Thursday, October 31, 2024

. : SELESAI SERAHAN KUNCI :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, hari yang ditunggu dah tiba (semalam 30.10.2024).
Bertambah lagi komitmen bulanan (tapi, bulan 1 dah stat bayar full loan rumah) 
Cuma, incikSuami nak pencen nie, baru terasa stress.. Hahaha.. 
Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki.. Aamin2 

Selepas 2tahun 10bulan. 
Kunci rumah dah berada di tangan. 
Alhamdulillah di atas rezekiMu ya Allah. 

Rumah kecilku. 
Next plan, kita chek defect dulu. 
Sebab, takde plan pun nak duduk kat rumah nie, apa motif p beli hari tu pun tak tau.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kak M depan rumah. 

Dedek pulak. 

Gigih linda buat video. 
Hihihi. 
Untuk kenangan diri sendiri. 

Till then, see ya. 




 

Tuesday, October 29, 2024

.: SEPATU HITAM KU :.

Assalamualaikum

sebab ramai yang penasaran ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ kasut hitam linda jadi beli ke tidak.
so, kita buat entry lah sikit ye... hihihi

Alhamdulillah, beli jugak kasut hitam.
sebab yang sedia ada nie dah haus tapaknya, dan tak selesa dah

snap sikit lah gambar kasut..
takde brand pun , sebab beli kat shopee made in china

udah kenapa stokin oren?? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

nie lah kasutnya

beli size 39.. dah ikot guide size dia, tapi still macam ada longgar sikit.
tapi, takdelah sampai tertinggal kasut dekat belakang... ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

linda beli dekat Shopee nie

till then, see ya

 

Monday, October 28, 2024

.: TOL PERCUMA :.

Assalamualaikum

ramai ke yang dah plan nak balik kampung. cuti-cuti Malaysia sempena deepavali nie??
anak-anak yang bersekolah dapat cuti 5 hari
bermula 30 oct - 3 nov

public Holiday 31 Oct je..
kecuali Negeri Perak, sebab 1 Nov tu hari Keputeraan Sultan, dapat cuti 2 hari..
yeay... tapi Linda kerja, sebab kerja dekat Selangor...hihihi
30 Oct tu linda ambil cuti, ingat nak direct je, tapi nak jimat cuti.
sebab bulan Dec nanti nak cuti panjang sikit

Alhamdulillah
kerajaan bagi lagi merasa tol free
tapi sebelum Raya Deepavali lah..

ok lah, Linda pun dapat lah tarikh 29 Oct tu.
jimat lah RM7.50 dekat Tol Latar tu.

Tol Percuma sempena Deepavali
Selasa 29 - Rabu 30 Oktober 2024
2.01pagi - 11.59 malam

semoga memberi manfaat, dan dapat lah merancang cuti masing-masing ya.
semoga selamat walau di mana anda berada.

till then, see ya

.: HAMPIR TIBA :.

Assalamualaikum..

lagi 2 hari je.
macam-macam perasaan ada nie.hihihi


tarikh ambil kunci - 30.10.2024

semoga semuanya baik-baik sahaja, Aamin

till then, see ya

 

Sunday, October 27, 2024

.: FOOD FESTIVAL @ BBS :.

Assalamualaikum

terkebetulan tengah on laptop nie.
linda stori mori lah sikit ye.

Jumaat (25.10.2024), malam tu keluar lah pergi selayang baru.
abang Mu'az lah nie sibuk kecek.
ada food festival katanya.

stage nie memang ada, tapi ada set muzik sekali tu.
mesti ada orang nyanyi-nyanyi jugak nie.

linda sefamily sampai awal.
lepas maghrib terus keluar, malas nak sesak-sesak nanti.
jadi, masa sampai tu pun, pengunjung tak ramai lagi.

linda tak amik pun gambar gerai-gerai yang ada.
cuma amik gambar gerai yang kita membeli je lah.

first pit stop - gerai minuman

nie nama gerai nya, ApiCo

linda try air kopi vietnam dia.
warna kopi tu tak nampak sangat.
tapi, rase tu ada lah, not bad.
packaging menarik.
nie besar RM7.

second pit stop - gerai CharKuewtiow
abang Mueez dengan dedek yang nak makan.
order yang biasa je,rasa, boleh lah nak makan.
pedas jugak.
harga CKT biasa RM7

third pit stop - gerai ubi lambung
warna warni ubi nya.
tak amik gambar pulak.
lupa daa...hihihi
set paling murah RM10 - 20pcs.
warna warni tu, sebab gunakan pelbagai jenis ubi.
makan panas-panas sedap.
kalau dah sejuk sikit, tak sedap sangat.

owh, ada jugak beli corndog.
abang Mu'az kata tak sedap, tepung nya rasa manis..
ehh..pelik pulak.
tapi, yang linda tak kenan, minyak goreng corndog tu hitam sangat..
habis hitam corndog tu, minyak dah goreng banyak kali.
supposedly dah boleh tukar minyak baru.
nak buat camne, dah order baru perasan.
tak sampai hati nak cancel order..
Alhamdulillah, untuk rezeki kali nie.

till then, see ya

From river to the sea, Palestine will be free.Aamin

Friday, October 25, 2024

. : SIAPA YANG GAJI DAA? :.

Assalamualaikum

Semalam dah gaji kan.. 
Ibu setelkan bayar hutang, komitmen bagai.. 
Anak-anak pun tumpang sekaki, eh macam dia pulak gaji.. Hahaha

Yang nie kak M punya bahagian. 

Hat nie abang Mu'az.. 

Yang nie abang Mueez

Duit yang ibu tayang tu bukan apa.. 
Biasalah, ibu kan nak anak-anak berdikari. 
Nak apa, kumpul duit sendiri. 
Jadi itu lah, duit yang terkumpul.. 

Duit tu, pulang balik kat diorang.
Buat belanja sekolah.. 

Ibu punya reward untuk diri sendiri?? 
Ibu nak carik kasut kerja baru.. 
Dah hauk rasenya.. Kikiki

Till then, see ya

 

Thursday, October 24, 2024

.: ITEMS DALAM GOODIES BAG :.

Assalamualaikum

ingat kah lagi Goodies cikgu dedek hari tu?
kan Linda nak share linda bagi hadiah apa..
nie baru sempat nak share

takde lah mahal pun.
bagi yang boleh digunakan lah.

item pertama - coin purse serbaguna
beli dekat SINI

dalam dia macam nie

beli 8 biji, untuk cikgu dedek ada 6 orang satu sekolah tu
murah je

item kedua - jewelry box
beli dekat SINI

lupa plak nak amik gambar actual yang nie
boleh la buat letak-letak keronsang, simpan gelang-gelang ke

item ketiga - handbag
yang nie khas untuk guru kelas dedek...
guru kelaskan, kita bagi lah special sikit

brand Dr.Cardin beli masa live dekat Shopee
tak sampai RM20 pun

semoga cikgu-cikgu semua gembira lah dengan pemberian yang tak seberapa nie.
Alhamdulillah, ada rezeki untuk dikongsi bersama

till then, see ya

Wednesday, October 23, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 32 :.

Assalamualaikum 

Ok nak tanye je.. 
Kalau bayar nie nak ikot harga mana satu? 

Harga promo Rm1.50
Atau 
Harga asal Rm1.80?

Till then, see ya

 

.: WELCOME TO SSPA :.

Assalamualaikum

untuk penjawat awam, bermula lah sesi pemilihan opsyen SSPA pada 21 OKT - 30 NOV
memilih atau tidak memilih, tetap kena buat pilihan

untuk jabatan linda, kaunter dibuka bermula 21-25 OKT

meriah, penuh koridor 
ada yang kata "entahlah sign je, ai pun tak faham apa-apa"
ada yang respon "nak tak nak kena sign jugak"
ada jugak yang "asal gaji naik, tak kacau pencen kita, sign jelah"

hahaha, macam-macam kan??
bagi Linda yang jawatan jumud nie, memang kena sign lah..
Alhamdulillah, faham lah hak-hak kita
sekarang bila ada pekeliling baru, kalau melibatkan pelarasan gaji,memang kena faham betul-betul, sebab tak nak terkena lagi

terkena apa???
TPG (Tarikh Pergerakan Gaji) linda tak sama dengan rakan-rakan batch yang lain
sampai sekarang tak dapat lagi nak betulkan, yelah, kita dah berpindah jabatan kan
susah sikit lah, orang lain yang salah kira, orang lain kena betulkan.
siapa lah yang nak cuci najis orang lain kan??
tapi, takpelah, yang tu kita abaikan dulu, nanti kita try lah slow talk lagi sekali

saja nak snap buat kenangan

tapi kan, yang heran nya.
borang opsyen SSPA linda , kena tulis sendri...
hahha, sedih betul, geng-geng lain semua siap dah printed.
sabar je lah.

one with our PT (orang sumber yang jaga jawatan linda) dan geng-geng minoriti hospital...hihihi
penyelia asrama -2 orang
pembantu perpustakaan - 2 orang

lepas nie tinggal pembantu perpustakaan je lah jadi golongan minoriti pulak..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
sebab penyelia asrama dah jadi pembantu tadbir..hihihi

semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ya...

till then, see ya 

Tuesday, October 22, 2024

.: KERANA IC BARU :.

Assalamualaikum

hari nie incikSuami pergi JPN

urusan nya BUAT IC BARU

linda minta incikSuami tolong hantarkan ais batu
gigih linda standby camera nak amik gambar

gigh lah jugak IncikSuami menutup muka nya
sebab apa??

SEBAB




dah takde janggut dan misai yang dia simpan sepanjang kursus
semata-mata nak buat IC baru

till then, see ya

 

Monday, October 21, 2024

.: KE HOSP SG BULOH :.

Assalamualaikum

semalam linda ke Hospital Sungai Buloh(HSgB)
first time juga masuk kawasan hospital
pergi melawat kakak sepupu yang masuk wad

awal sampai, tempat parking banyak lagi lah kosong nya
nampak gah je bangunan HSgB nie 

sepupu linda tu anak saudara bapak
anak arwah kakak nya
bapak anak no 4 dari 10 beradik
tapi, sekarnag dah jadi yang no 2, sebab yang no 1 dan 2 dah meninggal
tinggal abang yang no 3
adik bapak pun ada sornag yang dah meningggal
jadi dari 10 beradik nie, tinggal 7 beradik
tapi, masing-masing pun dah tak sihat sangat

macam bapak Linda nie dah 73 umurnya tahun nie

sampai dekat aras 4, sepupu (kak Ani) di wad aras 4 nie
strict betul lah peraturn melawta dekat sini
memang 2 orang pelawat (termasuk sorang penjaga) pada waktu melawat tu
guard dok ronda dalam wad setiap masa
bukan dah hujung-hujung nak habis waktu melawat tu

Kak Ani nie memang ada sakit dah, Linda nak ziarah dia dekat rumah pun tak sempat nak g
kadang tu bukan apa, kita risau kalau mengganggu orang, tapi sebenarnya orang tu suka kalau kita datang ziarah.
kak Ani nie memang ada kencing manis, semput pun iye juga
dekat rumah pun dh on oksigen je
suami dia pun baru nak pulih daripada stroke
moga cepat sembuh ye kak Ani

nie bapak, bapak pun tak kuat dah nak jalan sangat
lutut nya sakit.
dia nak p ziarah anak saudara nya, tapi sampai dekat lobi, suruh incikSuami pulak wakilkan dia.
sebab dok mikir nak jalan ke wad tu kan.
linda suruh naik wheelchair, biar linda tolak.
itu pun, banyak kali suruh naik.
bapak tu bukan nak bila kita suruh naik wheelchair tu, malu katanya
Allahuakbar, sedih je bila bapak cakap macam tu.
dekat rumah tu ada je tongkat yang sekali dengan kerusi tu.
pun bapak tak nak guna, leceh katanya.
tapi tulah, bila kita ajak berjalan, dia tak nak lah folo.
sebab tak larat nak jalan kan.

eh, gambar kak Ani ada ambil.
tapi buat tatapan sendiri je lah.
gambar orang sakit kan, tak elok sangat pulak rasenya.
Alhamdulillah, dapat juga bawak bapak ziarah kak Ani.

semoga diberi dipermudahkan urusan perawatan untuk kak Ani, dan semoga terus diberi kesihatan kepada bapak dan mak, aamin.

till then, see ya


 

Friday, October 18, 2024

.: MU'AZ SYAFIQ :.

Assalamualaikum

halah3x.. linda pun ape ke teruk sangat amik gambo.
tak berseni betul.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

kisah nya, abang Mu'az kena lekat gambar dia dekat slip peperiksaan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) untuk negeri Selangor je, murid tahun 6.
mula-mula lekat gambar yang baju biru tu, gambar tu masa abang Mu'az darjah 1 kot.
tak gamak pulak nak bagi gambar yang nie.
muka tak berubah pun, rambut je dah macam sarang tebuan.. hahaha

tadi balik sekolah kebangsaan, vroom lah kejap ke kedai gambar.
tu yang pakai blazer tu, sebab nak cover tshirt sekolah.
nampak lah smart sikit pakai blazer tu.

4 keping gambar, tanpa softcopy RM13.
2 lekat dekat slip periksa tu.
2 keping lagi simpan lah, tahun depan tingkatan 1, selalunya mesti cikgu minta gambar jugak.

Tarikh rasmi ujian PSRA bagi tahun 2024 / 1446 H yang telah diumumkan oleh JAIS adalah bermula pada 21 Oktober 2024 sehingga 25 Oktober 2024

good luck lah ye anak, semoga diberi ketenangan dan ilham dalam menjawab soalan peperiksaan, aamin2x.

till then, see ya

 

.: SSPA - SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM :.

Assalamualaikum

akhirnya, hari nie baru berkesempatan nak share pasal SSPA


untuk penjawat awam, setelah 21tahun baru ada penambahbaikan dalam sistem saraan Malaysia
yang paling penting, kerajaan nak selarikan..

  •  min masuk kerajaan - SPM (takde dah PMR/PT3 - sebab PMR/PT3 pun dah dimansuhkan)
  • gaji min kerajaan RM1500 (sebab sekarang untuk gred sokongan 2, masih gaji permulaan di bawah RM1500)
  • lagi satu, untuk naikkan min gaji tu sebab nak tarik minat calon selepas nie, sebab dengar nya calon-calon yang ditawarkan jadi penjawat awam lepas nie, dah takde pencen, bercarum dengan KWSP juga
point utama nya lah, yang kita nampak

bawah nie linda share sikit slide-silde yang berkaitan dengan jawatan sendiri je lah

umumnya, ada 23 jenis jawatan yang dijumudkan
maksudnya, takde dah jawatan tu selepas nie

yang nie untuk penjumudan bagi jawatan yang syarat min kemasukan melalui SPM
no 6 tu - Penyelia Asrama (jawatan Linda lah tu)
di tukar kepada skim Pembantu Tadbir (Pengoperasian)

perasaan ??  sayang dengan jawatan nie, walaupun baru bertugas selama 11 tahun (dah 3 tempat kerja)
penyelia asrama(PA) - lebih kepada tugas menjaga aset bangunan asrama dan isi dalam nya, so, sebebnarnya tugas banyak meronda lah
kalau pembantu tadbir(PT) - banyak buat kerja-kerja pengurusan lah, duduk dalam ofis je

tapi, takde lah kata penyelia asrama nie tak boleh buat kerja pengurusan, kita buat je.
asrama sendiri ada pengurusannya, tang asrama, pengurusan+pentadbiran, PA lah yang buat sendiri

borang tawaran option pun lain-lain
saja lah tepek sini buat kenangan diri sendiri sepanjang bergelar penjawat awam nie

kalau ikot klausa kat atas nie
better lah sign je option SSPA tu
kalau tak sign, next 2 year naik pangkat secara time based, automatik termasuk dalam sistem SSPA jugak, dah rugi tak dapat pelarasan gaji

oh, lupa, kalau siapa yang sign SSPA sekarang nie, dapat la pelarasan gaji.
naik lah sikit gaji. Alhamdulillah..
kalau tak pilih SSPA. tak dapat pelarasan gaji

yang nie pulak untuk pengiraan naik TBK dan kekananan
so, boleh berpandukan rajah nie
macam skim linda yang dalam kotak hitam tu
sebab bertukar ke skim yang setara (maknanya sama-sama min kemasukan SPM)
pengiraan untuk naik pangkat secara time based tu tak kacau pun, so ok je

jadi bagi Linda, pilih je lah SSPA

sebab jawatan pun dah jumud
dapat lah pelarasan gaji sikit
yang penting pencen tak kacau

sekian , nak jugak into the scene

till then, see ya

Thursday, October 17, 2024

.: PERBEZAAN :.

Assalamualaikum

takde idea nak up entry apa..
meh lah kita cari modal

sejenis Linda bila letak hanger

sejenis IncikSuami bila letak hanger

nampak sangat linda asal boleh je...hihihi
kejap je pun hanger tu nak tersusun, jap lagi nak guna balik buat sidai baju ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

gitu lah hidup suami isteri 
kita dari dua keluarga yang berbeza, didikan yang berbeza
jadi tolak ansur tu paling penting, dalam masa sama, berusaha untuk mengatasi perbezaan
takdelah dari mula kawen sampai dah beranak pinak, perangai tu sama je..

till then, see ya

Wednesday, October 16, 2024

.: HEEL SPUR :.

Assalamualaikum..

lama dah cerita nie terperam dalam draft.
hari nie kita up lah

ingat tak Linda pernah cerita yang tumit dok sakit tu Kat sini
last-last dalam bulan lepas serah diri lah pergi klinik staff

doktor syak Heel Spur, so doktor suruh p xray

A heel spur is a bony growth that pokes out below your back heel bone inside your foot. Heel spurs happen when there's stress on your foot ligaments. Most people don't realize they have a heel spur until they seek help for heel pain. Heel spurs can't be cured

jadi menunggu lah dekat xray kejap
hebat betul sekarang xray semua dalam sistem je
siap xray turun balik, dan doktor buka dalam PC dia..
doktor tunjuk jugak lah dekat Linda, memang ada lah tulang lebih sedikit dekat bahagian tumit tu
tu yang menyebabkan sakit

doktor kata Heel Spur nie bergantung pada naseb
bernasib baik, tak sakit
naseb kurang baik, sakit lah macam yang linda rasa nie

contoh gambar dari sini
bukan hasil xray kaki linda, tak sempat nak snap hari tu
kebetulan juru Xray tu buat xray dua dua belah kaki
dan doktor tunjuk, dua dua kaki pun ada heel spur tu, tapi yang sakit tumit kaki kanan je

jadi doktor cuma bekalkan pain killer je lah
dia cakap kalau sakit sangat makan lah pain killer nie
tak perlu fisioterapi dulu, melainkan kalau rasa maken teruk, jumpa dia semula then akan refer untuk buat fisio
dan doktor juga tunjuk dan minta buat pencarian untuk buat senaman sendiri

so, linda pun google lah
tentang senaman ringan untuk heel spur

Alhamdulillah, so far sehingga hari ini, ok je
nak kata hilang sakit tu, tak jugak
kadang-kadang ada je rasa sakit tu
pain killer tu pun, linda baru makan 4 biji

bangun pagi, kadang-kadang sakit, kadang-kadang tak
tapi, dah kurang lah nyeri nya daripada dulu
mungkin, dalam opis tu, sambil-sambil duduk linda buat senaman mana yang boleh kot

semoga tak semakin serius lah, Aamin

till then, see ya
 

.: WORDLESS WEDNESDAY 31 :.

Assalamualaikum

kak M minta potongkan rambut dia
maka jadi lah macam nie

udah macam Anjali dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai tu pulak

ada yang tak tau ke cerita tu??
kalau tak tau tu, memang tak tengok dustan lansung nie..

till then, see ya



 

Tuesday, October 15, 2024

.: SALAM TAKZIAH :.

Assalamualaikum

pagi tadi dengan incikSuami, linda scroll fesbuk
terjumpa berita nie

-semoga dipermudahkan segala urusan mangsa dan keluarga mangsa-

cerita dia, linda tak kenal pun siapa mangsa
tapi, pernah berada dalam situasi itu, dimana setiap hari travel sesubuh hari untuk ke tempat kerja
linda drive kereta sendiri
setiap hari sebelum 6.30 pagi kena keluar dari rumah, untuk nak sampai sebelum pukul 8 pagi
itupun ngam-ngam thumbprint pukul 8 pagi, paling awal pun 7.55 pagi
jadi ,linda faham perasaan itu
dengan jalan gelap, kita takkan nampak apa yang ada dekat depan kita
nak-nak kalau lalu jalan kampung macam nie
traktor, kapal korek , motor, dah dekat baru nampak diorang
lampu takde, kalau ada pun comey ngatt
dan linda pun pernah eksiden OTW pergi kerja
Alhamdulillah, takde kecederaan serius, yang serius nya kereta

yang jadi tiba-tiba geram bila incikSuami cakap "haa, tengok henset lah tu"
terus linda marah, sebab kita pernah dok dalam situasi tu
tak sempat nak tengok henset, sampai ofis baru nak tengok henset

terus linda termarah tadi "abang tak pernah lalui, hari-hari ulang alik subuh-subuh, nak kejar thumbprint lagi, itu lah yang isteri nie lalui dulu"
fuh, terus seketui linda nie emo
ok, memang dia dulu kerja teruk, askar kan..
tapi tetap, balik kerja layan diri sendri je..
kita balik kerja nak layan anak-anak lagi, nak masak lagi, nak sedia itu ini lagi
waktu PJJ, semua buat sendiri..
anak 4 orang , kita jaga dari kecik sampai besar...
incikSuami memang ada dengan dedek je..
sebab tu sekarang, Linda tak jaga sangat dedek tu...hahaha
apa-apa linda suruh incikSuami yang uruskan...

kadang-kadang sedih, bila suami sendiri tak faham apa yang kita lalui
tapi, malas nak amik port..
biasa lah tu kan, suami kita memang jenis tak tahu bab-bab nak memujuk hati isteri, haaa gitu lah ibaratnya
tapi, dari nak fikir teruk-teruk, bukannya dia tak bertanggungjawab pun
kerja rumah , kalau dia free, memang dia yang buat
kalau linda pesan suruh beli barang basah, memang dia akan bersihkan siap-siap sebelum simpan dekat peti..
kemas rumah, sidai , basuh baju..incikSuami buat je
cuma, failed tang nak beli jiwa isteri je lah..hahaha
tapi, kita anggap lah dia sedang beli jiwa dengan buat semua kerja rumah..
Alhamdulillah untuk itu..

sebenarnya, banyak bermain dengan emosi kan
jadi, bergaduh , terungkit tu memang selalu
tapi, takde lah sampai teruk sangat bergaduh nya..
lidah pun sering tergigit, inikan pulak hubungan suami isteri kan

apa pun, semoga semuanya baik-baik je, dipermudahkan urusan, dipanjangkan jodoh linda dan incikSuami...aamin

till then, see ya

. : CIMB PROBLEM?? :.

Assalamualaikum 

Ada yang sama problem ngan Linda tak?? 

CIMb octo tu, dari semalam tak boleh bukak..
Adekah kerana duit takde dalam tu? Hahaha

Dah reinstall balik pun tak boleh juga.. 
Ape kehai nye ntah... 
Sabo jelah... 

Till then, see ya