Saturday, July 18, 2026

.: THREADS :.

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni, Linda suka plak menyinggah kat Threads.
Tapi, asyik la yang lalu lalang pasal "kacang hijau @ askar".
Tak tahu lah kenapa, Linda takde pula buat carian pasal tu.
Kita ada askar pencen, sebarang kegusaran tanya dia je.. hahaha.

Macam² persoalan yang diorang lontarkan.
Sampai Linda terfikir, kenapa benda tu tak bincang dengan askar tu sendiri, means partner diaorang lah.

Tapi, yang bawah ni.
Memang Linda nak share la.

Maybe orang ni, nak tanya sesiapa yang dalam situasi yang sama.

Linda pun, baca la yang orang² reply.
Ada satu je yang Linda terasa dan tergerak nak balas juga.

Ni haaa..
Salah satu reply nya.

Linda baca terus terasa dan gelak sorang².
Sebab nya, incikSuami ni memang mcm tu dari sebelum kahwin.
Lepas kahwin pun, masih sama je perangai nya.
Masa PJJ dan dia masih berkhidmat, kalau dia bz sangat, memang dia sidai je wasap Linda.. 😆😆
Ada sekali tu, 24jam hilang dari radar. Padahal ada je Keje kat kem tu.

Adoi, nasib la bini ni tak merentan.
Kalau tak, jenuh gaduh saja.

Masa kawan, Linda tak heran sangat.
Awal² kahwin, memang tak faham. Apa yang susah Beno kerja nya.
Sampai sibuk sangat.
Awal² tu merentan la juga.
Tapi tak lama pun, lepas tu. Dah biasa.
Jenis kalau dia dekat kem, tapi janji nak keluar bila dia balik, dan dia pun dah gtaw sekian² waktu dia balik.
Linda siapkan anak² je dulu.
Linda tak siap lagi.
Tunggu dia sampai rumah, baru Linda siap.
Sebab dia punya sekian waktu tu, tak boleh dipercayai.. hahaha.
Kadang² ayat dia "jap, 30min lagi sampai"
Tapi, ada yang 2jam lepas tu baru sampai.. hahaha.
Padahal rumah dengan kem tak sampai 20min pun.

Sebab malas nak sakit hati sendiri, kita layan je.
Tak payah try hard sangat, sebab sendiri yang tersakiti nanti.
Dapat pula suami tak berapa reti nak memujuk, lurus pula tu takde kona kona.
Jadi, begitulah kami. 😆😆

Sekian, pengalaman sendiri.

Till then, see ya.

 

18 comments:

  1. Orang kuat je yang boleh couple dengan askar ni. Sebab selalu kena tinggal. Kalau jenis nak berkepit jer tu, baik cari partner kerja lain ler, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi..nak kata kuat tu tak juga, tapi kita adapt la..dah kahwin kan..

      Delete
  2. tak per, kita jer yg faham psgn kita..tak de manusia yg sempurna pun kan..so kita give n take gitu. apa2 pun, tabik lah utk linda sbb tak mudah lah pjj ni..kena bersabar tahap extreme dan mode rindu2 tu memang menebal lah kan...MZ pernah pjj 6 bln masa MZ gi UK 1st time ie sept 2007-feb 2008...zmn tu tak de wasup..call pun guna skype ajer..ada lah jugak video call via skype tu pun kdg2 tenet tak stabil..ehhhh pnjg plak mengomen hahahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga tu, masa awal kahwin, husband kena operasi dekat Lubnan, tahun 2012, waktu tu pun takde wasap lagi..

      Delete
  3. Mcm2 la kan kalu kat threads ni kan
    Akak suka jga baca
    Sikit2 ada je nk luahh kat situ
    Masing2 punya peragai lantak la
    Apa apapun masing2 kena kuat dan sabar
    Kalu nk kekal hingga akhirnya

    ReplyDelete
  4. Biar pun dia lewat balik tp dia tetap pulangkan? Syukur Alhamdulillah...dia syg cuma x tunjuk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...setakat ni, kalau kerja dekat kem je..balik rumah walaupun 2 pagi..ada sekali dia kabo tak balik, kita lock la dari dalam guna rantai kunci tu..sekali tengah syok tido, dengar bunyi mcm orang nak masuk rumah .kita ni risau la pencuri ke apa..rupanya suami sendiri...

      Delete
  5. Mesti dia sayang Linda cuma kena jaga ego. Senyap² sayang, ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sayang la tu, dia ajak kita kahwin..hihihi

      Delete
  6. haha...ko merajuk ko pujuklah hati sendiri ye.

    teringatlah pulak kat bekas isteri adik ammi. setiap hari tak penah miss telefon tempat kerja adik tanya harini dia buat kerja di lokasi mana, ada perempuan ke tidak...sampai kene bahanlah adik ammi kat tempat kerjanya. Sudahnya member tu pun stress sebab hari2 kena bahan dengna kawan-kawan. Masalah betul. Nasiblah awak tak call kem tu tanya "apsal suami sy tak keluar2 lagi dari kem?" hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pula call pejabat suami.. hahaha..

      Delete
  7. Jadi isteri askar ni memang kena kental la kan. Kena faham pasangan. Kalau dapat jenis tak romantik jangan la aspect nak dia romantik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, tula..romantik tu subjektif kan...hihi..

      Delete
  8. kalau dia busy dgn kerja tak apa lagi
    jgn busy dgn benda lain haaaa tu bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..seram pula kan..nasib baik la memang selalu bz kerja je

      Delete
  9. standard la kan bercinta ngn askar selalu hilang dari radar. kat kem dorang pun kadang2 entah ada line ke tak, kadang2 masuk hutan la.. yg penting saling percaya, tak cari lain, cukuplah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radar pun dah jemu dengan depa.. malas nak detect.. hahaha..

      Delete