Wednesday, August 27, 2025

.: ARCA MOBAIL - PSV D1 :.

Assalamualaikum.

cerita nie dalam 2minggu lepas tak silap.
dedek cakap cikgu suruh siapkan.
subjek Pendidikan Seni Visual - Arca Mobail 

apa itu Arca Mobail ??? 
Arca adalah suatu objek yang berbentuk 3 dimensi, dapat disentuh, dirasai dan dipandang dari perlbagai sudut.
Arca Mobail - boleh digantung dan bergerak gerak, arca mobail mempunyai nilai estetika yang tinggi.


jadi dedek pun mulakan menggunting.
ada 3 bentuk dan 1 gambar bendera Malaysia.
cikgu buat tema sempenan bulan kemerdekaan.
dedek cakap dengan ibu, cikgu takde hantar video ke macam mana nak buat.
malangnya, memang cikgu tak hantar lagi.
dan dedek hampir putus asa nak terangkan dekat ibu macam mana nak buatnya.

akhirnya, berjaya juga ibu memahami apa yang cuba dedek sampaikan.
hasil Arca Mobail dedek.

esok pagi nya, baru cikgu seni upload video dalam group kelas, cara nak membuat.
sebab nak kena hantar next week nya.

kadang-kadang ibu yang release stress bila tolong buat kerja seni anak-anak nie.
tapi, jangan suruh ibu melukis, yang tu ibu give up awal-awal.

till then, see ya.

30 comments:

  1. haaaa yang ni ammi macam ingat2 lupa apa tugasan Alip. Rasanya dia buat rama-rama kot. Tapi ingatlah dia berdiri sambil pusing-pusingkan benang tu

    ReplyDelete
  2. teringat zaman dulu buat mobile guna kertas majalah tu.. kena pulak zaman tu mak ros rajin beli majalah anjung seri.. tak pasal2 satu majalah jadi korban.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh la mak ros cari majalah tak cukup...hahaha

      Delete
  3. tahun lepas kita join guru kelas Arrizqi hias kelas sempena merdeka.
    buat gantung camtu, warna bendera. kelas dapat nombor satu masatu.
    tahun ni semua lemau, i is lazy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajennya U...mesti cikgu kelas Arrizqi seronok

      Delete
  4. betul, kadang ibu yang stress kan? hehehehe tapi bila bantu anak2 buat kerja-kerja ni otak ligat juga berfikir... hahahah

    ReplyDelete
  5. Lepas ni kena cari tempat gantung la pulak....

    ReplyDelete
  6. Pening juga nak fikir apa yang sebenarnya nak kena buat kan. Mujur ibu kreatif. Siap juga akhirnya. Kalau lukisan, saya suka. Benda macam ni perlukan daya fikir luar kotak. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, walaupun sebelum2 nie pernah buat yang abang kakak punya, tapi, cikgu yang mengajar lain2..
      jadi arahan pun lain2 lah

      Delete
  7. Aduh perkataan mobail tu ingatkan mobil huhu .. cantiklah hasil kerja dedek, kreatif 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sediakan bahan2..anak murid tinggal warna, gunting dan gamkan sahaja

      Delete
  8. PSV ni akak suka sangat. Hehe. Ambik masa F4-F5.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Terima kasih...cikgu sediakan bahan²..anak² gunting dan tampal saja

      Delete
  10. Dedek tak sabar nak siapkan... cikgu pun tak sempat nak upload video. Mujur juga dedek bagitau awal.. takdelah kalut nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dedek tu masih di tahap yang, kalau ada kerja sekolah nak buat cepat²...harap² nya sampai ke besar lah perangainya.

      Delete
  11. Replies
    1. Cikgu bg bahan .anak² tinggal warna,gunting dan gam kan

      Delete
  12. Ohh anak saya pernah juga disuruh buat macam ini. Cuma beda bentuk. Baru tahu sebutannya itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya beda bentuk..sewaktu kakak dan abang nya darjah 1 pun, lain bentuk nya.

      Delete
  13. Kak SA kalau bab- bab kreatif ni memang kelaut la...selalu Kak SA bagi cadangan je..idea...yang buat Dania...dia suka la bab- bab ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...linda pun boleh sikit2 je..buat pelepas tolong anak2 buat kerja sekolah kak

      Delete
  14. Mobail tu ambil dari perkataan mobile, mainan bayi yang gantung kat baby court dan bergerak-gerak tu, bila kita pusing. Lebih kurang, kan, Linda. Jadi tu, dedek buat. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak...itu lah, sama je...
      linda yang tolong lekatkan..hihihi...dedek gunting dan warna je

      Delete