Wednesday, November 6, 2024

. : JUST A HUG :.

 Assalamualaikum 


Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

.

Kredit: Dr Zubaidi


Till then, see ya

22 comments:

  1. Replies
    1. semoga para suami ikhlas lah memeluk isteri...hihihi

      Delete
  2. betul...nieyl selalu je minta peluk hahaha...
    klu tak kasi, nanti muncung sampai highway hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...betul2...tak payah mintak...peluk je terus...tapi, kalau dedek nampak...dia tak bagi peluk...

      Delete
  3. mmg ada baca artikel ni...mmg isteri suka dipeluk...nk2 kalo tgh stress so bole ilang stress tu seketika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..alhamdulillah, salah satu nikmat rumah tangga yang Allah bagi kita rasa.. Ketenangan

      Delete
  4. rasa di sayangi kan, mudah-mudahan kita semua beroleh ketenangan dalam alam rumahtangga walaupun ujian tetap akan hadir, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2...
      Semoga yang baik2 untuk rumah tangga kita...

      Delete
  5. Ooooo... kira macam charger la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...betul lah tu..lepas nie cuba uncel buat gitu...tengok auntie respon apa...

      Delete
  6. Pelukan...hanya hal sepele saja, tapi rupanya demikian besar manfaatnya bagi wanita...
    Karena sudah berpuluh tahun saya berkeluarga, kadang suka lupa dengan makna pelukan...

    Terima kasih share nya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan ini tidak sukar sebenarnya...cuma butuh perhatian...ucapan terima kasih selepas sudah makan pun besar artinya...apa lagi kalau menolong mengemas dan mencuci piring..hihihi

      Delete
  7. sebab tu kita pun janganlah segan nak peluk suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. Insya-Allah, tak pernah segan.. Hihihi...

      Delete