Tuesday, August 19, 2025

.: INFO DAGING AYAM MENTAH :.

 Assalamualaikum.

hari nie kita bercerita tentang daging ayam mentah.


Daging ayam mentah tidak boleh dibiarkan terlalu lama pada suhu bilikIa boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan meningkatkan risiko keracunan makanan. Sebaiknya, simpan ayam mentah di dalam peti sejuk (chiller) atau bekukan. Jika ayam beku, cairkan di dalam peti sejuk, bukan pada suhu bilik.

Penjelasan Lanjut:

  • Bakteria:
    Suhu bilik adalah lingkungan yang ideal untuk pertumbuhan bakteria seperti Salmonella, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Penyimpanan:
    Ayam mentah perlu disimpan pada suhu yang lebih rendah (di bawah 4°C atau 40°F) untuk melambatkan pertumbuhan bakteria, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • Pencairan:
    Jika perlu mencairkan ayam beku, lakukan di dalam peti sejuk, bukan pada suhu bilik atau di dalam air panas, menurut portal Gempak. 
  • Masa:
    Ayam mentah yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dimasak dalam tempoh dua hari. 
  • Penyimpanan Ayam Masak:
    Ayam masak juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik (lebih dari dua jam), menurut Facebook. 


dah kenapa hari nie bercerita pasal ayam?
malam tadi, linda keluarkan ayam, letak dalam sinki.
selalu nya memang linda akan defrost dekat luar dalam sejam dua, baru
masukkan semula dalam peti sejuk.
senang nak masak esok pagi, ayam dah lembut.

tapi, malam tadi. 
biasa lah, kak M dengan dedek memang akan suruh linda tidurkan dulu.
just temankan diorang baring dalam bilik ja.
bukan setakat diorang berdua je tido, linda pun tertido sama.
terjaga jam 3.30 pagi, baru masuk bilik sendiri.

5.30 pagi bangun untuk mulakan tugas hakiki sebagai surirumah tangga.
pergi dapur, elok semua pinggan mangkuk, periuk dah berbasuh.
tinggal nak susun dekat tempatnya je.
sekali, tengok dalam sinki, ada lagi ye ayamnya dekat situ.

waaa, ku rasa nak mengamuk pagi2 nie.
awat la incikSuami tak masukkan dalam peti sejuk.
tapi tu lah, sejenis yang kena pesan, baru lah dia buat.

ada sekali tu, linda pesan suruh letak balik lauk mentah dalam peti sejuk.
esok pagi nak masak, cari dekat bahagian chiller takde.
dia letak dekat tempat frozen balik.
emm, memang tak masak lah..
beli je jawabnya.

eh, berbalik pada ayam tu, linda pun bau2 lah.
alhamdulillah, takde bau yang tidak menyenangkan.
jadi kita tawakal je lah masak ayam tu.
kalau keracunan makanan, 1 family lah jawabnya.. mintak dijauhkan la.
nie linda dah makan lauknya lunch tadi, Alhamdulillah, takde rase yang pelik-pelik.

itulah, kadang2 incikSuami nie bab2 dapur, alat memasak nie, dia tak berapa 
mahir sangat.
kena banyak bersabar tang nie. hihihi.

till then, see ya.  

22 comments:

  1. kadang2 alkisah defrost tak defrost yang menjadikan sis maleh nak masak.. nasib baik la cik abang sejenis rajin nak grab.. sesekali pau dia.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah...tapi, kita family besar..B40 plak tu..tak boleh nak tapau selalu.. hahaha

      Delete
  2. Kadang terbabas buat bahagian yang X tu. Tak selalu. Time emergency je.

    ReplyDelete
  3. sama la dengan cik abg akak tu nak kena cakap atau suruh baru jalan...hahahaha...dia bab-bab dapur ni x pandai..tapi bab kemas bilik, bilik air dan kemas rumah memang no syatu....bab defrost ayam ni biasa akak memang letak kat chiller kalau nak masak awal pagi..dah biasa dari dulu lagi sebab ikut arwah mak..kalau rendam dalam 2 jam pas tu terus masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah kak...nie dah lama dia tak kemas rumah.. hahaha...tapi, dia basuh baju, sidai baju hari2..linda lipat baju je

      Delete
  4. hehe org lelaki ni memang gitu..nak kena pesan, dah pesan pun kena ingatkan lagi sekali..haa gituww laa mereka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah, ada pro n cons.. hihihi...sabar je lah...saling melengkapi katanya

      Delete
  5. Syukurlah tak ada apa² yang memudaratkan. Agaknya husband ingat Linda baru letak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tido lewat dari Linda, dia basuh periuk nasi..haruslah nampak..hihi..lagipun, dah beralih tempat ayam nya

      Delete
  6. Nasib baik ok ye, Linda, ayamnya. Semalaman duduk dalam sinki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,nseb baik ok..kalau tak, takde rezeki lah

      Delete
  7. Bahaya jika ada bakteria ..hati-hati semua, terima kasih informasi ini ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..risau pula punca keracunan dari rumah..🤭🤭.. selalu dapat dr makanan luar..
      Sama²

      Delete
  8. Cie selalunya balik lunch time tu baru la letak ayam ke bahagian chiller. Nanti sebelah petang si kakak Raisha tolong thaw (bawah air mengalir). Kalau nak mudah sebelah malam terus letak bahagian chiller by the time kita nak masak keesokan petang dah chill ayamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda masak pagi untuk lunch, jadi selalunya masih keras juga lagi kalau letak chiller je..tu yg letak luar dulu sekejap, baru letak chiller balik.

      Delete
  9. Org laki ni kadang tak alert. Sampah tu kalau kita tak ikat suruh buang mmg kat situ jelah sampai busuk. Ehhh termengadu pulak ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sabar je lah, tapi ammi rumah atas tanah takpe, tengah malam pun boleh buang sampah..
      nie memang pagi2 letak luar rumah, jadi suami hanta anak sekolah, terus buang...lepas tu, jenis selagi plastik smapah tak penuh, dia tak buang...ehhh...kita nie sehari sekali buang sampah...sebab dalam tu macam2 sampah ada..lain lah memang kita dah asing sampah kering dan basah

      Delete
  10. Good sharing...Biasa sy rendam dlm air ej sblm masak...Kalau waktu kerja, che mek smp rumah dulu..mmg suruh dia keluarkan dr freezer & rendam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak terus masak, ok je rendam air ..tapi, cara yang betul..bawah air mengalir

      Delete
  11. Tu pernah dengar keracunan kat majlis perkahwinan kan sebab cara dia defrost ayam tu agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg² ayam segar terdedah lama sangat kat luar pun tak boleh juga

      Delete