Friday, February 27, 2026

.: PEJABAT TM @ IPOH, PERAK :.

Assalamualaikum.

Isnin, 16.02.2026 - linda ambil cuti masa ni. gerak dari Taiping terus ke Ipoh.
nak pergi pejabat TM, Unifi. jauh betul.
dulu ada dekat Batu Gajah, tapi sekarang dah takde.

masa pindah Tronoh tu, dah settle down kemas barang semua.
incikSuami dah buat permohonan melalui online, untuk pembatalan (termination) perkhidmatan Unifi.
sebab dekat taman perumahan linda, Unifi punya line siput sikit.
kita tukar Line Maxis Fiber, lajuss.
tapi kalau line Maxis cellphone, hancur.
tak tau la apa beza nya.

sebab pergi pejabat, tiba-tiba bil bulan Febuari untuk Unifi keluar juga.
tu yang pelik, dah la takde pemberitahuan apa-apa.
takde notifikasi, takde boleh nak track status permohonan kita macam mana.
so, kita assume setel lah. tiba-tiba bil keluar, kena pergi mengadap juga la.

Unifi, Ipoh Perak
sampai-sampai, scan QR untuk ambil no giliran.
lama juga tunggu, kerusi tak banyak.
lenguh berdiri.. hahaha.

Unifi @ Ipoh, Perak
comel la .
banyak unifi letak info pasal gajet-gajet yang diorang ada.
ada juga layout telefon yang akan diberikan, kalau kita langgan perkhidmatan diorang.
ikut kontrak la kan.

Unifi @ Ipoh, Perak
amik gambar incikSuami buat kenangan.

tunggu nombor dipanggil almost 45min juga la.
pergi kaunter, dia pun cek kan.
dia kata dalam sistem memang ada permohonan termination, tapi bila pihak Unifi call nak buat confirmation, tapi tak berjaya dapatkan confirmation (sebab incikSuami cakap tak dapat pun call dari Unifi), jadi Unifi resume balik la perkhidmatan.
itu lah problemnya, kita tak dapat info apa-apa.
tau-tau kena bayar bil.
padahal, kitaorang tak guna pun dah Unifi tu.
jadi macam tak adil la kan, tak guna, still perlu bayar.
agaknya, pasang je Unifi tu, sampai tak boleh guna kot.
orang kata guna sampai habis lah.

then, jalan penyelesaian nya.
orang kaunter tu buat emel kepada pihak HQ untuk resume termination.
staff tu cakap, SOP 30hari untuk stopkan perkhidmatan.
tapi, kes kami, mungkin akan on the spot.
tapi, bila kami tanya exact date atau pun tempoh sebenar berapa, dia tak boleh nak jawab.
dia cakap "tunggu je"
pening kepala la.

masalah sekarang ni, kita tak tahu status permohonan tu macam mana.
nak cek pun tak tau nak cek dekat mana.

kalau macam terminate bil air, bil letrik hari tu.
ada la tulis in progress, kira bil akhir, staff pergi potong bila.
ni nan hado apa-apa.

tak tau la, harapnya takde la keluar next bil lagi.
bil yang dah keluar ni, cnfrm kena bayo.

til then, see ya.

 

23 comments:

  1. Sgt tidak adil..
    kenapa nak kena confirmkan, sedangkan kita dah buat permohonan termination kan, sepatutnya tak perlu dah nak comfirmation sebab yang buat termination pun owner..tgk skrg yang rugi siapa kita, yang untung dia..alasan apa la bagi x dapat contact..xkan sekali je contact x dpt kan..hum..sabar jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dari dulu sistem tak betul..kat rumah mak hari tu, Line internet takde sampai 2 bulan, kita bayar macam biasa.. nak kompelin Line takde pun kena g jauh..

      Delete
  2. Memang pening kepala bila deal dgn unifi ni. Semoga dipermudahkan urusan nak terminate tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan tu lagi jenuh, tak pernah langgan Unifi, tiba² ada tunggakan atas nama dia, no telefon dia, tapi alamat orang lain..lagi kesian..lebih kurang gitu lah..

      Delete
  3. biasalah tu mana2 servis. nak daftar meme mudah. tp kalau nak tutup mrka buat2 lupa or melengahkan permainan. adoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kadang² offer lagi..telefon free la,laptop free la..alih² tak jadi matikan servis..makin update ada lah..

      Delete
  4. Sbb maxis fiber pun guna line TM.Tu sbb laju. Sy guna maxis fiber masa dkt rumah lama. Previously guna Unifi. Bila nk switch to maxis fiber, mereka kena check availability line TM. Mujur waktu tu kami mmg Unifi User. Jadi proses switch fron Unifi to Maxis Fiber tu cpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna Line sama..sepatutnya Unifi punya coverage pun ada la gitu..tapi, ni memang takde..ada pun slow je.. lagi² kalau waktu malam..loading Mat.. hahaha..tapi, Linda jarang guna wifi pun..guna Line tenet nset sendiri je..puas hati..

      Delete
  5. hurmm ini semuaaaa agendaaaaaaaaa doranggg.. masa nak pujuk suruh psg kemainnn manisss mulut kan, bila time kita nak terminate haaaahhh nak kena pegi kaunter ape segala lah pastu lambat pulak tu urusan nak potong tetibe ken byr lagi bil... buat hati mendidiah je time2 puasa cuaca panassss ni ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..sabar jelah..ni tak tanya lagi husband achaner status nya

      Delete
  6. Tak tahu la apa masalah provider² ni kan... Time nak suruh langgan tu semua boleh buat, on the spot setel. Time nak terminate, mcm² pulak procedure nya. Pernah kena dulu, zaman pakai broadband. Sampai skrg kitorang blacklist provider yg satu ni 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terminate, kurang la income dia..tu yang buat lewat²...

      Delete
  7. Taktik brazil, suami akak cakap. Nak stop servis bukan main slow lagi. Sabor ye, Linda dan suami. Akak masa tinggal di Seri Iskandar, pakai line streamyx. Masa nak pindah rumah, apply online juga untuk terminate. Memang TM akan call untuk confirm, baru dia proceed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brazil macam tu ye taktiknya kak..? Hihi..kelakar pula kita baca..

      Delete
  8. salam ramadhan dan bykkan bersabor., aminn

    ReplyDelete
  9. Kalau still in process adakah 30 hari akan kena bayar juga walhal kita dah terminate dan tak pakai pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tak tau lah..tapi, ni tanya husband, dah Setel..lega..dan tak perlu bayar pun bil yang latest tu..Alhamdulillah

      Delete
  10. memang taktik nak lmbt2kan org terminate...sama mcm astro jugakkkk...memang susah sgt2 if nak stop/terminate

    ReplyDelete
  11. Tak adil betul..
    Patutnya bagilah tarikh sebenar bukannya suruh orang tunggu ja.. Dahlah tak ada medium untuk tengok proses dia.. susah juga ya diorang ini.. Ini geng astrolah ini..

    ReplyDelete
  12. Kalau baca ini, unifi ini mirip dengan first media kalah di Indonesia. Susah sangat nak putus, padahal service dia hancur.

    Memang stress kalau dapat layanan provider yg begini. Yg saya pakai skr, Alhamdulillah dr brand pemerintah dan bagus. Jaraaang sangat masalah even kalau ada cuaca buruk, Krn dah pakai fiber kan. Tak pengaruh cuaca. Yg belum pakai fiber nih, yg ikut cuaca kadang. Cuaca buruk, buruk jugalah connection dia.

    Saya nak ganti yg pakai satelit. Tp pas tanya alatnya, utk awal2 mahaaaaal. Tp monthly fee murah. Nantilah, tanya suami dulu 🤣. Kalau yg based on satelit, mau gempa bumi atau banjir besar pun, ttp connect.

    ReplyDelete
  13. dah kalau orang buat permohonan termination, diorang terminate jela. ni nak kena call utk confirmation bagai pulak.. dia igt boleh pujuk kita ke apa. geram pulak dgn syarikat2 yg keje nak paw duit orang je

    ReplyDelete