Friday, August 8, 2025

.: CERITA HARI JUMAAT :.

Assalamualaikum.

Sepanjang minggu penyusuan dekat Hospital Selayang, banyak gerai jualan yang dibuka.
Selalu tak singgah pun, hari ni tiba-tiba lalu, perasan ada jual aneka talam & seri muka.

Hasil mencandat talam dan seri muka.

Petang, abang Mueez dah siap² haa.
Muka tak ready, kena usik Ngan ayah.

Nak g perkhemahan perdana sesi 2025.
Tahun nie buat dekat sekolah je.
Naik kereta jiran bawah, terima kasih la ye parents Auf.
Padahal, boleh je hantar, tapi tiba² abang Mueez cakap nanti pergi dengan Auf.
Siap Auf ketuk rumah tanya jadi tak nak pergi sama.

Sunyi la satu malam, abang Mueez takde. Hihi

Pagi tadi, meronda sat dekat asrama.
Saja, nak tengok "serangga ternakan" dekat asrama tu.

Haa, ada lagi rupanya.
Tu bukan butir nasi ye.
Tapi, anai-anai.. seronok betul nampaknya.

Kat bawah ada share sikit video anai-anai..
Siapa yang penggeli, sila skip.

Linda dah letak lagu background comel.
Biar hilang geli.

Till then, see ya.

24 comments:

  1. Eei.. mmg geli tgk anai-anai.. xnak klik video 🫣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda geli dengan ulat buah yang melompat² tu.. hahaha..dengan katak licin yang melompat.. kesimpulan yg boleh lompat² lah .risau lompat kat kita..hahaha

      Delete
  2. Sedapnyaaa hasil tangkapan kuih muih ehehehehhehe...tak sanggup tgk, achik geliii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap..tak manis sangat kuih nya

      Delete
  3. Hosp lipis pun ada jugak minggu PSI tu cie sempat singgah hari pertama je takde jualan lagi.

    ReplyDelete
  4. Segak pulak nampak Abg Mueez rambut gini. Macam askar hehe...
    Aduh tak suka la bab anai2 ni... habis semua dimakannya nanti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mata kita segak, di mata anak² malu...hahaha...
      Betul habis semua dia makan

      Delete
  5. Sedap kuih talam ni. Dapat pulak tu yang beraneka rasa. Dapatlah rasa macam-macam jenis kuih talam. Seronoklah abang Mueez dapat pergi berkhemah dengan kawan-kawan. Aktiviti sekolah tak seronok kalau tak ada program perkhemahan ni. Bagi pengalaman untuk anak-anak.
    Uissh banyak pulak anai-anai tu bermaharajalela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,sedap kuih talam n seri muka tu, tak manis sangat..
      Abang Mueez memang suka aktiviti macam tu, lain pula dengan abang Mu'az, jenuh paksa pun tak nak..emm
      Lantai pun kayu, sedap lah anai² tu

      Delete
  6. Teringin nak makan kuih muih macam linda beli tu..alamak anai anai...euwww..x nak tgok video, akak geli ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau org jual kuih pagi² pun jrg nampak dah..banyak kuih bergoreng je..

      Delete
  7. Alamakkkksss.. apesal lagu tu terasa menghantui 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sekali dengan babak anai² berjalan tu...hihihi

      Delete
  8. Geli & geram tgk anai2 tu sebab dah pernah serang lantai pakir depan pintu bilik air rumah sy ...Habis RM2k owner nk kena bayo ke pest control...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lantai parkir nie lawa, tapi kena berperang dengan anai² lah...dekat asrama tu gitu lah..lantai parkir dalam bilik²

      Delete
  9. Anai-anai tu bagi ubat apa ye nak bagi mati. Kat kg ahkak rumah pusaka habis di serangnya yang kayu. Jenuh nak buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli racun anai² pun ada..yang warna putih, tak tau pula nama dia apa...tapi, tulah..kalau kita sembur sini, dia lari belah sana..kalau banyak sangat, better panggil pest control..tapi, modal juga tu.

      Delete
  10. Letaklah lagu comel macam mana pun, kalau dia makhluk yg menggelikan tetap takkan nampak comel 🤣

    Sembur pakai ridscet boleh mati tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan mati,tapi lambat..lepas tu, anai² ni,kena cari Queen dia..batu boleh musnah..kalau sembur situ, anai² yang ada kat situ je yang mati.

      Hahaha..anai² tu kan comel, warna putih susu gitu..😂😂

      Delete
  11. Kalau anak2 saya biasa saja kak. Tp jangan kasih ular, lintah, Pacet, cacing, yg jalan pakai perut, memang tak sukaaa 🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar betul nie,jalannya pakai perut ya...😂😂

      Kak Linda tu kalau yang melompat²,risau melompat ke kita..hahaha..
      Mcm katak atau ulat buah yang melompat² tu.

      Delete
  12. Replies
    1. Kalau yang jenis merayap ni ok je..kalau ulat yg lompat² tu,Linda geli

      Delete