Tuesday, September 10, 2024

.: SEPTEMBERIAN 😉 :.

Assalamualaikum 

Cerita ahad lepas, 8 sept
Last minit punya plan.. 
Buat makan makan dekat rumah linda.. 
Sempena Septemberian punya birthday.. 😍😍

Happy birthday to us

Abang Mu'az - 6 sept
Mat Iyan - 8 sept
Linda - 13 sept

Okay... Memasing bawak lauk.. 
Linda masak nasi dengan kari ayam
Mak bawak jelatah dari kampung
Esah bawak ayam masak merah

Rezeki lah, jemput jiran depan rumah je.. 
Sebab rumah linda dekat tingkat 5 (atas sekali) dan ada jiran depan tu bujang.. Hihihi

Gambar makanan takde.. 
Layan gambar gambar yang amik bila nak balik je.. 

Bapak, mak, menantu dan cucus

Macam macam ragam
Wide lens esah kabo, tu yang jadi pelik je.. Hahaha

Terima kasih kak mas, sponsor kek.. 
Walaupun masa pergi beli kek tu sakit hati.. Hahaha... 

Scroll balik gambo atas tu.. Kek kitorg togel je... 
Linda cakap lah dengan staf SR tu nak tulis
Dia boleh jawab "tak boleh" dengan tone yang agak kasar lah... 
Terus linda tanya balik "tak boleh??" suara tinggi gak
Baru staff tu rendahkan tone dia "owh, orang yang tulis tulis tu tak datang hari nie" 
Eh, geram pulak.. Org lain tak boleh tulis ke?? 
Naseb lah nak cepat, malas nak pusing pusing cari kek kt tempat lain.. 
Beli je lah

Eh.. Ada lagi gambar depan kamera

Bapak dengan musa, cucu paling muda

And, 1 slice carrot kek.. 
Special untuk my birthday... 
Sedap nya... 
Eh, linda siap dah dapat hadiah dari kak mas... 
Sampai date birthday linda, baru reveal ok.. Hihihi

Alhamdulillah, dapat berkumpul.. 
Padahal nanti cuti hari malaysia, nak balik kampung jugak.. 
Abang Mu'az dan abang Mueez dah request cuti sek nak duduk kampung... Hihihi
Insya-Allah, ad rezeki smpai lah kampung

Till then, see ya

20 comments:

  1. Replies
    1. kan..geram betul lah kita...kot lah dapat topper free ke...hahaha

      Delete
  2. Hahahahah sedang PMS saya rasa staff tu 😂🤭.

    Hanya ada 1 yg birthday di sept kalo keluarga saya , anak pertama. Tak terasa pula dah besar. Tapi dia cuma minta utk undang teman2nya nak traktir di restoran yg dia nak . Tak mau celebrate di rumah 😂. Okelaah, anak dah besar, ikut mau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang mama nya...tak perlu ngemasin rumah...hihihi

      Delete
  3. Wahhh ramai betul september babies🎂🎊🎉

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...memang selalunya linda mengalah dengan abang Mu'az...hahaha

      Delete
  4. Frustrated kan bila kita minta tulis tp diorg cakap x boleh sbb biasanya kita beli kek bi utk special occasion kan, bukan selalu. Dekat outlet 1 jenama ni (bukan SR) dulu masa mula² buka boleh je walk in beli cake & minta tulis apa² pun bole, skrg kena Whatsapp dulu kalau tak togel je la kek kita. Alasannya byk tempahan 😌
    Anyway, happy birthday to all Septemberians in your family 🎈

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli hari2 ada lah simpan no wassap...beli pun boleh kira pakai jari, mana nak wasap2 bagai...tak masuk akal betul..
      bukannya nak tulis panjang2 sampai 2 muka surat...

      terima kasih ucapannya PH

      Delete
  5. happy belated birthday abg muaz...
    happy birthday in adv untuk Linda...moga semuanya sentiasa sihat,moga yang baik2 semuanya untuk Linda sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, Aamin...
      terima kasih atas doa dan ucapannya kak Afzan

      Delete
  6. hahah gitu jawapannya. ko ingat anak ko tengah tanya "mak boleh tak makan coklat?"... begitulah budak zaman la ni tak reti berbahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...geram kan...bukan nya linda tak pernah jaga kaunter..pernah je...lagi pulak kedai makan.. bila ada cust kerek, dia tanya "kenapa tak sama macam dalam gambar pun?"
      eh, ku rase nak lempang2 je...

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Meriahnya birthday.. seronok.dikelilingi kaum keluarga.
    Selamat Hari Lahir Linda.
    ishh... geram pula dengan staff SR jika begitu. Kasar pula kat pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak...
      Alhamdulillah, family dekat, boleh mai.. Dulu duduk kt melaka... Sengsorang je.. Hihihi...

      Eish,geram kan bila dengar bahasa kasar.. Nseb baik tak tinggal ja... Kita mlas lah nak jadi biadap..

      Delete