Tuesday, July 21, 2026

.: 26TH SELANGOR RESEARCH WEEK :.

Assalamualaikum.

22-25 Jun lepas Hospital Selayang jadi host untuk Selangor Reseacrh Week
team Admin dan Pengurusan terlibat dengan logistik dan gadis2 penyambut tetamu.. 😁😁
jadi, linda dan Izzah pun tak terkecuali la.
jadi la usher yang tak bertauliah.
sebab participant dan audience serata Selangor.
jadi ada yang tak pernah datang Hospital Selayang, maka tugas kami sebagai penunjuk arah supaya mereka tak tersesat merata.

Selangor Research Week ialah acara tahunan penting yang menghimpunkan penyelidik, pegawai kesihatan, dan profesional perubatan. [1]
Berikut adalah sorotan utama acara tersebut:
  • Edisi Terkini: Edisi ke-26 telah berlangsung pada 22–25 Jun 2026 di Hospital Selayang. [1, 2]
  • Tema: Empowering Health Through Intelligent Research. [1]
  • Fokus Utama: Persidangan ini menumpukan pada Clinical Research, Innovation & AI Integration (Integrasi Kepintaran Buatan dalam Penyelidikan Klinikal). [1]
  • Aktiviti: Pelbagai bengkel pra-persidangan, pertandingan pembentangan lisan, dan pameran poster serta integrasi teknologi AI dalam bidang penjagaan kesihatan.

hari rehearsal.
dengan Kak Ju.
nampak flawless je, kamera telefon orang kan. hahaha

25hb tu hari perasmian, jadi hari tu kami team pengurusan pakai baju dan tudung warna sama.

dengan Izzah.


dah habis perasmian, bergambar atas pentas.
linda bertugas dalam dewan, jadi nampak la gimik perasmian.

dengan boss dan watak utama Selangor Research Week kita

wefie sikit dengan sesiapa yang sempat. hihihi

outfit hari tu, semua linda beli lain.
sebab takde baju hitam kosong dan tudung biru laut.
total tak sampai RM30 pun.
beli dekat Shopee semua minta hantar segera.
tudung beli pagi, petang dah sampai.
baju beli pagi, tengah hari dah sampai.

Alhamdulillah, another experience gained.

till then, see ya.

10 comments:

  1. Cantik & segaknya team pengurusan bertema hari tu! Walaupun kelam-kabut cari baju & tudung last minute kat Shopee, hasilnya tetap nampak mantap dan flawless. Tahniah buat Linda dan seluruh team Hospital Selayang sebab berjaya anjurkan majlis dengan jayanya!

    ReplyDelete
  2. Wow..Cpt betul penghantarannya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..risau juga kalau tak sempat sampai

      Delete
  3. Segak² belaka, nampak professional dgn baju & tudung sedondon gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, muka kita makin gelap dengan warna baby blue tu.. hahaha

      Delete
  4. suka tgk muka linda semua posing dgn mood ceria!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..adoi, tak reti kalau tak senyum gitu..nanti muka auto masam...orang kata bekeng..😆😆

      Delete
  5. Program yang sangat bermakna buat para pengkaji dan akademik! Semoga Selangor Research Week kali ke-26 ni memberi banyak inspirasi dan impak positif. Kudos untuk semua pembentang dan peserta! ❤️📚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...Linda pun turut sama membaca poster mereka...

      Delete