Assalamualaikum.
Sekadar perkongsian untuk kita selalu bersyukur dan bersangka baik dengan Ujian Allah... Insya-Allah..
Ada satu kisah seorang yang diuji dengan anak perempuannya datang rumah pemulihan ustaz. Tingkatan 5 mengandung anak luar nikah.
Ayahnya seorang imam di negeri selatan, ibunya mengajar ngaji di kampung. Ayahnya memang seorang yang tawaduk, maklumlah imam.
Tiba-tiba anaknya mengandung, satu kampung tahu.
Sekolah berhentikan anaknya. Satu kampung tahu dan tak mahu dia jadi imam.
Pergi kenduri tak dijemput sampai dia rasa down sangat. Kena pulau. Tak ada seorang pun yang hantar anak mengaji pada isterinya.
Pergi kedai nak beli air, orang kecam.
Nasihat ustaz, jangan kecam orang lain hatta dia imam atau orang baik-baik. "Ish, apalah anak ustaz macam, orang agama baik-baik pun keluarga masalah."
Jaga-jaga, bila-bila masa Allah boleh terbalikkan ujian tu ke batang hidung kita. Baru kita tahu langit tinggi atau rendah. Mulut jangan cepat mencemuh.
Jangan mulut terlalu cabul, jari terlalu pantas nak kecam orang.
"Ya Allah, ustaz beratnya ujian saya ni ustaz. Ustaz tolong jaga anak saya mengandung luar nikah. Saya dah rotan dan pukul dia. Dia tak bagitahu apa-apa pun. Dia ni memang lain sikitlah, tak macam kakak-kakak dia." Keluh Pak Imam tu.
"Shhh, abang, jangan bandingkan dengan kakak-kakak. Diam dan bertenang dan duduklah dulu." Ustaz tenangkan dia.
Satu kezaliman sebenarnya bila ibu ayah membanding-bandingkan anak mereka.
"Ustaz apa nasihat ustaz pada saya dan isteri?
"Abang, abang jangan sekadar jadi orang yang hanya bersabar tapi jadi orang yang bersyukur." Jawab saya.
"Syukur apa ustaz?!!! Anak saya mengandung anak luar nikah, ustaz suruh saya bersyukur?"
Imam tu dah macam hilang sabar.
"Syukurlah abang. Sabar ni kita bertahan, syukur ni kita bersangka baik kepada Tuhan. Abang ikut saya ajar ya.
"Alhamdulillah..." Ucap saya berulang kali.
"Ustaz ni ajar ajaran sesat ni!" Tempelaknya.
"Tak apa, abang ikut ya perlahan-lahan. Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Rahim." Mereka pun ikut perlahan-lahan, satu-satu.
Terima kasih ya Allah aku ada anak
Alhamudlillah ya Allah, anak aku ni baik orangnya ya Allaj
Mungkin aku kurang bersyukur sebab tu kau azab aku dengan ujian anak mengandung luar nikah ya Allah.
Dia ikut cakap.
"Abang, amalkan hari-hari sujud syukur atas ujian anak yang mengandung ni. Paling tidak dia tak mandul."
"Tapi ustaz, anak yang dia mengandung ni anak haram." Dia masih rasa berat nak buat.
"Tak apa, abang cuba dulu ya. Buat betul-betul." Ustaz terus dorong dia.
Tak lama lepas tu kuasa Allah seperti yang Allah beritahu dalam Surah Ibrahim ayat 7.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ ٧
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.”
Apa berlaku?
Masya-Allah, 2 tahun anak dia duduk di rumah kami berjaya hafal 20 juzuk Quran.
Bayi yang lahir diambil jadi anak angkat seorang ustaz dan isterinya ustazah. Selepas dia keluar dari rumah pemulihan, ustaz tadi datang masuk meminang jadi isterinya. Isterinya sebelum tu meninggal dunia akibat kanser rahim.
Rupa-rupanya doa dia seorang ibu muda ni,
"Ya Allah aku mengandung dan lahirkan dia. Tolonglah satukan kami semula nanti."
Waktu yang sama ibu muda ini bertaubat dan menghafaz Quran masyaAllah selesai banyak masalah. Akhirnya dia disatukan semula dan dapat menyusukan bayinya tadi. MasyaAllah Tabarakallah.
Dari sisi hidup imam tadi, akhirnya dapat menantu imam dan anaknya jadi anak, isteri dan ibu solehah. Alhamdulillah.
Ustaz jumpa imam tu tanya khabar.
"Alhamdulillah ustaz, dah empat orang anak dah ustaz. Semua pandai-pandai ustaz. "
"Kan saya dah kata, alhamdulillah anak ini dia tak mandul. Alhamdulillah."
Pengajaran dari kisah ini, percayalah Allah tak pernah bohong. Allah s.w.t kata "Siapa bersyukur, akan ditambah nikmat."
Pujuklah hati kita, seberat mana pun ujian kita pada hari ini "we still have a life to live". Masih ada hidup untuk diteruskan.
Ubahlah, ubah cara kita berfikir.
Syukur banyak dapat nikmat atau ujian.
Kalau tak syukur, azab pedih.
Pedih di dunia dan di dalam barzah.
Ini yang Allah swt sebut juga dalam ayat sama Surah Ibrahim tadi.
Hidup yang berbaki ini mesti diteruskan dengan agama. Pujuk hati kita, pujuk untuk syukur dan jangan kufur.
InsyaAllah jiwa kita akan tenang.
#UstazHanafiMalek
Cnp dari Fesbuk
till then, see ya.
thanks for sharing
ReplyDeleteSama2
DeleteAllahu...
ReplyDeleteSusah nak dapat sampai tahap redha dan bersyukur mcm tu...
DeleteKita nie, baru diuji sikit dah melatah...
Tq kongsi kisah pengajaran.
ReplyDeleteSama2 kak NA
DeleteKak Linda, rasa ingin menangis juga saya baca ini 😭. Terharu . Dan sebenarnya karena saya pernah ada juga dalam situasi mirip seperti itu.
ReplyDeleteSaya takut utk judge orang sembarangan . Berpikir jelek ttg orang lain. Takuuuut. Krn dulu saya pernah lakukan seperti itu, judging teman saya yg diselingkuhi pasangannya. Pada akhirnya hal sama terjadi kesaya. Itu saat masih kuliah dulu.
Menyesal sungguh. Sejak itu memang tak ingin lagi judging orang seenaknya. Itu bukan ranah kita . Biarlah Allah yg berhak menghakimi. Bukan manusia.
Betul.. Tapi, manusia memang begitu kan...
DeleteSemoga kita dihindarkan dari perasaan2 yang tak elok, perangai2 yang orang tak suka... Kerna itu, lebih baik diam dari berkata2..
Nikmat apa lagi yang nak kita dustakan.. Allah maha pemberi dan maha penyayang. Dia tak minta banyak.. Dia minta kita sujud kepada Dia sahaja. itu pun manusia susah nak buat....
ReplyDeletebetul sangat...tak payah org lain. diri sendiri je...harapkan yang wajib je, yang sunat berkira2...Allahuakbar
DeleteSetuju....sentiasa bersangka baik dengan allah
ReplyDeleteNampak mudah, tapi tak semua orang boleh buat kak.. Insya-Allah.. Semoga kita termasuk dalam golongan ini.. Aamin
DeleteGood sharing dear.. tq
ReplyDeleteSama2 MA
Delete