Saturday, December 28, 2024

.: TRIP TO SELATAN 1 :.

Assalamualaikum

sabtu (21.12.2024), balik Melaka bukan lah semata-mata untuk menghadiri HighTeaBakat.
sekali nak mengemas rumah sikit-sikit, mana yang sempat.
sebab agak penuh jugak jadual nya.. kikiki

ahad (22.12.2024), gerak ke Batu Pahat, rumah adik (Izhar + Ika)
mak, kak Mas, amar dah sampai dalam pukul 2pm gitu.
yang kita nie pukul 2pm baru nak terkedek-kedek gerak dari Mydin MITC.
lunch dulu, sambil cuci-cuci mata.
sekali "ter"beli sandal ala-ala wedges dekat Verns.
2 pasang RM100.

isnin (23.12.2024), dengan mak,kakmas serta adik ipar Ika.
kitaorang meneruskan perjalanan ke Kluang.
hajat nya nak menziarahi abahMan dan makFauziah (parents besties masa belajar dekat UMT)
lama sangat tak berjumpa, last tahun 2018 ke 2019, mcm tu lah.
masa besties linda, Kema buat aqiqah kat anak dia.

jumpa dah mercu tanda Kluang

abah ngan mak busy, walaupun dua dua dah pencen.
kena buat appoitment, kalau tak, datang rumah kosong lah ..

tapi, tulah, kalau gitau awal nak datang.
macam-macam dimasaknya kang.
kita pulak yang jadi segan.

nie pun, ayah abah warded.
jadi, takdelah beriya sangat.
kalau tak, mau jugak abah ngan mak suruh tido  rumah diaorang.

Alhamdulillah, rezeki lunch hari tu dekat rumah mak abah.
semoga murah rezeki selalu.
ada masa, linda mai lagi.

jangan lupa gambar sekeping dua sebagai kenangan

sebelah linda, yang bertudung biru tu mak,sebelahnya abah
dua dua pun pencen polis.
abah - PGA
mak - polis trafik

another shot

niat linda nak ziarah, sebab tak lama lagi dah takde urusan dekat Melaka
jadi, sementara ada peluang nie, ziarah lah.
nanti dah pindah ke Perak sepenuhnya, dah takde lah alasan sangat nak ke sana.
tapi, selagi adik masih kerja dekat Batu Pahat.
insya-Allah, sampai je sana.

otw dari kluang nak balik batu pahat.
adik ipar ajak p kilang kerepek.
yang tu kita up entry lain ya.

till then, see ya

16 comments:

  1. Wah jalan2 belah selatan ye.. kita pun dh otw gi batu pahat ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, boleh jumpa sanak saudara

    ReplyDelete
  3. Keluarga beruniform ni. Terbaik.

    ReplyDelete
  4. Betul tu... Waktu ada masa lah kita nak pergi ziarah.. waktu sibuk biasa dtg di kala tak undang.. dua2 pencen polis tu.. hebat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Masa nie, parents besties nie lah yang hebat.. Dua dua keje gomen, yang lagi sorang kerja AADK... Yang tu kt kelantan, Insya-Allah nak ziarah juga bila ada trip ke sana nanti..

      Delete
  5. Dah lama tak ke selatan. Last hari tu 2022 uruskan tanah arwah ayah. rumah adik pun dah lama tak jejak sejak johor cuti jumaat sabtu. clash dengan cuti sini. kang datang dia kerja pula. lepas ni dh ubah balik. Insya Allah boleh dah lah jenguk

    ReplyDelete
  6. Sesekali berjalan memang seronok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..duitnya kena himpun dari awal tahun.. hahaha

      Delete
  7. Wah...mak polis trafik? hebat tu ....jarang juga nampak polis trafik wanita kat jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang dah senior, banyak buat kerja ofis je..jarang turun lapangan

      Delete