Thursday, December 4, 2025

.: MEMORY FULL :.

Assalamualaikum.

Asyik lah memory full je..
Last² langgan la juga.
Dah banyak peranti guna emel yang sama.
Banyak lah yang masuk dalam storage.
Padahal dah pakai lama, tak pernah² pun memory full.. Kikiki.

Memory full
Last² langgan la juga.
Sebab nampak murah beno yang ni.
RM0.90/bulan untuk 3 bulan.
Lepas tu, jadi RM3.50/bulan.

Linda guna prepaid je, nak matikan langganan senang je.
So, langgan je lah.
Cukup lah tu 30Gb.
Yang buat penuh tu, video anak² ni dok tengok kat TT lah.
Lepas tu download kat peranti masing².
Yang dekat Google storage tu,Linda delete lah.

Ke ada cara lain untuk tak payah auto masuk dalam Google storage tu?
Aiyoo..Linda bab² IT ni tak pandai sangat.
Ada telefon canggih pun tak reti guna.
Janji boleh wasap, main game, orang nak hubungi senang.
Selesai dah.
Tak reti lah planner, note bagai² dalam telefon.

Kalau ada dokumen yang dishare pun, tak suka buka dekat phone.. 
Memang akan buka dekat PC je.
Tak tau lah macam mana orang buat kerja guna phone..
Ai is tak boleh lah. 😅😅

Till then, see ya.

Wednesday, December 3, 2025

.: CRIME SCENE :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, waktu maghrib tu memang waktu kritikal lah.
Toilet banyak pun berebut juga.
Rumah kuarters Linda memang ada 3 toilet, tapi yang dekat tandas dapur memang tak guna sangat.
Guna pun kalau terpaksa je.

Macam semalam, Linda terpaksa lah guna.
Sebab toilet lagi 2 tu, ada yang guna.
Nak qada' hajat, sekali ambil wuduk.
Nak buka pintu tandas, nampak ada plastik terselit. Ingat kan plastik makanan dok terbang², tersepit dekat pintu.
 
Sekali buka pintu..

Nohhh... Rokiahhh 😱😱
Dah macam scene dalam cerita serial killer, tempat nak kerat² badan tu.
Senang nak lupuskan bukti. Berplastik² bagai.

Tengok ni.

Kerjaan incikSuami la ni.
Mentang² dok rumah sorang².
Diam² dok buat kerja.
Apa yang dibuatnya??

Ni ha, dok spray spoiler / bumper kete.
Yang Linda tunjuk dengan anak panah tu.

Senang sikit, tak payah nak cuci² tandas dah.
Buang je plastik tu terus.
Plastik tu memang ada kat rumah, sebab kitorang tak beli almari pun, so gantung baju dekat penyidai baju biasa je lah.
Jadi, plastik tu kitorang buat cover baju² dari berhabuk.

Ingat anak je yang kuban²..
Rupanya incikSuami pun yang kuban² Aje.. hahaha .

Ada tak perangai tok laki kome yang kuban² Gini?

Till then, see ya.

Tuesday, December 2, 2025

.: BLOG PERFORMANCE - PENGARUH KAK MIM :.

Assalamualaikum.

gara-gara terpengaruh dengan rakan blogger kak Mim kita.
linda pun terikut sama.

eh.. dapat A la.
sebab tak banyak widget kot.
jadi cepat je lah loading website nya.

linda snap yang ni je lah..
yang lain2 tu tak faham pun apa benda nya.

siapa yang nak tengok  blog performance.
boleh la cek juga kat sini https://gtmetrix.com/

till then, see ya.

 

.: BUKU TEKS HANYA PINJAMAN :.

Assalamualaikum.

Periksa dah habis, musim pulangkan buku teks pula.
Emm, linda tak tau lah anak ganas sangat atau memang dapat buku macam ni.
Tapi, memang masa terima buku pun, buku pun hampir hancur.

Meh la tengok bukunya.

Buku teks Bahasa Arab KAFA

Buku teks Jawi KAFA

2 buku ni, buku dedek.
Dek cakap kawan dia koyak..tak tau lah.
Linda pun terlupa nak belek weekend hari tu, memang dah cakap juga nak beli buku baru.
At least, boleh la next murid merasa buku baru kan..

Jadi, lepas maghrib semalam, terus ke Pustaka Rakyat Sri Gombak.
Ramai ye mencari buku teks. 🤭🤭

Alhamdulillah, ada stok bukunya.
Risau juga habis.
Nampak lah berseri dan keras sikit buku baru ni, harap yang dapat nanti.
Guna secara berhemah lah.

Abang Mu'az pun, tengah tahun hari tu Linda belikan buku teks matematik yang baru.
Katanya, buku dia hilang ntah kemana.
Adoi, mudah² je lah anak² ni.
Kita dulu² tak pernah hilang buku.

Eh, lupa..
Setel beli buku, terus lajak ke TF Batu Caves, cari barang basah sikit.
Lepas tu lapar pula, singgah makan dekat foodcourt. Sebab baru pukul 8.30 malam gitu.
Untuk anak², Linda tapau Dunkin Donut.
Tu pun, tak banyak pilihan dah. Sebab nak tutup dah kan.

Till then, see ya.

Monday, December 1, 2025

.: MELAWAT ADIK DI SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 2.11.2025 - weyh.. lama dah gambar ni peram dekat draft.
masa tu, mak, kakak dengan adik dekat kampung tido rumah adik dekat Shah Alam.
so, ahad tu kitorang pun gerak dari Selayang lepas abang Mueez habis kelas tambahan UPKK.
terus ke Shah Alam.
linda goreng keropok keping je.

sampai-sampai Shah Alam, hujan lebat.
air naik gak sekejap.
risau masa tu meredah air.
tapi, babyRuz kan tinggi, so ok lah, rasa macam separuh tayar babyRuz gak.
tengok kete rendah dah stop tepi, tak berani nak harung.
meh la belanja sikit gambar hari kejadian tu.

nie mek Meera. takmo ye linda pegang dia.
haisyh, nak dengan kak Mas je.
BTW, hari nie, 01 Disember - birthday Meera.. happy birthday Meera yang ke 3 tahun, moga membesar jadi anak solehah ya.

dengan abang Mu'az.

sebabkan rumah adik ada tangga, senang sikit nak wefie yang semua masuk gambar.
berdiri je kat tangga semua.

dekat bawah pula stau.
dengan kanak-kanak riang.
yang belakang tu dah jadi kanak-kanak purba. hahaha

balik tu, tak hujan dah.
air yang kitaorang redah masa datang tadi pun, dah takde.
magik betul. hahaha

till then, see ya.