Monday, November 25, 2024

.: KE PPAS GOMBAK :.

Assalamualaikum

kisah sabtu (23.11.2024) lepas.
abang Mu'az pergi lawatan.
linda pun bawa la anak lagi 3 orang lawatan juga.

lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam selangor, Daerah Gombak (PPAS Gombak)
bersebelahan dengan Mahkamah Seksyen Gombak

pintu masuk perpustakaan.
kena buka kasut dekat luar tu.
ada sediakan beg kalau nak bawa kasut masuk dalam, nanti nak keluar letak semula beg nya.

tapi, boleh masuk dalam penambahbaikan kot.
letak rak kasut.
macam tak proper je kasut dekat luar tu...hihihi

pertama kali linda ke sini.
jom lah kita tour sekejap.

sudut khas untuk anak-anak kecil.
dalam tu pun ada buku untuk menarik perhatian anak-anak.

ada komputer yang disediakan.
komputer pun baru-baru, bukan yang zaman dulu-dulu punya.
tapi, anak-anak yang una komputer hari tu, semuanya tengah main Roblox .

sesi abang Mueez menyelam mencari buku.
dok cari-cari banyak yang English je.
kawan tak paham sangat English, stress cari buku..hihihi

akhirnya, 17buah buku berjaya dipinjam.
tempoh pinjaman selamat sebulan.
kena daftar ahli dulu, senang je scan QR yang disediakan.

linda pun ada pinjam satu buku.

owh, ada kafe jugak dalam PPAS nie.
sambil-sambil study tu, dah lapar, boleh la ke kafe.
tak perlu keluar pun, dalam ruangan perpustakaan juga.

meh la ambik gambar berdua dulu.

tak sabar dah nie.
dalam kereta pun abang Mueez dah mula membaca.

seronok betul masuk perpustakaan.
linda pula yang teruja masuk .
banyak buku-buku dalam tu.

untuk Waktu Operasi. boleh rujuk dekat SINI

boleh la pergi lagi nanti...

till then, see ya.

 

22 comments:

  1. seronok anak2 ke library tu..ada sudut komputer juga...tringat dlu time kecik2 papa kita bw pi library stiap minggu kt opis PJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok nya...linda keck2 dulu pergi library dekat sekolah je lah...hihihi

      Delete
  2. Bagus terapkan budaya suka membaca buat anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun diorang cuma membawa buku komik je..hihihi

      Delete
  3. sha dlu time kecik excited btul bila ada library dlm bas tu, anak2 xpernah lg pergi library..jauh skit dr tmpt tgl sha...tp seronok juga bila ada library cmni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, nie kebetulan dekat...bawak la...linda memang suka g library sebenarnya, tapi dah beranak pinak nie...tak rajen nak mengangkut ..hihihi

      Delete
  4. Nampak terjaga PPAS sini... ada tempat tu agak tak terurus

    ReplyDelete
  5. Kami suka lepak sini Linda... Cuti² sekolah kalau Walid depa kerja, Akk bawa ke sini je la :)
    Bagus depa, rajin baca buku 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa kat sini...sejuk pun sejuk...
      ala, baca buku komik je kak, boleh la dari takde..kikiki

      Delete
  6. Wahh...Best ni..Sy x pernah lg bwk kids ke library..Kids pegi library ofis ayah mereka ade la..Tp byknya main PC / fon =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu...ofis ayah ada library...
      biasa lah tu, tenang sikit nak main fon,,ekon...sejukk

      Delete
  7. Dah lama giler x masuk Perpustakaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu jugak.. Perpustakaan hospital je.. Hihihi

      Delete
  8. Menarik juga Mbak berkunjung ke perpustakaan.
    Sudah lama sekali saya tak mengunjung perpustakaan. Padahal di Sukabumi perpustakaan sudah menempati gedung baru, saya baru baca beritanya saja, tapi belum sempat mengunjunginya.

    Wah banyak sekali buku yang dipinjam oleh anak-anak Mbak sampai 17 buku...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba untuk ke tempat yang baru itu...
      Cuma buku komik aja, itu yang sampai 17 buah buku.. Hihihi..

      Delete
  9. nampak sgt menarik ni...tak pernah lg dtg sini

    ReplyDelete
  10. Best bawak budak lepak di library... byk betul diorg pinjam buku tp bagus jugak la dh abis uasa ni kan boleh baca buku cerita dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sek anak linda 2hb nanti baru stat UASA..hihihi

      Delete
  11. Sekarang ini perpustakaan dah banyaak yg bagus kan. Jadi betah nak duduk lama. Koleksi buku nya pun semakin banyak. Teringin juga ajak anak2 ke perpustakaan publik seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang perpustakaan awam semua dah cantik2.. Memang selesa lah

      Delete