Tuesday, November 5, 2024

.: NASI RAHMAH :.

Assalamualaikum

hari nie, linda beli makanan dekat cafe.
padahal pagi tadi dah siap masak lunch dekat rumah.
tapi tak bawak bekal, konon nya tengah hari nie balik rumah, sebab incikSuami balik Melaka jap.
kena sign SSPA, alhamdulillah dapat jugak rezeki dia..
naik sikit lah pencen nant, sebab gaji pokok naik. 😍😍

bila tak bawak bekal ni, pukul 11 pagi perut dah meminta minta untuk di isi pulak.
ke kafe lah kita ye.
tengok kat kaunter nasi, ada lagi menu rahmah nie..
jadi Linda ambil lah satu.

RM 5 sebekas nie..ok lah kan
dekat hospital nie ada dua kafe..
selalu ke kafe sebelah luar je, kafe luar takde nasi rahmah.
hari nie ke kafe dalam, ada nasi rahmah.
moh le kita cuba.

nie dalam dia.
ada nasi (separuh), ayam dan sayur..
bagi linda ok je, sebab kalau ambil lauk biasa pun, memang amik lauk ayam 1, sayur 1. 
yang tu pun dah RM10.
nie RM5 ok sangat lah kan.

seklai bila alihkan ayam nya...
ada dua ketul tu je..hihihi
patut lah dengan harga dia.
sayur kacang panjang tu, linda beli lain.
masin pulak sayur kacang panjang tu, tak habis pun.

kalau kita bungkus sayur je RM2.50
selalu kalau lind abawak bekal, kadang-kadang pergi kafe cari sayur.
sebab kat rumah tak masak sayur..hihihi
kalau malas, makan lah nasi dengan lauk je.

Alhamdulillah, untuk rezeki hari nie..
dah kenyang, baru lah tenang nak pick up anak balik sekolah nanti.
eh, awal makan lunch.. hahaha

till then, see ya

19 comments:

  1. ok sgt rege rahmah tu :) MZ beli mknn kat cafe aikol (UIA), sbb amik 2 jenis lauk dan sayur sikit so rege tak rahmah mana tp still lagi murah berbanding harga kat luar sbb students rate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana pun, selalu kafe dalam kawasan kampus tetap akan murah sikit dari luar...

      Delete
  2. Memang patutlah rahmah, tapi kenyang jugak ni cuma tak puas la makan ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Kenyang.. A ah.. Kalau jenis makan lauk banyak, tak puas jugak lah rasenya.. Linda ok je lah.. Selang seli sayur dengan lauk.. Kikiki

      Delete
  3. Okay dah harga 5 ringgit tu, cuma sikit pulak ayamnya. Next time bawa telur mata/telur dadar dari rumah, boleh dah tu buat tambah lauk kalau beli nasi rahmah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Rajen pulak nak mendadar kan.. Baik lah masak lauk terus.. 😂😂..
      Selalunya memang bawak nasi dan lauk.. Sayur je kita beli + teh ais... Kalau tak bawak, tak bawak terus.. 🤭🤭

      Delete
  4. Replies
    1. Iye.. Alamak masin.. Selalu lafe dalam nie kurang rase.. Hari nie masin pulak... Hahaha

      Delete
  5. Sesuai dengan harga ya kak 👍. Bagi yg makan tak banyak, dah cukup lah. Saya pun segitu dah kenyang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... Mcm kak linda pun dah cukup lah tu.. Alhamdulillah

      Delete
  6. Berbaloi dah tu. Kalau sedap, extra berbaloi. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Alhamdulillah, boleh lah lalu kat tekak.. Berasa lah

      Delete
  7. Replies
    1. Itulah.. Tu pun limited lah... Habis, habis lah...

      Delete
  8. bagus nya ada menu mcm ni.. ok la tu

    ReplyDelete
  9. begitulah kerasnya harga barang serba serbi

    ReplyDelete