعالى على هذه المنَّة كما قال تعالى: ﴿قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا﴾ [يونس: 58]. وهو أمرٌ مستحبٌّ مشروعٌ له أصله في الكتاب والسنة، ودرج عليه المسلمون عبر العصور، واتفق علماء الأمة على استحسانه، ولم ينكره أحدٌ يعتدُّ به.

Artinya : “Upacara sambutan maulid Nabi yang mulia adalah merupakan tanda atas rasa kasih dan mengagungkan penghulu kita Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan bergembira dengannya.

Dan merupakan tanda syukur kepada Allah Taala atas kurniaan-Nya sebagaimana firman Allah Taala :

قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا

Artinya : “Katakalah dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya maka dengan sebab yang demikian itu maka hendaklah kamu semua bergembira.” (Yunus : 58)

Sambutan ini adalah pekerjaan yang disyariatkan yang ada baginya asal di dalam Quran dan Sunnah yang mana telah mengamalkannya olih sekelian orang Islam sejak berkurun-kurun.
Dan telah sepakat segala umat atas eloknya dan tidak ada seorang pun ulamak yang muktabar yang mengingkarkannya.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Till then, see ya.


 

Thursday, September 4, 2025

.: PINK TULIP :.

Assalamualaikum.

Fuhh, dah sebulan cikCha dok tanya pasal white tulips.

Pertama kali tanya.

Kali kedua request.

Eh, tak boleh jadi, kena gather kerajinan untuk cuba buat tulip.
Leceh sikit, sebab kena guna gam untuk satukan kelopaknya.
Tu yang malas sebenarnya. Kikiki.

Tapi, Linda takde warna putih, kita cuba warna pink dulu ya.

Siap kelopak dan daun.

Masa untuk cantumkan dia.

Siap, tulip gemoks.. 😂😂
Dah macam pod untuk biji teratai tu ha..
Bulat je.

Cantumkan jadi sepohon pokok.
Boleh tahan, cuma kalau nak kurus sikit, pakai 3 kelopak je kot.

Close up sikit.

Alala, comel pulak nampak bulat² gitu.
Amacam cikCha, lulus tak?
Pape roger Linda, (tekan je sini).. kita try roger awak, tapi tak dapat.

Till then, see ya.

.: BOLONG TERUS :.

Assalamualaikum.

Ingatkan yang abang Mu'az punya teruk sangat dah tu.
Rupanya ada lagi yang teruk. 😂😂

Apa yang teruk tu??

Nie haa, sampai bolong(lubang) tapak kasut nya.
Tuan punya kasut, abang Mueez.
Alahai, punya lah hujung bulan, ibu takde duit nak beli kasut, kena tunggu gaji.
Sabarlah ye nak, tapi citer dia, dah ganti lah sekarang nie.

Padahal awal tu, nak ganti dah.tapi saja lah ngusik abang Mueez, tunggu ibu gaji lah.
Lepas tu, dia cakap ok.
So,tak belek lah kasut sekolah nya.
Ingat kan patah biasa tu jelah, rupanya bolong.
Patot lah tak pergi tandas katanya, malas kasut nak basah².

Tak tau lah kasut yang tak tahan atau orang nya kuat meronda satu sekolah. Hahaha.
Kang ibu beli kasut penguin yang zaman ibu kecik² dulu baru tau.

kredit SINI

insya-Allah, bab pelajaran, sekolah...macam mana pun, setiap ibu ayah pasti akan usahakan.
tapi anak-anak kena ingat dan belajar rajin-rajin.
semoga kejayaan milik meraka, aamin.

till then, see ya.

p/s- jangan lupa jenguk PV sebab ada buat GA PV 200,000

Wednesday, September 3, 2025

.: BERBUAH JUGA :.

Assalamualaikum.

Berbuah dah pokok jambu dekat taman segi tiga Bermuda asrama nie.. 🤭🤭

Comel² je.

Banyak juga nie.

Tak tahu lah jambu apa.
Macam jambu air, tapi comel je kecik haa..

Setelah 3 kali pokok jambu nie belajar berbunga.
Akhirnya, lekat juga bunga nya jadi buah.

4 tahun usia pokok nie.
Pengarah tanam hujung tahun 2021.
Masa tu sebab go green kot.
Tanam dekat kawasan asrama, sebab sini je yang ada tanah lapang.

Tu ha pokok jambu je.
Kecik je.
Nie Linda ambil dari asrama je, malas pula nak turun balik.

Yang untung nya Linda lah, boleh makan buah.. 😂😂

Till then, see ya.

Tuesday, September 2, 2025

.: GA PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Sempena bulan birthday Linda.
Nak buat GA suka suka lah.
Mencari pemenang yang dapat Captured PV 200,000 blog Linda.

Setakat Linda screenshot tadi.
PV nya 173,363
Ambil masa nak capai 200,000 tu.
Sebab blog Linda kan biasa² je..hihi..

Apa pun, Linda mulakan GA dari hari ini.
Kalau mobile version tak jumpa tau PV nie.
Kena rajin tekan website version tau.

Nanti Linda pin kan juga entry nie dekat tepi, biar rajin² kerling sikit.

Dapat je PV 200,000 tu, terus Captured dan send bukti dekat Linda ya, link dekat bawah.

Till then, see ya.

#dulu pernah buat GA PV 10,000.

Monday, September 1, 2025

.: HAMPIR TERJEBAK :.

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita,minggu lepas, tiba² ada terima call dari nombor yang tidak dikenali.
Dia kabo nak bagi barang percuma, sebab setia dengan membeli atas talian nie..
Dia tanya nama.
Lepas tu nak confirmkan alamat, nak hantar barangnya.
Dia baca alamat kampung, linda iyakan je lah.
Dalam 2,3 hari lepas tu. Sampai lah barang nya.

Dapat bekas bawang nie.
Oklah, free kan.

Lepas tu, pihak yang bertanggungjawab tu call semula, untuk tanya barang ok ke tak, dan masuk kan dalam group wasap.
Dari group wasap di bawa pula ke group Telegram.
Lepas tu, dekat group Telegram, ada disertakan misi, kena subscribe channel² yang diorang bagi link.
Bila dah subscribe, screenshot dan hanya bukti. Nanti dapat komisyen.

Haa.. nie la komisyen nya.
Ada naik taraf dapat komisyen 1 misi RM4.80.

Yang terima dari personal, itu lah komisyen yang dapat.

Yang puluh² ringgit tu.
Sebab buat derma (modal dari duit task dia bagi juga).
Lepas tu, dia bagi task lain, duit derma tu dapat semula dengan extra.

Dalam masa sehari je semalam.
E wallet Linda dari RM24 jadi RM240.
Macam pelik, siapa lah nak bagi duit free kan?
Layan je lah lagi.

Sampai pagi tadi, ada lagi misi derma.
Min dari RM210 - RM1000 something la.
Nilai derma kita pilih, dan kena battle, tulis banyak², jadi bila sistem detect kita, kita kena bayar lah amaun yang kita tulis tu.
Dan of course, nilai derma tu akan diganti balik lah konon nya.
Lagi banyak derma, lagi banyak kita akan dapat semula.

Linda layan jelah, sebab duit modal tu dari dia juga.
Dok fikir juga, aku nie terjebak casino online ke..hahaha..

Tiba² nama Linda kena detect sistem dia, dan diorang keluarkan Linda dari semua group yang ada.
Untuk fokus pada misi RM210 (amaun yang Linda pilih untuk derma), kiranya untuk dapatkan balik komisyen nya.
Sebenarnya masih ragu², tapi layan je lagi.

Sampai keluar explanation yang nie.
Sebab yang nie, dah kena keluar modal sendiri, jadi Linda komen 2, maksudnya untuk penarikan diri.

Tapi, admin tu PM personal juga tau, untuk explain betul²..
Katanya nanti duit misi RM210 dan komisyen takkan dapat balik.
Linda cakap jelah, takpe.
Dalam hati dok fikir, tu pun duit ntah dari mana.

Nie antara admin² yang Linda berurusan lah.

Lepas tu, baru la terfikir nak Google.
Dapat lah keputusan macam nie.

Terus Linda tekan link tu
Uish, bila baca MO (modus operandi), sama je macam yang telah alami nie.

Antara contoh².

Yang buat lagi terfikir, katanya akan dapat free barang elektrik.
Bukan biasa² barang elektrik tau..
Mesin basuh, peti sejuk, microwave, mesin kopi dan macam² lagi lah.
Tapi, kena setia lah dengan misi² yang diorang buat.

Risau juga, tapi Linda takde isi borang² untuk details peribadi.
Semua pakai no telefon dan e wallet je lah.
E wallet Linda selalu takde duit pun.
So,takpe kot. 😂😂

Silap Linda pula, takde screenshot group Telegram misi² Dan feedback.
Harap² takde lah apa² yang buruk berlaku.
Linda takde hilang modal lagi lah.
Yang RM210 tadi tu, memang yang team scammer tu bagi.

Nasib baik, boleh tarik diri senang je.
Takde diorg push² bagai.
Macam² eh cara nak scam orang zaman sekarang nie.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT..

Panjang betul entry hari nie, sorry ye ambil masa korang baca entry Linda hari nie..hihi..

Till then, see ya.