Assalamualaikum.
selasa, 03.02.2026 - saja lah nak tepek kat blog ni.
Perjalanan pagi dari Batu Gajah ke Sg Buloh, terus ke Hospital Selayang.
Biar senang nak ingat kenangan² kalau dah pindah nanti, aamin.
Seawal 4.30 pagi dah keluar dari rumah.
Tiket pukul 5.13pagi.
Ramai juga penumpang hari tu.
Linda sedar masa dekat stesen Kampar dan stesen Rawang je.
Selain tu, ketiduran.. hahaha.
Nasib baik Ler bendera Jepun.
Sampai Sungai Buloh, terus mengatur langkah naik ke stesen MRT pula.
7.12 pagi kita tercongok dekat sini.
Perjalanan dari Sg Buloh ke Metro Prima, dalam 10min je.
Turun² MRT.
Tunggu bas pula.
Bas ni gerak pukul 7.40 pagi.
Alhamdulillah, sempat thumbprint sebelum pukul 8 pagi.
Esok, jumaat. Balik Tronoh lagi.
Kali ni, Linda ambil tiket 7.35 malam.
Takde lah nak menung sampai 9.30 malam mcm 1st time naik ketapi tu.
Mesti ramai tanya, "tiap² minggu balik ke?"
Setakat dari bermula persekolahan tu, memang tiap² minggu balik.
Kecuali minggu kedua persekolahan, sebab yang tu kemas rumah kuarters.
Setakat ni, sampai raya cina, memang balik tiap² minggu.
Lepas raya cina nanti tak tau lah.
Tapi, bulan puasa kan.
Apa² pun, semoga dimudahkan segala urusan Linda dan semua.
Doakan ya, Linda dapat pindah cepat²..aamin.
Till then, see ya.



Hati mak-mak ni slagi mampu mmg nak balik tiap mggu. Semoga dipermudahkn semuanya ya..Amin
ReplyDeleteItulah..bergantung pada kewangan juga..hihi... Tiket pergi balik dah RM70..
DeleteAkak yang baca ni, yang rasa penat, Linda. Semoga cepat-cepat Linda dapat tukar balik Perak. 🤲
ReplyDeletePenat juga, nasib baik tak drive je... Kalau drive, lagi penat..
DeleteAamin.. terima kasih kak Nur
biasa pindah alasan ikut suami ni cepat Linda..insyaAllah ada rezeki tu tak lama dah
ReplyDeleteCerita je alasan ikut suami cepat dapat, sama je menunggu..lain lah kalau bos memang sign pengganti kemudian.. masa suami masih berkhidmat dalam tentera pun berchenta minggu dapat transfer.. aamin..mudah mudahan ada rezekinya...
DeleteSemoga dipermudahkan
ReplyDeleteAaminn
Aamin.. terima kasih kak
DeleteLinda beli ticket siap² ke?
ReplyDeleteMudah-mudahan ada rezeki Linda dapat pindah nanti aamiin
Tiket ketapi memang beli siap².. dah tahu bila yang memang plan nak balik, beli je terus.. ni pun ada 4 tiket yang belum sampai date lagi dekat apps KTMB tu..hihi..
DeleteSusah juga kan nak dapat tukar sebab post PA dah tak banyak kan? Ke sekarang ikut kekosongan post PT? Dah tukar nama jawatan kan lepas sign SSPA?
ReplyDeleteNama jawatan je Tukar, akar masih penyelia asrama.. Kikiki..call sumber, katanya kena Setel perjawatan dulu, baru boleh proceed.. tp tulah, dengan pengganti serentak..mudah mudahan dimudahkan segala urusan..aamin
DeletePJJ mcm ni akn jd kenangan jugak linda.. kalau sy dlu mmg hampir setiap mgu ke airport hantar-ambik ensik suami... semoga dipermudah ye.. be strong
ReplyDeleteInsyaAllah..aamin . Terima kasih kak Mim
DeleteAaamiiin. Saya doakan ya kak, semoga cepat bisa bergabung lagi dengan keluarga. ☺️
ReplyDeleteAamin.. terima kasih fanny
DeleteAllahumma yassir utk linda :) sbb bila happy2 travel/commute jauh2 utk jumpa yg tersayang, letih pun tak terasa/buat2 lupa ;) lgpun linda masih muda, ok jer tu commute
ReplyDeleteAamin... Nk masuk 4series dah ni.. tua dah juga rasanya...kikiki
DeleteMoga dipermudah semua urusan Linda.
ReplyDeleteAamin.. terima kasih kak ezna
Delete