Tuesday, December 30, 2025

.: TAHNIAH MAYA SYAFIQAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 19.12.2025 - hari terakhir persekolahan.
Rezeki kak M pula dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah kelas KAFA kategori Kehadiran Terbaik Perempuan.

Sepantas kilat Linda pergi, lepas menjadi team koir jemputan untuk perhimpunan bulanan bulan Disember.

Team koir HRAD
Nah, belanja gambar team koir petang tu.

Untung juga motor ada 2 biji kome.
Senang nak merempit.
Mohon keluar pejabat 3.30-5.00 petang terus.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Sampai² jumpa incikSuami.. 
Terus wefie.
Nasib baik sempat lagi tengok kak M ambil hadiah.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Tahniah kak M

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Wefie pula dengan kak M.
Tahniah kak M.
Sebab tu lah ibu suruh pergi sekolah hari².
Rezeki kak M dapat kategori Kehadiran terbaik.. Alhamdulillah.
Mana tahu penyuntik semangat untuk buat yang lebih baik lagi untuk tahun hadapan..aamin.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Lawa plak nya.
Tapi yang ni takde tulis nama kelas pula..
Tahun dah ada elok dah.

Alhamdulillah, walau apa pun.
Ibu ayah tetap bangga dengan anak²..
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka..aamin.

Till then, see ya.

19 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah kak M semoga menjadi motivasi utk terus cemerlang.. ceria je wefie tu jumpa encik suami.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih kak Mim..
      hahhaa.. memang sejenis yang senyum nya lebo begitu...

      Delete
  2. Tahniah Kak M!
    Sibuk maknya sejak² jadi artis koir ahak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih PH..
      kita support je lah, selain boleh masuk buat tambah2 markah dalam KPI kita

      Delete
  3. Oh Kak M tu untuk Maya. Sedap namanya....tahniah Maya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. iya kak ezna.. empunya badan yang cakap suruh panggil dia M.. lekat la kak M..
      terima kasih kak Ezna..

      Delete
  4. Aunty SA pun nak tumpang bangga la...tahniah Kak M

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aunty SA.. boleh je.. moga boleh terus fly high macam kakak Dania juga..aamin

      Delete
  5. Tahniah kakak M, kekalkan momentum dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete