Tuesday, February 13, 2024

.: ASAM PEDAS LONDON @ BBS :.

Assalamualaikum

    nie cerita semalam, sebelum incikSuami balik Melaka
Linda ajak p beli barang basah kejap, sebab dedek ngan kak M tinggal Selayang dengan ibu

lepas beli barang basah, dekat dekat pukul 11 pg gitulah
kitorg pergi MPS punya foodcourt, tapi kedai-kedai lauk tengah hari baru nak on
yang ada set ikan patin je
Linda tak gheti makan ikan patin

jadinya, teringat ada baca dekat blog PH (tapi tak ingat entri yang mana satu)😅😅,  hari tu psal asam pedas London dekat Bandar Baru Selayang @ BBS
maka di sini lah lunch kita hari nie

ada cabutan bertuah
tapi tak tanya pulak terms n condition dia
maybe kena spend min rm50 kot baru dapat cabut nombor

antara gambar gambar yang sempat snap

kids meal + yakult sebotol rm10
mcm tak berbaloi aje.. hahaha

yang nie Linda punya nasi
lauk lauk tengah hari diorg dah stat bawak keluar sikit sikit
tepung ikan goreng tu terlebih garam kot, masin sangat
kerabu dia ada rasa manis-manis sikit, mebi dia campur fish sauce agaknya
sambal belacan level pedas 4/10

incikSuami order set asam pedas ikan mayong
ada papadom yang dah selamat dedek makan
incikSuami cakap ikan dia tak sedap, tak fresh
kuah asam pedas dia memang pekat likat, kalau tekak Linda mmg tak makan dah lah
naseb baik Linda pun tak order set asam pedas tu

owh, ada lagi satu meal kids 
nasi goreng cina (mangkuk kecik) + bebola ayam 3 ketui + air yakult sebotol
dedek makan sorang habis

air kitorg order
teh ais + teh o limau ais + orange juice
total RM43

overall ok je lah, makanan dia takdelah sedap sangat
ok, dah boleh terai makan kat tempat lain pulak nanti..hihihi

till then, see ya

 

16 comments:

  1. sedapnye sis... tp asam pedas tu nmpk sgt pedas..

    ReplyDelete
  2. Linda, awk tak makan asam pedas ke. Nampak kosong aje nasi awak. Kiranya asam pedas London ni mmg kategori tak sedaplah ya. Agaknya org London yg masak. Cuba suruh org Johor masak mesti sedap, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda mmg kurang makan kuah kak SK... Lagi2 dah ad cicah sambal belacan tu, mmg tak siram lah kuah.. Tulah, bg linda tak sedap lah... Ad dekat area Melaka yang lagi sedap... Oranv johor masak lagi piauu...

      Delete
  3. Komen SK buat akak gelak...apapun kids meal tu x worth it la harga dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA... Sos pun sos cili je dia bagi... Baik lah goreng sendri je dekat rumah

      Delete
  4. MZ suka jugak asam pedas...mcm dh lama tak mkn asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau kena tekak.. Hihihi... Kalau kat melaka senang carik... Bersepah kedai asam pedas..

      Delete
  5. asam pedas kedah pun sedap linda..xyh nk london sgt hahha

    ReplyDelete
  6. Kalau owner baca bolehlah buat post mortem bagi tingkatkan lagi kualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiii....kalau owner dia terbaca blog picisan Linda nie...

      Delete
  7. ammi suka asam pedas yang pekat likat..tapi pekat semata kalau tak sedap tak guna juga kan.

    mmg tak berbaloilah kids meal yg ada fries + nugget + yakult tu. mcm mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...betul tu, pekat dia yang Linda rase buat makan cicah2 boleh la...kikiki
      Ya Allah, betul ammi rase tak berbaloi sungguh meal kids tu..

      Delete
  8. Hahahaha gelak saya baca komen kak SK 🤣. Kalo tak orang London yg masak, chef kiranya dah lama stay Kat London, jdi lidahnya masih ikut kebiasaan sana 😅.

    Sayang sangat kalo tak sedap yaa. Apalagi ikan tak fresh. Sangaaaat mempengaruhi rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah menu nya diolah agar org London pun boleh makan..
      Iya, linda rasa sedikit ikannya, tp memang rasa tak sedap.. Nseb lah suami yg order, dia boleh je habiskan walaupun tak kena tekak.. Kalau linda, mmg tak makan dah..

      Delete