Assalamualaikum.
Selamat menyambut bulan Rejab.
Semakin menghampiri Ramadan, semoga kita sampai ke bulan yang Mulia. Aamin.
Aamin YRA.
Semoga urusan Linda dan semua dimudahkan oleh Allah SWT..aamin.
Bulan Rejab 1447H di Malaysia dijangka bermula pada malam Ahad, 21 Disember 2025 (selepas Maghrib), menjadikan 1 Rejab jatuh pada hari Isnin, 22 Disember 2025, mengikut kiraan rasmi JAKIM dan unjuran falak, menandakan permulaan bulan mulia sebelum Ramadan. Ini merupakan Rejab untuk tahun hijriah 1447H yang akan membawa kepada Ramadan 1447H.
Tarikh Penting Rejab 1447H (2025/2026):
- 1 Rejab 1447H: 22 Disember 2025 (Isnin).
- Malam 1 Rejab: 21 Disember 2025 (Ahad, selepas Maghrib).
- 27 Rejab (Israk Mikraj): 17 Januari 2026 (Sabtu).
Amalan Sunat:
Bulan Rejab adalah bulan yang dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa sunat, doa, dan ibadah sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan. Tarikh-tarikh puasa sunat Rejab yang boleh dimanfaatkan termasuklah pada hari Isnin, Khamis, dan Hari Putih (13, 14, 15 Rejab) yang jatuh pada awal Januari 2026.
Bulan Rejab adalah bulan yang dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa sunat, doa, dan ibadah sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan. Tarikh-tarikh puasa sunat Rejab yang boleh dimanfaatkan termasuklah pada hari Isnin, Khamis, dan Hari Putih (13, 14, 15 Rejab) yang jatuh pada awal Januari 2026.
Till then, see ya.

Selamat menyambut bulan Rejab yg mulia. Semoga kita dapat menambah amal utk persediaan memasuki Ramadhan nanti aamiin
ReplyDeleteAamin..semoga sampai kita kepada Ramadan..
Deletesalam 1 rejab & selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam 1 Rejab..tapi, Linda tak puasa hari ni
Deletethank you for the remind. Semoga amalan2 kita diterimaNya
ReplyDeleteAamin YRA
DeleteTak lama lagi dah nak ramadan. Kejap je masa berlalu.
ReplyDeleteBetul tu kak ezna...sekejap je masa berlalu..
Deleteselamat menyambut bulan rejab. sikit je lagi nak ramadan kan
ReplyDeleteSalam Rejab juga.. betul, sikit je lagi nak ramadan
DeleteMasya-Allah, akak terlupa, Linda. Terima kasih, bagitahu.
ReplyDeleteSama² kasih kak..
Deletesalam rejab! dah tahu dah, masuk rejab ni dah nak vibes ii ramadhan dah kann. semoga bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan! take care alwayssss ˗ˏˋ ♡ ˎˊ˗
ReplyDeleteThank you Zaty..moga kita direzekikan bertemu Ramadan..aamin
DeleteTak lama lagi nak masuk Ramadan dah kita. Semoga berkesempatan bertemu Ramadan kali ini.
ReplyDeleteAamin..
DeleteSemoga kita direzekikan untuk menyambut Ramadan..