Assalamualaikum.
Sepanjang minggu penyusuan dekat Hospital Selayang, banyak gerai jualan yang dibuka.
Selalu tak singgah pun, hari ni tiba-tiba lalu, perasan ada jual aneka talam & seri muka.
Hasil mencandat talam dan seri muka.
Petang, abang Mueez dah siap² haa.
Muka tak ready, kena usik Ngan ayah.
Nak g perkhemahan perdana sesi 2025.
Tahun nie buat dekat sekolah je.
Naik kereta jiran bawah, terima kasih la ye parents Auf.
Padahal, boleh je hantar, tapi tiba² abang Mueez cakap nanti pergi dengan Auf.
Siap Auf ketuk rumah tanya jadi tak nak pergi sama.
Sunyi la satu malam, abang Mueez takde. Hihi
Pagi tadi, meronda sat dekat asrama.
Saja, nak tengok "serangga ternakan" dekat asrama tu.
Haa, ada lagi rupanya.
Tu bukan butir nasi ye.
Tapi, anai-anai.. seronok betul nampaknya.
Kat bawah ada share sikit video anai-anai..
Siapa yang penggeli, sila skip.
Linda dah letak lagu background comel.
Biar hilang geli.
Till then, see ya.
Eei.. mmg geli tgk anai-anai.. xnak klik video 🫣
ReplyDeleteLinda geli dengan ulat buah yang melompat² tu.. hahaha..dengan katak licin yang melompat.. kesimpulan yg boleh lompat² lah .risau lompat kat kita..hahaha
DeleteSedapnyaaa hasil tangkapan kuih muih ehehehehhehe...tak sanggup tgk, achik geliii
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap..tak manis sangat kuih nya
DeleteHosp lipis pun ada jugak minggu PSI tu cie sempat singgah hari pertama je takde jualan lagi.
ReplyDeleteItulah..kan memang tarikh satu Malaysia kot..
DeleteSegak pulak nampak Abg Mueez rambut gini. Macam askar hehe...
ReplyDeleteAduh tak suka la bab anai2 ni... habis semua dimakannya nanti :(
Di mata kita segak, di mata anak² malu...hahaha...
DeleteBetul habis semua dia makan
Sedap kuih talam ni. Dapat pulak tu yang beraneka rasa. Dapatlah rasa macam-macam jenis kuih talam. Seronoklah abang Mueez dapat pergi berkhemah dengan kawan-kawan. Aktiviti sekolah tak seronok kalau tak ada program perkhemahan ni. Bagi pengalaman untuk anak-anak.
ReplyDeleteUissh banyak pulak anai-anai tu bermaharajalela.
Alhamdulillah,sedap kuih talam n seri muka tu, tak manis sangat..
DeleteAbang Mueez memang suka aktiviti macam tu, lain pula dengan abang Mu'az, jenuh paksa pun tak nak..emm
Lantai pun kayu, sedap lah anai² tu
Teringin nak makan kuih muih macam linda beli tu..alamak anai anai...euwww..x nak tgok video, akak geli ..
ReplyDeleteKalau org jual kuih pagi² pun jrg nampak dah..banyak kuih bergoreng je..
DeleteAlamakkkksss.. apesal lagu tu terasa menghantui 😁
ReplyDeleteMesti sekali dengan babak anai² berjalan tu...hihihi
DeleteGeli & geram tgk anai2 tu sebab dah pernah serang lantai pakir depan pintu bilik air rumah sy ...Habis RM2k owner nk kena bayo ke pest control...
ReplyDeleteLantai parkir nie lawa, tapi kena berperang dengan anai² lah...dekat asrama tu gitu lah..lantai parkir dalam bilik²
DeleteAnai-anai tu bagi ubat apa ye nak bagi mati. Kat kg ahkak rumah pusaka habis di serangnya yang kayu. Jenuh nak buang.
ReplyDeleteKalau beli racun anai² pun ada..yang warna putih, tak tau pula nama dia apa...tapi, tulah..kalau kita sembur sini, dia lari belah sana..kalau banyak sangat, better panggil pest control..tapi, modal juga tu.
DeleteLetaklah lagu comel macam mana pun, kalau dia makhluk yg menggelikan tetap takkan nampak comel 🤣
ReplyDeleteSembur pakai ridscet boleh mati tak
Akan mati,tapi lambat..lepas tu, anai² ni,kena cari Queen dia..batu boleh musnah..kalau sembur situ, anai² yang ada kat situ je yang mati.
DeleteHahaha..anai² tu kan comel, warna putih susu gitu..😂😂
Kalau anak2 saya biasa saja kak. Tp jangan kasih ular, lintah, Pacet, cacing, yg jalan pakai perut, memang tak sukaaa 🤣🤣.
ReplyDeleteKelakar betul nie,jalannya pakai perut ya...😂😂
DeleteKak Linda tu kalau yang melompat²,risau melompat ke kita..hahaha..
Mcm katak atau ulat buah yang melompat² tu.
adoyai MZ jenis penggeli laaa
ReplyDeleteKalau yang jenis merayap ni ok je..kalau ulat yg lompat² tu,Linda geli
Delete