Monday, February 12, 2024

. : PIR @ LAI, HIJAU @ KUNING :.

 Assalamualaikum 

Malam tadi dalam kereta, dengar ulangan Pakcik Nasi Lemak dekat radio Sinar.. 
Deme dok gaduh psal buah pir ngan lai, mana 1 hijau, mana 1 kuning.. 

Tiba tiba Linda pun tergaduh jugak ngan suami pasal buah pir ngan lai nie.. 
Lai warna kuning @ lai warna hijau? 
Linda rasa lai tu warna kuning, pir tu hijau.. 
Tapi kadang kadang confius jugak, sebab bila tgok orang putih masak, dia panggil pir, tapi warna kuning... 

Last last, meh kita tanya pakcik Gugel.. 

Pir[1] (Jawi: ‏ڤير‎‎) atau lai (Jawi: ‏لاي‎‎, dialek Baba[2]) ialah pokok buah dalam genus Pyrus dan juga nama buah yang berbentuk tirus ke atas dan sfera di bawahnya. Isinya berwarna putih dan kulit biasanya berwarna hijau lembut serta boleh dimakan.
-source wikipedia-

Rupa rupanya pir @ lai tu satu spesis buah daa...
Makna kata satu keturunan lah, tapi ad pelbagai rupa... 
Kita ja yang lalai selama nie... Hahaha

Nie semua jenis jenis pir @ lai


Nie pulak kegunaan yang paling sempurna untuk setiap buah tu... 

Adehhh.. 
Jadinya, nak panggil pir boleh, nak panggil lai boleh... 
Nak bezakan, sebut warna.. 
Dah lepas nie tak payah gaduh gaduh ya... 😂😂

Till then, see ya

P.s - setelah anak empat, baru ku tahu.. Hahaha

21 comments:

  1. European pear has soft, melting texture, and creamy flesh while Asian pear fruits are very firm, crisp, juicy and very sweet (low acid).
    So kalau kuning dan ranggup2 tu Asian pear, yang hijau tu European pear. Gitu la kesimpulannya kan.. walau sepupu tp lain tempat kelahiran.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Dulu2 suka makan yg kuning, tp lepas try beli yg hijau.. Lg suka yg hijau pulak...
      Kita yg sepupu sepupu nie pun, jauh tempat beranak nya... 😂😂😂

      Delete
  2. patutla rupa bentuk sama.. adik beradik rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung jugak bergaduh suami isteri.. Dapat tambah ilmu...kikiki

      Delete
  3. ohh baru tahu bab ni.. patutlah jumpa mcm2 jenis warna rupanya adik beradik

    ReplyDelete
  4. Memang boleh gaduh ni hanya kerana lai dan pir 🙂
    Naniey pun panggil lai yang kuning dan pir yang hijau. Yang kuning tu air lagi banyak dari yang hijau...

    ReplyDelete
  5. Suka yg hijau sbb lembut compare to yg kuning. Biasa tu somisteri kadang lawan mulut kan haha.

    ReplyDelete
  6. naniey - kan, suami isteri biasa lah tu, ad je nk digaduhkan...a ah, kuning tu banyak air, tapi nk dekat2 tgh dia, jadi masam2 pulak

    mulan - haa, linda pun bila dah terai yg hijau tu, lagi suka yg hijau..alaa, saja lah buat2 meriah...kalau tak, senyap je

    ReplyDelete
  7. heehehhe baru jer beli pear ptg td ;) bagi MZ, pear tu yg kaler ijau, lai yg kaler kuning

    ReplyDelete
  8. Baik kuning mahu pun hijau, saya suka keduanya tapi anak-anak tak berapa gemar tapi takpe, ibunya tak payah share, boleh makan sorang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi syiok makan sorang2... Hihihi.. Anak2 linda semua hantu buah.. Kdg ibu x sempat makan, dah habis buah nya

      Delete
  9. ammi memang panggil pear je. sbb jarang beli pear yg hijau, selalu suka yang kuning tu sbb lebih berair gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda memang biasa yang kuning, sekali terai yang hijau...eh, lagi suka yang hijau pulak

      Delete
  10. mmg suka pear hijau..yg buah lai biasa kuning bulat

    ReplyDelete
  11. Setelah saya baca ini, baru tau pun ada sebutan lai 🤣🤣🤣. Selama ini hajar semua pakai nama pir 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Linda mmg diajar lai dan pir... Tp, x tahu pulak rupanya sama aja buah nya...

      Delete