Wednesday, October 23, 2024

.: WELCOME TO SSPA :.

Assalamualaikum

untuk penjawat awam, bermula lah sesi pemilihan opsyen SSPA pada 21 OKT - 30 NOV
memilih atau tidak memilih, tetap kena buat pilihan

untuk jabatan linda, kaunter dibuka bermula 21-25 OKT

meriah, penuh koridor 
ada yang kata "entahlah sign je, ai pun tak faham apa-apa"
ada yang respon "nak tak nak kena sign jugak"
ada jugak yang "asal gaji naik, tak kacau pencen kita, sign jelah"

hahaha, macam-macam kan??
bagi Linda yang jawatan jumud nie, memang kena sign lah..
Alhamdulillah, faham lah hak-hak kita
sekarang bila ada pekeliling baru, kalau melibatkan pelarasan gaji,memang kena faham betul-betul, sebab tak nak terkena lagi

terkena apa???
TPG (Tarikh Pergerakan Gaji) linda tak sama dengan rakan-rakan batch yang lain
sampai sekarang tak dapat lagi nak betulkan, yelah, kita dah berpindah jabatan kan
susah sikit lah, orang lain yang salah kira, orang lain kena betulkan.
siapa lah yang nak cuci najis orang lain kan??
tapi, takpelah, yang tu kita abaikan dulu, nanti kita try lah slow talk lagi sekali

saja nak snap buat kenangan

tapi kan, yang heran nya.
borang opsyen SSPA linda , kena tulis sendri...
hahha, sedih betul, geng-geng lain semua siap dah printed.
sabar je lah.

one with our PT (orang sumber yang jaga jawatan linda) dan geng-geng minoriti hospital...hihihi
penyelia asrama -2 orang
pembantu perpustakaan - 2 orang

lepas nie tinggal pembantu perpustakaan je lah jadi golongan minoriti pulak..😅😅
sebab penyelia asrama dah jadi pembantu tadbir..hihihi

semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ya...

till then, see ya 

23 comments:

  1. Tengok kawan² pun dok up status pasala SSPA ni...
    Naik pangkat ke tukar jawatan Linda? Semoga lebih sukses di tempat baru 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun pangkat nie PH...hahaha..kalau sekarang gred N19, lepas SSPA jadi gred N1 🤣🤣
      macam kes jawatan linda kena tukar(sebab jumud), dari penyelia asrama ke pembantu tadbir...

      kalau yang tak kena tukar, just penyelarasan semua gred je lah...bermula dari 1-10 kot tak silap...
      takde dah UD41, N26, S48..semua no bermula dari 1

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. sama la.kat opis MA pun ckp..sign je, janji naik gaji, ada pencen..ok je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam linda, jawatan jumud..jadi risau skop kerja tu, ada sesetengah KJ tak cakna yang tu, dia bantai rombakan besar besaran...kesian..tak ikot JD dah...

      Delete
  4. semoga semuanya baik-baik sahaja, apapun kena baca dan fahami juga apa yang akan kita tandatangani , kan Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana.. Kena baca jugak apa yang di sign tu..

      Delete
  5. my faculty pun dh bg email pg td suruh antar borang yg printed with signature

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... Kat hosp linda je... Geng2 naik taraf dengan jumud, borang kosong... Hahaha..

      Delete
  6. kami pun dah sign ari isnin lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga baik2 je untuk kita semua

      Delete
  7. oh Linda PA ye. sama lah kita kerja hospital. cie pun hosp bahagian sajian. hosp lipis sign minggu ni dari isnin sampai khamis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...linda PA(penyelia asrama) KKM.. baru je keje kat hospital nie, sebelum nie 6 tahun dekat kolej jururawat..
      dekat sini sampai esok...

      kalau Cie dah lama kerja, sempat lah jumpa penyelia asrama kat dapur..hihihi

      Delete
  8. kalau tak nak sign, apa akan jadi nanti?
    gaji terjejas ke cm ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji jadi kurang dari membe2 1 batch lah.. Hihihi...
      Kalau tak setuju opt SSPA, pelarasan gaji yang kerajaan janjikan tu tak dapat..jawatan dengan gaji je kekal.. Lain semua folo rules SsPA

      Delete
  9. turun jawatan gaji turun sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi.. Apesal kaki pulak... Hahaha... Gaji yang benonya.. Jauh tol beza

      Delete
  10. Selagi gaji bisa naik dan ada pensiun, okelah yaa. Walaupun terkadang yg begini harus sangat disosialisasikan dulu biar betul2 paham. Itupun kdg tetap saja masih confused 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar... Lagi2 kalau terms untuk biaya rumah... Ayat nya kan ayat undang2, baca banyak kali pun tak faham..

      Delete