Friday, March 14, 2025

.: WHEN THE STARS GOSSIP :.

Assalamualaikum.

baru-baru nie linda habiskan cerita drama berkisarkan kisah angkasawan 

WHEN THE STARS GOSSIP


tengok sebab ada Lee Min Ho.
episod pertama memang macam tak boleh go.
tapi cuba juga sambung, akhirnya habis juga tengok.

sinopsis bawah nie, copy dari FB je, tak ingat dah owner profile nya.
maaf ya.

Drama ni banyak kontroversi sewaktu tayangannya. Ramai yang mempertikaikan gandingan Gong Hyo Jin bersama Lee Min Ho, mengatakan yang mereka berdua tidak sesuai sebagai pasangan yang bercinta , katanya Gong Hyo Jin terlalu tua buat Lee Min Ho. Lee Min Ho umurnya bukan 18 tahun, kalau masih 18 tahun dia takkan jadi doktor yang menyambut kelahiran bayi, jadi tidaklah terlalu muda untuk menjadi pasangan Gong Hyo Jin.

Disebalik ramai yang pertikaikan gandingan hero dan heroin tanpa mengetahui yang sebenarnya tema utama drama ni adalah ibu dan anak. Sebab tu di awal episod ada tunjukkan misi Ryan yang perlu membawa sperma dan telur secara rahsia ke angkasa. 

Genre tulis romantik komedi tapi telah bertukar kepada drama yang menyedihkan di hujung episod. Terdapat beberapa watak ibu yang sanggup berjuang untuk dapatkan anak, yang mengalami kehilangan anak, yang tinggalkan anak dan yang sanggup berkorban segalanya demi anak.

Na Min Jeong

Menantu Chaebol yang kematian suami tetapi punyai keinginan untuk lahirkan zuriat mendiang suaminya. Dengan menggunakan sperma yang di simpan di bank sperma, dia percaya dia dapat hamil jika telurnya di senyawakan di angkasa. Hanya wanita yang bertahun menunggu zuriat faham perasaan dan kesabaran untuk bergelar seorang ibu.

Go Eun 

Kehamilannya bermasalah dan terpaksa di bedah. Anak dalam kandungan tak dapat diselamatkan. 

Na Mi 

Ibu kandung Eve. Tinggalkan Eve di sewaktu bayi, tak pernah terfikir untuk mencari Eve kerana dia menganggap yang Eve akan musnahkan kerjayanya. Tapi apabila sahabat baiknya meninggal dunia sewaktu melahirkan bayi, dia dengan rela hati sanggup menjaga bayi tersebut dan menganggapnya sebagai anak kandung. Sanggup jaga anak orang lain sedangkan anak sendiri di 'buang' dalam teksi 😭 .

Eve 

Sebagai komender, Eve mengikut segala protokol ketika berada di angkasa. Eve sanggup musnahkan morula di angkasa. Eve sedih apabila mendengar sendiri kata-kata ibu kandungya yang memang tak pernah mahukan dirinya. Sungguh pedih 😭 . Dan apabila Eve mengetahui yang dia hamil di angkasa, dia sanggup mengambil risiko untuk tinggal di angkasa dan bersalin di sana. Demi untuk menyelamatkan anak dalam kandungannya. 

Drama ni mungkin bukan drama untuk semua orang, dengan tema angkasa, gandingan hero dan heroin yang tidak disukai ramai tapi pada min drama ni unik dan mempunyai mesej yang kuat. Ibu, sanggup berkorban apa saja demi anak. Ibu kuatkan semangat untuk terus hidup demi anak. Tanpa ibu, siapalah anak di dunia ini. 

Drama yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Dan di akhir episod, turut di ceritakan pengorbanan ayah. Ayah sanggup risiko nyawanya sendiri demi anak. 

Hargailah ibu dan bapa kita. Tanpa mereka berdua, kita juga tak akan wujud di dunia ini.


untuk episod terakhir ep 16.
kita ibaratkan memang tak masuk akal lah.
sebab Eve boleh mengandung dan bersalin di stesen angkasa lepas.
tapi, eve tak selamat, sebab semasa meneran, tulang pinggul dia patah.
so tak boleh nak dirawat lah, memang tunggu masa nak m**i jela.
anak dia dari baby sampai umur setahun duduk dekat stesen angkasa lepas bersama bapa nya dan krew yang lain.
terapung-apung haa babynya.

tapi, cerita korea baru memang kena tapis-tapis menengoknya.
sebab dah banyak scene 18sx yang di selitnya.
hari tu pernah terbaca, sebab kadar birth rate di Korea rendah, so mungkin kerajaan dah buat analisis, 20-30 tahun akan datang, rakyat korea takde pelapis.
so, nie salah satu cara kerajaan Korea nak mempromosikan, supaya dapat menaikkan kadar birth rate dekat Korea.
kalau tak salah linda lah.

till then, see ya.

20 comments:

  1. Belum lagi tengok citer ni. Ish seram bila dengar tulang patah tu Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia bersalin dekat angkasa lepas, tempat zero gravity lah katanya..

      Delete
  2. betulkan..drama korea skrg banyak adegan itu. tu yang ammi tengok cerita glory tu pun sekerat jalan je. segan pulak rasanya sebab tengok dengan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Itulah yang linda banyak tengok kt henset je... Tapi, tulah.. Kira zina mata juga nie.. Tapi, teruskan juga menonton.. Astagfirullahalazim..

      Delete
  3. Replies
    1. gossipnya, sebab bercinta dekat angkasa, make love pun dekat angkasa, mengandung, bersalin pun dekat angkasa...dekat lah dengan stars tu..hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. A ah.. Mak nya angkasawan, bapak nya doktor O&G..

      Delete
  5. Awalnya saga memang nan nonton. 2-2 nya pelakon fav saya. Tp tuhlah, pas tahu sad ending, langsung baca spoiler saja, tak nak lihat 😂😂. Saya nih kalo nonton yg sedih, bisa lamaaa move on nya kak 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga gini ya.. Kak linda kalau setakat movie / cerita senang je move on.. Hihihi

      Delete
  6. haduh patah tulang pinggul pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Tapi, sempat lah tengok anak dalam masa 24j..lepas tu baru m**i

      Delete
  7. Belum tengok lagi. Setakat ni baca review2 orang je.

    ReplyDelete
  8. creative la jln citernya (berbanding drama2 kat msia heheheh)

    ReplyDelete
  9. Akak tengok citer ni...habis dah...menangis2 akak tgok..part last sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...itu lah tu...ada je part yang menangis...kikiki

      Delete