Assalamualaikum.
Cerita sabtu lepas, 11.01.2025.
Hari orientasi dan taklimat ibu bapa untuk pelajar tahun 1.
Dah nak masuk darjah 1 dah dedek.
Takde dah anak ibu yang baby-baby. 😂😂
Tapi, dedek baby tua.. Hahaha
Awal dia praktis tido bilik dengan abang-abang.
Dah dekat 2mgu rasenya dia tido dengan abang-abang.
Selalu memang dia tido berkepit dengan ibu ayah lagi.
Tapi, ibu dah selalu pesan, "nanti dedek darjah 1,dedek kena tido dengan abang, dah besar"
Gambar ihsan ayah.
Begini lah.
Linda tak ikot ke sekolah, malas nak menunggu.. Biar ayah lah yang teman.
Tapi nya, hari tu hujan. Jadi tetap lah linda yang hanta naik kereta.
Dalam pukul 12 tengah hari, selesai taklimat. Jemput dua orang nie.
Lepas tu, terus melencong..
Ke Giant Batu Caves, katanya 12hb tu last beroperasi.
Tapi, parking kereta full, sebab one side tu, kerja2 membuka parking sedang di jalankan.
Kalau Hospital pun buat parking mcm tu kan dah selamat, takde lah parkir berbayar. 😕😕
Masuk Giant.
Kosong dah.
Tinggal beberapa rak depan kaunter je.
Ada lah beli sikit barang2 yang 50%.
Seronok dedek main tolak2 bakul roda dalam nie.
Lapang haaa.
Lepas tu kan, incikSuami beli TV baru.
Wooo.. Buang harga dalam RM6-700 jugak
Sebab TV display.
Kalau TV baru dalam kotak, harga biasa.
Display pun, promoter tu cakap, baru je sebulan lebih gitu.
Kita caya je lah ye. Hahaha
Saiz 58inch kot tak silap RM1500, brand Hisense tak silap ritu.
Lepas tu Tv nie Google TV, bukan smart TV.
Lagi senang nak update apps katanya.. Sebab ada Playstore dalam TV.
Entah lah, henset yang dah lama pakai nie pun tak habis explore lagi. Hahaha
Rezeki lah tu, nak dapat TV baru.
Alhamdulillah..
Till then, see ya.
Wahhh...Alhamdulillah rezeki...Dah besar dah dedek =)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Rezeki tahun baru
Deletekejap je dh nk darjah 1 kan...all the best utk dedek
ReplyDeleteAamin2...terima kasih sis
DeleteWah dedek sebaya dengan anak buah Cuya. Anak buah Cuya pon tahun ni darjah 1.. Alhamdulilah
ReplyDeleteBest dapat tv baru, tv rumah Cuya pon dah problemo mintak tukar baru la tu... aahahah
Ada geng lah... Hihihi..
DeleteAlhamdulillah, rezeki dapat tv baru
Mesti Linda sedih sebab takde dah baby dalam rumah hehe. Baby pun dah masuk darjah satu. Kejap je anak2 membesar kan.
ReplyDeleteWah, rezeki tahun baru dapat tv baru 👍🏻
Rindu nak gomol2 baby.. Tapi, tak nak jaga fulltime...ehhh..hahaha...
DeleteAlhamdulillah, dapat tv baru.. Tunggu masuk rumah baru lah
Waaaa besarnya tv🤩🤩🤩
ReplyDeletepadahal rumah kecik toet je...TV kemain beso
DeleteTv display pun tak apa janji dpt tv baru kan alhamdulillah :D
ReplyDeleteBetul tu. Stil ad waranty, takde masalah lah tu..
DeleteAlhamdulillah rezeki tv baru.
Amboi sempat lagi sambar TV sebijik ye YB tu :D
ReplyDeleteAwal ye orientasi dedek... SK² dekat sini Akk x dengar lagi. SRAI pun nak buka sekolah nanti baru buat kot
Alhamdulillah.. YB nak beli, ikotkan je lah.. Jangan nanti, nak bukak sekolah buat "loan" isteri, siap lah kena babap kang... Hahaha.
DeleteHaaa, sek sini memang buat sebelum cuti sek. Kak M dulu pun mcm nie. Jadi naik sek kang, terus je masuk mcm biasa.
Pat buka pintu, kita nak tumpang nonton tv baru ni.
ReplyDeleteSelamat masuk ke alam persekolahan dedek. Don't noty-noty okey.
My asben memang taklah nak terbabit dgn sekolah ni.
Tv dok dalam kotak lagi... hahaha
Deletesuami kita kena amik tau lah lepas nie, isteri nak cuci tangan dah..
Yey...dedek dah nak masuk darjah satu....
ReplyDeletesekejap je dah berlalu...hihihi...
Deleteammi dulu pun anak-anak banyak husband yang uruskan awal sekolah sebab kerja dia freelance. jadi pandai2lah dia kawtim masa dia sendiri. kita keje makan gaji, nak apply cutilah, kang team mate pun nak cuti jugaklah.
ReplyDeleteseronok tengok orang freelance nie...Alhamdulillah, rezeki dia lah nak urus anak-anak
Deleteselamat datang ke alam persekolahan tahun 1 ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih
Delete