Thursday, August 15, 2024

. : JENAYAH SIBER :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, siang tadi linda berpeluang untuk mengikuti webinar tentang Jenayah Siber.. 
kalau ikot dah cukup latihan @ kursus 7 hari, tapi tajuk nie best.. 
Tu yang join jugak. 


Maksud jenayah siber

Yang nie betul.. Kakak linda kena jugak macam nie, kata nya polis(scammer) telefon, ada kesalahan sekian sekian.. 
Ayat dia nak pusing pusing, then macam nak suruh bayar lah untuk clearkan kesalahan tu, kalau tak bayar nanti polis datang rumah dan tangkap.. 
Tapi, Alhamdulillah kakak tak termakan.. 
Terus letak dan terus tanya adik yang keja polis jugak.. 
Adik pun selamba cakap "kalau ad buat salah, polis terus datang rumah, tangkap.. Takde nak telefon dulu, nak bagitahu nak tangkap". 😂😂

Terms nie kita selalu dengar kan.. 

Nie lah maksud nya

Ada pelbagai jenis keadaan yang menyebabkan terjadinya kepada keldai akaun.. 
Kadang-kadang secara tak sengaja juga terjadi nya keldai akaun nie.. 
Kiranya, macam tipu muslihat jugak lah.. 

Yang nie mesti ramai dah tau.. 
Kalau nak cek akaun tu scammer ke tak.. 
Boleh guna laman web nie

https://semakmule.rmp.gov.my

Walaupun webinar nie masa dia singkat je.. 
9 pagi - 12 tengah hari, banyak juga input yang diperolehi.. 
Memang elok buat webinar macam nie.. 
Untuk tingkatkan kesedaran. 

Macam Linda sendiri pun, pernah jadi mangsa scammers... 
Tapi, scammers tu guna gambar profil linda di FB.. 
Mula-mula, ingat macam biasa je.. Tapi, bila ada mangsa dan dah viral orang kata linda yang jahat..
Memang buat report polis jugak lah.. 
Rupanya bila kita stalk2 dalam FB tu, scammer tu memang akan amik je gambar sesiapa yang macam ok, then dia akan mulakan MO dia... 
Tak lama pun dia pakai gambar yang sama.. 
Alhamdulillah lah, takde mendatangkan kesan yang teruk dan berpanjangan pada linda.. 

Till then, see ya

20 comments:

  1. Seram plak dgr. Sy tgk kwn2 yg kena kebanyakannya FB yg dah ditinggal lama (lupa password). Alih2 tgk post dia lain mcm, mmg tahu bukan dia. Apa lg.. sy pun block terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.. Yang pelik2 tu memang blocked aje... Skang trend kat malaysia, boleh scam wassap...keluar no yang kita kenal, tapi pakat2 nak pinjam duit dari ramai org... Circle2 kita juga lah.. Risau jugak yang nie..

      Delete
  2. dunia cyber ni memang tak berapa selamat kan, kena hati-hati dan jangan cepat sangat percaya .. semoga kita semua dijauhkanNya dari segala musibah, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Memang susah nak percaya sekarang nie...
      Aamin2...
      Semoga kita dijauhkan dari segala musibah

      Delete
  3. memang scammers sgt ramai la nowadays...kena sentiasa hati2 tp kalau baca kat socmed selalu ada yg jd mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Tak risau dosa ke diorg nie... Jangan terleka sikit...
      Kadang tak terleka pun terkena juga... Allahuakbar

      Delete
  4. Kak SA pernah kena sebelum ni..gambar kak SA dijadikan profile twitter untuk benda x elok...

    ReplyDelete
  5. Tak pasal2 Linda pulak kena tuduh ya. Jahat betul scammer sekarang ni. Berleluasa pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Terkadang orang dah panik duluan kalo ada telp dari polisi. Langsung tak pikir logic. Padahal betul kata adik nya kakak. Tak mungkin mereka telp dulu kalo nak tangkap orang 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi, sekarang kita dh tahu...jadi mari kita yang scam scammer nie pulak...hihihi

      Delete
  7. TQ share link utk semak no. akaun scammer. Sekarang ni fitnah berleluasa. Sampai guna AI utk meyakinkan orang ramai padahal scammer. Harap2 jenayah siber ni dapat dibanteras, tapi susah sebab scammer ni pandai menyorok identiti sebenar dieorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 carneyz...
      Tulah, scammer pun semakin bijak, dia pun belajar...kita dah berjaga2 pun tetap kena juga...

      Delete
  8. tq for sharing....mmg scammer di mana2 skarang...oh smp kena report polis tu mmg bahaya juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk cover diri sendiri jugak... Risau kalau org cari linda, sebab dia guna muka linda dan kebetulan ada yang terkena masa scammer guna muka linda

      Delete
  9. aritu terbaca kat X (kes arwah cikgu istiqamah tu). katanya golongan guru ni plg ramai jd mangsa scammer. then bla baca komen ada yg cadang, setiap peringkat kerjaya x kisah laa siapa... kena sentiasa diberi awareness tentang masalah scammer, fraud etc. bla selalu buat secara tak.langsung kesedaran tu dpt dipertingkatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan guru, mungkin sebab diorg ada duit lebihan, jadi nak gandakan.. Itu je lah...
      Tapi, sebenarnya awareness nie kena buat... Kadang2 kita tak tahu pun yg tu scam.. Jujur lah dulu masa dekat U pun pernah kena scam duit.. Hahaha.. Naif betul masa tu..

      Delete
  10. Bagus webinar awareness ttg jenayah siber ni.

    Yang tak tahan scammer katanya dari LHDN call pagi-pagi masa nak mulakan tugas. Call guna no HP. Agak2 lah.. nak call LHDN bukan main susah nak tembus ini suka2 scammer call kita plak.

    Banyak dah sekarang entah mana2 mereka datang... even courier pun ada. Syarikat insurance pun ada. aishhh... macam-macam lah diorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah...betul sangat...memang kena aware je lah...selalu pesan mak ayah dekt kampung...hati2..kita tak tahu kan...tapi, kalau ikot bapak tu memang tak percaya benda2 macam nie...
      kalau orang datang jual barang dekat rumah pun, dia tak suka...
      dulu2 kan orang bawak periuk lah..pinggan mangkuk lah...kalau dia ada, memang dia tak bagi singgah...yelah, fikir2 balik..yang jenis2 gitu pun ada je yang buat jahat..

      Delete