Thursday, August 7, 2025

.: CERITA HARI KHAMIS :.

Assalamualaikum.

Dok join GA coffee lover, terus teringat kopi gantung area sekolah abang Mu'az tu.

Maka, Linda order je lah.
Adalah tukang hantar ni..😂😂
Dah dia yang lalu situ nak hantar abang Mu'az g sekolah, jadi singgah lah sekali.

Rupanya owner kopi gantung tu, intake dia juga masa masuk tentera dulu, sama² pencen lah tu.
Linda lah kabo kat incikSuami masa mula² beli kopi gantung tu.
Sebab owner tu pakai baju t-shirt PERHEBAT, sama macam incikSuami.

Benonya, nak mintak incikSuami hanya charger telefon je.
Tak perasan pula yang malam tadi tak cas, sampai² pejabat, tengok dah tinggal 25% je bateri nya.
Memang tak cukup lah sampai pukul 5petang.
Linda pula takde USB spare lagi, yang ada telefon lama punya.
Telefon sekarang kan semua pakai type C.

Petang, masuk mesyuarat vektor dan kawalan serangga perosak.
Asrama, biasa lah masalah anai² yang tak berkesudahan.
Konsesi dah kabo nak buat soil treatment untuk tiga² bangunan asrama, Alhamdulillah..
Moga lari lah anai² nie.

Satu lagi masalah pokok yang dah membesar setinggi bangunan, malah ada yang lebih lagi.
Dah bersangkut dengan dinding dan bumbung asrama.
Risau kalau ada binatang lain meniti ranting dan masuk bangunan asrama.

Bab pokok nie memang payah sikit, rasanya semua Hosp ada masalah pokok besar, tapi konsesi tak cover dah. Semua akan jadi kerja² berbayar...
Yang tu kita takmau, padahal dari pokok tu kecik apsal tak di cantas bg rendang je.

Entahlah labu, kerja Linda sampai situ je lah.
Ingat kan, buat aduan, sampai lah isu selesai.

Till then, see ya.

36 comments:

  1. Dulu time muda2 suka Ice Coffee Dunkin' Donuts. Entah ada lagi ke tak....tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunkin donuts ad lagi, ice coffee tu pun mesti ada lagi..

      Delete
    2. ada lagi, siap package dgn donut 2, air 1.setiap minggu mieja beli

      Delete
    3. senang yang combo kan kak mieja...jimat sikit

      Delete
  2. Pernah beli beberapa kali kopi gantung, sedap jugak.

    ReplyDelete
  3. Dulu kopi gantung perlis kalau tak silap cie ada jual kat lipis ni terpaling sedap. Tapi tu la sekejap je. Sekarang takde dah. Ada kopi gantung lain dah cuma tak sedap sangat.

    ReplyDelete
  4. Halamak! Tengok warna gradient kopi tu... padu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padu...kalau nak lagi padu, kena habiskan dalam masa 2jam..hihihi

      Delete
  5. Untunglah order je dapat terus. hihi..padu kopi gantung ni. Kaw betul! Pusing pusing situ jugak ada yang kenal kan. Tak cover tu yang payah nak kena keluar modal pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah...modal Hosp lah..kikiki...
      Ada masa lagi nak buli incikSuami sebelum PJJ pula nanti

      Delete
  6. Memang bahaya pokok dekat bangunan..ranting rapuh kah, kita tak tahu tu semua..kena perihatin kan keselamatan semua orang..rasanya budaya tanam pokok dekat bangunan kena elak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu.
      Boleh nak tanam pokok dekat dengan bangunan,tapi kena trim dan cantas supaya dia tak meninggi

      Delete
  7. Pokok tu nak kena tebang or trim dahan2 bg jd kecik saiznya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tapi konsesi biasalah, masa dia kecik tak nak trim..dah beso kedabak tu keluar lah ayat "pokok² melebihi 10kaki, kena kerja² berbayar"..
      Linda DTG pokok dah beso², kalau pokok kecik² memang Linda suruh kerat je..bio tak beso.. hahaha.

      Delete
  8. tengok pada warna kopi tu, mesti piau kan? confirm cerah mata sampai petang.. hehehe.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap..tapi kena consume dalam masa 2jam..lebih dari tu, kureng dah rase dia...hahhaa, memang jarang la mengantuk di waktu petang...sebab petang tetap ada kerja yang memerlukan berjalan.. hahaha

      Delete
  9. Tiber rasa nk kopi jga he heee sekali sekala sedapp ni layann

    ReplyDelete
  10. Lama tak minum kopi gantung. Ialah, karang ada pulak yg meniti dahan masuk bilik, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kurus boleh la kak...kalau montel, risau jatuh tergolek je..hahaha...setakat hari nie takde lagi lah aduan bawa lelaki masuk bilik, wlauapun suami sendiri. kalau ada, linda buat notis keluar asrama je, malas nak fikir2.. hahha

      Delete
  11. Kopi gantung, rasa mcm pernah ada dulu. Entahla memacam jenis kopi ni. Ku tetap dgn kopi Ustaz Kazim.
    Busy seorang Adnil Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda tak pernah try kopi ustaz kazim...sebab tak bape suka sangat kopi sachet nie...jarang la buat.
      cikCha kita lagi bz mengurus rumah tangga

      Delete
  12. Pokok besar tu boleh jer gotong royong sesama kakitangan untuk potong atau trim.. macam mana sekolah buat.. panggil parent bantu dtg potong pokok kat sekolah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus cadangan tu...tapi, agak bertuah la staff spital nie nak gotong royong tang tu...sebab alasan nanti, dah bayo konsesi mahal2, kenapa deme kena buat kerja...hihihi...
      lagipun, susah nk pilih nak assign siapa

      Delete
  13. Tokeh hantar kopi ais...baguslah.....pokok tu tebang sendiri gotong royong boleh dak? ke kena Majlis jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam kawasan hosp under konsesi sendiri, majlis luar kawasan hospital je

      Delete
  14. susah jugak bila pokok besar smpai dahan2 dia nk termasuk dlm bangunan dah. nak upah orang suruh cantas jadi kos pulak dahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ... nie pun ada dah beberapa pokok yang linda berjaya meracun konsesi atas keselamatan...yang nie belum lagi

      Delete
  15. Tiap saya ke Malaysia, pasti beli ini, tp biasanya teh tarik atau Milo 🤣🤣🤣. Kalo yg digantung macam nih, hanya ada di sana soalnya, Indonesia tak ada 😅😄. Kan jadi rindu nak minum kopi gantung .

    Besaaar memang pohonnya ya kak. Itulaaah, langsung kuatir ada hewan Macam2 masuk kalo dah menempel ke jendela dan bangunan . Sebatas tupai tak apa, takutnya ular 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enak kan kopi gantung nya..tapi, kalau hendak dibawa dalam kereta, agak susah lah..iya,takut tumpah kopinya..hihi.

      Gambar pokok yang kak Linda tunjuk nie , yang paling kecil yang ada di sekitar asrama..jadi,boleh bayangkan pokok lain yg lebih besar...hihihi

      Delete
  16. Sedapnya coffee ikat tepi...ok kena stop dulu, semalam dh minum coffee...

    ReplyDelete
  17. sedap tu kopi gantung... boleh ketagih tapi bila mengingatkan umur pun dah banyak... sesekali je lah minum.

    ReplyDelete