Sunday, November 17, 2024

.: IPAR ADALAH MAUT :.

 Assalamualaikum

done tengok filem viral katanya.
heboh jap di sana sini.



"Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda: Ipar adalah maut."

petikan daripada sabda Nabi Muhammad SAW menerusi Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim ( 2172)

kisah yang dikatakan diambil daripada kisah nyata.tapi, memang semua kisah yang logik, kebanyakan nya nyata..kalau tak nyata, macam mana nak dijadikan kisah.

Apabila Anis yang sudah berumahtangga dengan Aris membawa masuk adik Anis, Rani ke rumah mereka kerana menyambung pelajaran ke kolej. dan kebetulan kolej yang sama tempat abang ipar nya bekerja. Dengan bermodalkan Rani itu kurang matang dan manja, ibu mereka khuatir untuk melepaskan duduk di rumah sewa/asrama. Risau Rani melakukan perkara yang bukan-bukan.

Rani tu perwatakan nya daring, selalu terlupa bahwa abang ipar nya bukan muhrim, jadi terlepas juga lah keluar bilik memakai seluar pendek dan singlet.Dibandingkan dengan kakak nya yang penuh kesopanan. Mungkin itu juga jadi punca, siapa pun pasti suka melihat pemandangan yang baru. Dalam masa yang sama Rani diam-diam terjatuh suka pada abang ipar sendiri, kerana penuh ciri-ciri lelaki idaman.

Kemuncak nya, pada suatu malam. Rani hampir diperkosa oleh pelajar lain yang berdendam dengannya. Diselamatkan oleh abang ipar nya, sama-sama berbasahan bawah hujan. Dan terjadi lah adegan TER laga bibir. Permulaan kepada adegan yang lebih berani.

-scene nie yang Linda paling geram, boleh berhenti depan hotel ajak adik ipar chek in-

Akhirnya, perbuatan mereka terkantoi bila Anis call suaminya yang sedang chek in bersama Rani. Ariz tak perasan yang belum putuskan talian telefon. Jadi rest of the story, Nisa dapat tahu. Berlaku pergaduhan antara Nisa dan Ariz. Nisa pulang ke rumah ibunya untuk berdepan dengan Rani. Ibu nya terkejut, lalu kena strok dan selamat dibedah. Tetapi, perkara yang dilakukan oleh Rani, ibunya tak igt. Tak lama selepas itu ibunya meninggal. Yang nie mungkin Rani agak terkesan, tapi bagi Linda naseb baik mak nya tak igt. At least, dapat jugak Rani berpeluang menjaga ibu nya yang sedang sakit.

kesudahan cerita macam samar-samar. Sebab tak declare hubungan diorang macam mana. Anis dengan Ariz mungkin berpisah. Rani dengan Ariz tak tahu kahwin ke tak, sebab Rani mengandung, hasil dari perbuatan zina bersama abang ipar nya.

Betul la pepatah Melayu "Bertepuk sebelah tangan tiada gunanya".  Sebab dalam cerita nie, perselingkuhan ini terjadi dengan kerelaan Ariz dan Rani. Tidak ada satu scene pun yang menunjukkan mereka menidakkan perkara ini.

dari sudut pandangan Linda, banyak pengajaran yang boleh diambil.
ada jugak adegan atas katil, tak sesuai untuk tontonan bawah umur.

sape tak tengok lagi, boleh la tengok, banyak bermain emosi jugak nie.
30 min pertama, bosan sikit lah..hihihi

till then, see ya

*sedikit perkongsian/penjelasan mengenai Ipar Adalah Maut di SINI*

18 comments:

  1. sy belum sempat tgk tp byk jg laa ulasan yg sy terbaca kat fb n X fasal filem ni...
    ada yg suka ada yg geram😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerimaan orang lain2 kan...boleh la ditengok untuk jadikan pengajaran.

      Delete
  2. plot nya lebih kurang dgn drama yg tgh viral kat msia lah kan..andai tiada dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..tulah tu...tapi, tak lalu nak tengok drama melayu..kalau telefilem, linda layan lagi.

      Delete
  3. Dah tonton juga. Seram betul tengok citer ni tapi ada pengajaran kat sini. Suami yang baik pun boleh terjerumus ke lembah dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...rasenya netizen marah, sebab wataknya aris tu warak, tapi buat benda tak senonoh...tapi, itu lah kenyataan zaman sekarang nie..kita amik pengajaran je lah

      Delete
  4. Sudah tengok cuma ada adegan yang tidak berapa sesuai untuk tontonan bawah umur.
    Pak Juneidi bila beri nasihat agak menusuk walau dalam keadaan bersahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..betul tu...linda dah baca komen2, so tengok dekat henset je lah...pak juneidi tu watak yang kurangkan rasa stress kita..hihihi

      Delete
  5. Suka Pak Juneidi bagi nsihat tu, menusuk kan...memang bab lain tu semua buat tertusuk panah di jantung...geram aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus pak juneidi tu...
      Bab lain, stress rase.. Hahaha

      Delete
  6. Banyak pengajaran kita boleh ambil dari filem ini. Jauhkan yang tidak baik dari menghampiri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil.. Linda pun pernah ada di situasi ini.. Tp, masa tu lagi lah.. Linda kerja dekat perak, husband dekat melaka.. Adik linda (perempuan) IKM dekat Pagoh.. Ada masa memang dia ckp nak tumpang dekat rumah.. Kita as a kakak mesti lah ada rasa serba salah, sebab husband kita sorang2 je laki kt rumah tu. Tapi, ckp jugak dengan husband.. Husband ok.. And dia tido kat kem sementara adik dekat rumah.. Linda pun gtaw jugak lah jiran atas, depan, kiri kanan. Risau diorang igt husband linda bawak pmpuan balik rumah.. Kikiki

      Delete
  7. terjebak jugak layan citer ni hari tu... boleh la..layan2 but minta dijauhkan dr perkara2 mcm ni ..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Layan untuk kita ambil pengajaran.. Sambil berdoa lah moga dijauhkan dari diri kita dan keluarga kita.. Aamin2

      Delete
  8. Kisah aslinya lebih parah kak. Saya baca dari teman, yg di film ini sudah sangaaaaaaat diperhaluuuus 🤭.

    Waktu itu viral di Twitter cerita aslinya. Yg bercerita wanitanya yg diselingkuhi.

    Saya tak nak nonton. Dah pasti emosi jiwa raga melihat begini 😂😂😂. Daripada bad mood seharian, better saya baca spoiler 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Kalau kisah benar.. Dah tentu lagi dasyat yang benarnya...
      Yang penting banyak pengajaran yang boleh kita dapati dari ceritanya..

      Delete
  9. belum tgk lagi..tp sekarang tgh layan Andai Tiada Dia. versi gini gaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang je lah tu...linda tak tengok drama Melayu, yang tengok pun kelas tahanan cikgu hiragi tu.. hihihi

      Delete