Tuesday, June 4, 2024

.: GANGGUAN BEKALAN AIR DI DAERAH GOMBAK :.

 Assalamualaikum

saja nak up dekat sini
takot ada geng2 blogger yang searea dengan Linda tak perasan notis gangguan bekalan air nie
Syarikat Air Selangor jangkakan gangguan bekalan air nie selama 3 hari
bermula esok ( 5 - 7 Jun )

nie kawasan-kawasan yang terjejas ye
Hospital Selayang pun termasuk sekali ye

jadi pagi tadi dah selelsai lah menampal memo dekat asrama
dengan harapan, penghuni asrama nie cakna lah
kadang diorang nie tak baca pun, bila takde air, baru kalut nak wasap, tanya

takde group wasap ke??

iye, takde, tak mampu nak simpan semua nombor HO dan SN
penghuni asrama ada dalam 150 kot
jenuh nak save nama sengsorang
tapi, kalau Linda save pun, memang letak blok asrama dan no bilik dulu, baru nama..hihihi
senang nak trace

perincian kerja Syarikat Air Selangor
semoga air tangki asrama dan air tadahan penghuni mencukupi lah ...

untuk lebih lanjut sila layari Syarikat Air Selangor

till then, see ya

18 comments:

  1. adehhhh letih la gangguan bekalan air..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, sini dapat notis, sempatla stand by air sikit. Moga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..biasa lah, notis sehari sebelum...kita berposak2 nak info penghuni...dalam website memang dah war2 kan lama..tapi, kalau bukan yang bayo bil..tak nampak pun notis nya..hihihi

      Delete
  3. ye huhuu bertong tong dah air disimpan harap2 cepat la ada semula. peritt xda air ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah linda ada 2 tong je..memang ada dalam bilik mandi, yang lain guna semua bekas yang boleh tadah air...
      harap2 cepat lah proses air masuk semula ke tangki...

      Delete
  4. Selangor dgn gangguan air berpisah tiada...tp kalini dlm senarai list xde plak...tp tadah juga la air sbb kebiasaan kawasan umh kena je sblum2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..tadah je, mana tahu ada gunanya juga nanti..

      Delete
  5. Area Akk terlibat ni huhu ...
    Hadap je lah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kak..Linda area hospital, automatik kuarters dan asrama kena guna tangki dekat bangunan je.. tangki utama, memang salur untuk main building je...

      Delete
  6. Replies
    1. Selalu selepas kejadian tu yg risau.. Sebab air tangki dah habis guna..

      Delete
  7. KL Sentral ni pun....esok akak siap2 amik cuti dah...malas nak keja

    ReplyDelete
  8. Ya Allah kalo dah elektrik dan air gangguan, pening kepala langsung. 🤧. Semoga skr dah kembali lancar ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Udah kembali seperti sedia kala... Air nya cepat disambung..

      Delete
  9. CCL kat Perlis ni pun ada isu yg sama, tapi mujur sehari dua jer tak ada air ..kalau berpanjangan tu risau la juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi risau jugak kan dekat perlis kemarau...semoga tak berpanjangan...aamin

      Delete