Friday, June 28, 2024

. : FINAL TEMUDUGA :.

Assalamualaikum 

Masih dalam perkhidmatan lagi.. 
TTP (tarikh tamat perkhidmatan) 1.12.2024..
Jadi, jom lah kita up kenangan incikSuami beruniform lagi... 

Final temuduga dengan CO, hujung bulan 3 ritu
*eh eh kamu linda, lama beno ceritanya*
Hahaha

Payah jadi tentera nie.. 
Semua nak bertemuduga.. 
Nak pegi kursus kene temuduga
Nak kawen kene temuduga
Nak buat loan rumah kena temuduga
Nak sambung servis kena temuduga
Nak pencen pun kena temuduga juga

So, saja lah nak share gambar - gambar inciksuami seusai temuduga.. 
Saja buat kenangan kan.. 

Geng - geng nak pencen, dengan encik RSM.. 
Dengar cik RSM pun nak posting dah

Dengan CO, menyampaikan sedikit cenderahati tanda kenangan.. 
21 tahun berkhidmat di unit yang sama.. 

Geng - geng nak pencen..
Amik gambar ramai-ramai.. 

Gambar single pulak.. 

Nak buat family potrait dengan incikSuami pakai baju nie, pun tak lepas lagi.. 
Bila ntah nak buat.. 
Baju semua kat Melaka.. 
Linda takde gambar berdua dengan incikSuami pakai bush jacket nie... 
Risau pulak nak suruh incikSuami pakai bushjacket sekarang nie, takot tak muat tang perut je.. Hahaha

Till then, see ya

23 comments:

  1. Bestnya geng askar boleh pencen awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit juga nie nanti... Pencen time anak baru nak membesar... Hihihi... Tapi, helok lah ngan kederatnya...
      Askar kena berat.. Tak mampu dah kalau 45 tahun ke atas tu..

      Delete
  2. semoga terus sukses dan dipermudahkanNya segala urusan, wahh pencen muda naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah.. Aamin2x..
      Mekasih kak ana...
      Takdelah muda pun.. Udah 43 inciksuami kita tu

      Delete
  3. Oh? Nama style tu bush jacket eh?

    ReplyDelete
  4. 21 tahun berkhidmat kemudian pencen walau masih diusia muda.. Alhamdulillah semoga sihat sentiasa..

    ReplyDelete
  5. sepupu ldy pun askar... pun pencen tahun ni pada usia 41 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah-ntah 1 intake sekali ngan husband linda...
      Husband linda tua sikit lah, 43 tahun nie... Anak baru darjah 6, yg sulung... Struggle sikit lah

      Delete
  6. muda sgt tu umo 40 dah bersara. abe kie yg dah 51 ni pun masih terpaksa bekerja demi sesenduk nasi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie memang dah sampai masanya pencen abam Kie... Askar memang pencen awal.. 21tahun service je... Tak larat nak sambung 26tahun...

      Kalau kita nie, memang 60 ler jawabnya..

      Delete
  7. best tu menghitung hari utk pencen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Linda pun tak sabar nak tunggu suami uruskan anak2.. Hihihi

      Delete
  8. ooo.. rupanya askar memang pencen 45 eh.. diorang ada ke skim yang boleh sambung berkhidmat. Patutlah suami sepupu dulu pencen 45 yang saya rasa masih muda sangat masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umo tak tntu.. Masing2 lain.. Yg penting servis tu.. Cukup 21tahun untuk dapatkan pencen bulanan...
      Kalau nak sambung boleh ke 26tahun servis.. Tapi, direct terus.. Jadi ramai yang tak sambung..

      Setkat nie, mcm takde dengar pulak ada skim untuk sambung kerja (maksudnya dengan gomen lah)..
      Selalu, memang cari keje luar lah..

      Delete
  9. Kawan kwan akak yg sebaya, yang jadi tentera dah selamat pencen dah...muda betul pencen..ada yang skrg jadi jurulatih, ada yang sekarnag bisnes jahit baju kurung and baju melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk awal tentera, pencen lagi awal lah...
      macam suami Linda, tak tau lah nanti cmne...linda cuma cakap..yang penting, bab anak2 terjaga...untuk uruskan persekolahan...linda tak halang pun dia nak buat apa..

      Delete
  10. kalau tak muat, pakai kan korset dulu hahaha.
    biras ammi masih berkhidmat...dengarnya sampai ke umur pencen betullah. dah banyak paku nampaknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa...askar nie berbeza...
      kalau pangkat bawah2 nie...untuk dapat pencen bulanan, servis min 21tahun,max 26tahun...dah tak boleh sambung

      untuk pangkat pegawai ke atas,(bermula leftenan muda dan ke atas) semua pencen ikot umo 60tahun...untuk dapat kan pencen bulanan...

      Delete