Friday, October 18, 2024

.: SSPA - SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM :.

Assalamualaikum

akhirnya, hari nie baru berkesempatan nak share pasal SSPA


untuk penjawat awam, setelah 21tahun baru ada penambahbaikan dalam sistem saraan Malaysia
yang paling penting, kerajaan nak selarikan..

  •  min masuk kerajaan - SPM (takde dah PMR/PT3 - sebab PMR/PT3 pun dah dimansuhkan)
  • gaji min kerajaan RM1500 (sebab sekarang untuk gred sokongan 2, masih gaji permulaan di bawah RM1500)
  • lagi satu, untuk naikkan min gaji tu sebab nak tarik minat calon selepas nie, sebab dengar nya calon-calon yang ditawarkan jadi penjawat awam lepas nie, dah takde pencen, bercarum dengan KWSP juga
point utama nya lah, yang kita nampak

bawah nie linda share sikit slide-silde yang berkaitan dengan jawatan sendiri je lah

umumnya, ada 23 jenis jawatan yang dijumudkan
maksudnya, takde dah jawatan tu selepas nie

yang nie untuk penjumudan bagi jawatan yang syarat min kemasukan melalui SPM
no 6 tu - Penyelia Asrama (jawatan Linda lah tu)
di tukar kepada skim Pembantu Tadbir (Pengoperasian)

perasaan ??  sayang dengan jawatan nie, walaupun baru bertugas selama 11 tahun (dah 3 tempat kerja)
penyelia asrama(PA) - lebih kepada tugas menjaga aset bangunan asrama dan isi dalam nya, so, sebebnarnya tugas banyak meronda lah
kalau pembantu tadbir(PT) - banyak buat kerja-kerja pengurusan lah, duduk dalam ofis je

tapi, takde lah kata penyelia asrama nie tak boleh buat kerja pengurusan, kita buat je.
asrama sendiri ada pengurusannya, tang asrama, pengurusan+pentadbiran, PA lah yang buat sendiri

borang tawaran option pun lain-lain
saja lah tepek sini buat kenangan diri sendiri sepanjang bergelar penjawat awam nie

kalau ikot klausa kat atas nie
better lah sign je option SSPA tu
kalau tak sign, next 2 year naik pangkat secara time based, automatik termasuk dalam sistem SSPA jugak, dah rugi tak dapat pelarasan gaji

oh, lupa, kalau siapa yang sign SSPA sekarang nie, dapat la pelarasan gaji.
naik lah sikit gaji. Alhamdulillah..
kalau tak pilih SSPA. tak dapat pelarasan gaji

yang nie pulak untuk pengiraan naik TBK dan kekananan
so, boleh berpandukan rajah nie
macam skim linda yang dalam kotak hitam tu
sebab bertukar ke skim yang setara (maknanya sama-sama min kemasukan SPM)
pengiraan untuk naik pangkat secara time based tu tak kacau pun, so ok je

jadi bagi Linda, pilih je lah SSPA

sebab jawatan pun dah jumud
dapat lah pelarasan gaji sikit
yang penting pencen tak kacau

sekian , nak jugak into the scene

till then, see ya

18 comments:

  1. Pernah jadi penjawat awam juga. Time tu boleh pilih samada nak keluarkan semua KWSP atau nak terima pencen. Lama2 berubah la juga t&c nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..awal2 dalam tempoh percubaan (3tahun pertama), semua pun macam tu kak ezna, tapi still ada pencen..cuma siapa nak teruskan KWSP, tak dapat lah pencen, sape nak pencen, KWSP stop potong..tu yang boleh keluarkan KWSP

      tapi, sekarang memang takde pencen dah rasenya (untuk intake 2024 nie), memang terus je dengan KWSP..tiada pilihan dah...pilihan yang ada, kerja kerajaan atau kerja swasta, itu je lah...sebab dua-dua pun KWSP

      kalau dulu terms dia "tetap dan berpencen", sekarang terms dia " tetap dan bercarum"... yang linda tahu lah, tapi kalau salah maaf lah, sebab kita bukan HR, tau sikit-sikit gitu je

      Delete
    2. Oh dah takde pencen dah. Batch akak tahun 2000 camtu masih ada. Ikut t&c semasa la kan....takpe...explanation Linda pun dah akak tahu info terkini. Terima kasih Linda.

      Delete
    3. kalau yang dah berkhidmat, masih ada pencen...Alhamdulillah...
      baik, sama2 kak 😊

      Delete
  2. Biasa lah bila ada skim baru ni ada la yg lebih ada yang kurang kan, dah kita penjawat awam ni memang saya yang menurut perintah jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis Dana...pusing2 pun, tetap kena jugak..cuma nampak macam maken tough lah utk markah APC...hihihi...
      tp, selagi takde kes2 yang besar2 dan dasyat2, insya-Allah ok je markah nya

      Delete
  3. Untung jadi penjawat awam ni. Naik gaji tu best tapi part tak ada pencen tu dah macam hilang keistimewaan dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Mana2 pun ada kelebihan masing2...
      Tulah, kerajaan pun tak larat nak tanggung pencen

      Delete
  4. thn dpn bln feb org gomen dpt gaji plg basic RM1700 kan.... best tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...salah2x tu...rasenya yang min gaji RM1700 tu swasta...Gomen baru umum min gaji RM1500

      Delete
  5. Apa pun kakitangan kerajaan masih lagi ada banyak kelebihan. Kami di swasta ni masa depan tak berapa nak cerah huhuu.. Apa pun syukur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Masih mempunyai rezeki... Ada orang yang lebih susah dari kita...

      Delete
  6. Terima kasih dengan perkongsiannya.. Rezeki memang tak salah alamat

    ReplyDelete
  7. Dalam adik beradik kak SA yang bongsu tu sorang je kerja kerajaan, yang lain2 x minat agensi kerajaan..banyak benefit kan kerja kerajaan...thanks Linda atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benefits tu tak tau lah kak SA, kalau gegawai atasan tu banyak lah kita nampak...
      Kalau gred2 bawahan mcm linda nie, idak mandang kabonya... Hahaha...
      Tapi, apa pun, alhamdulillah ad kerja dari yang masih mencari kerja..

      Delete