Friday, March 29, 2024

.: TOL PERCUMA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, untuk yang nak pulang ke Utara @ Selatan tanah air memang bersyukur lah kalau diberikan tol percuma nie

walaupun kali nie diibaratkan sehala je (sebab sebelum raya je)
tapi, dah jimat banyak jugak tu
imagine yang dari Johor nak balik Perlis, tol almost rm200 jugak
jadi boleh lah guna duit tu buat topup duit minyak kete kan


walaubagaimanapun

Tol percuma sempena Hari Raya diberikan selama 2 hari, pada hari Isnin (8 April) dan Selasa (9 April) sahaja. Ia juga percuma untuk pengguna kelas 1 sahaja iaitu kenderaan persendirian dengan 2 gandar serta 3 atau 4 tayar. Bermakna, teksi, lori dan bas perlu membayar tol seperti biasa pada 2 hari ini.

Sama seperti sebelum ini, tol percuma ini tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim. Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.6 juta untuk memberikan tol percuma ini.

jadinya..
semua tol-tol yang kecik-kecik pun free lah
WCE pun free lah
tapi, Linda nak guna WCE masa raya ke 3, free laluan Beruas-Changkat Jering je lah ye
Alhamdulillah, rezeki jugak tu

semoga baki Ramadhan yang tinggal 12 hari nie, dapat kita manfaat kan dengan merebut peluang untuk melakukan amal kebaikan..aamin2x

till then, see ya 

26 comments:

  1. Betul jimat sangat esp kami yg nak balik ke Jitra nun...
    Selamat menambah amal ibadah... Rasa sekejap sangat Ramadhan dah nak tinggalkan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul PH..hanya orang yang balik Utara je faham tol tu banyak mana...tu yang dok merantau tu, balik setahun sekali je...hahaha..sebab kena siapkan duit tol, duit minyak, duit jajan2...

      Delete
  2. Wah menarik ni...suami akak balik 8hb tu..jimat la jugak kan..

    ReplyDelete
  3. memang patut kerajaan madani memberikan tol percuma sempena raya ni. kalau boleh bagi semasa balik KL gak. Baru adil!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki...
      Selalunya memang bagi pergi balik.. Kali nie, dpt sehala je..

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Rezeki menjelang Syawal.

    ReplyDelete
  5. entah camne la jem nya tarikh tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Linda balik malam raya tu... Balik kg linda dulu, lalu LATAR je... Risau jem dekat tg karang tu je lah

      Delete
  6. ok la tu..dpt jugak kan tol free nya.. MA keja, so x dpt la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Linda pun kerja lagi smpai 9hb tu... Lepas tu, raya kg Linda dulu, dpt free yg LATAR jelah... Alhamdulillah... Jimat jugak rm7.50

      Delete
  7. haah lah selepas raya takda tol free dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis dah bajet kot... Kikiki..
      Padahal, awal2 lagi kerajaan dah kira.. Waktu bila nak bagi tol free..

      Delete
  8. Bila time tol percuma tu memang happy tapi jalan tu selalunya jam time tu.....

    ReplyDelete
  9. Kalau buat free sabtu ahad kan best .. 6 u april tu hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... Kerajaan pun berfikir bang... Sebab kalau buat hr sabtu, lg banyak kena tanggung nanti... 😂😂

      Delete
  10. Ohh JD tgl tertentu ya kak? Saya ada baca beritanya di sini, tp tak jelas apakah selama raya dan utk semua kendaraan atau bagaimana. Skr jadi jelas ketentuannya.

    Kami semua berharap Indonesia juga begitu, tapi rasanya mustahil 🤣🤣. Secara tol nya juga kebanyakan swasta punya , tak mungkin nak gratis 😂. Yg govt punya adaaa... Tapi saya yakin tak akan gratis, secara yg akan mudik saja diperkirakan lebih dari 100 juta 🤣🤣. Bankrupt pula kalo semua digratiskan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini.. Lebuhraya itu sendiri punya kerajaan...yang utama PLUS. Yg itu lebih kepada kerajaan yang menguruskannya.. Ada lagi lebuhraya kecil-kecil. Yg itu syarikat yang memguruskan

      Delete
  11. Sarawak tak de tol...nasib baik juga kalau tidak kos terus naik dan melambung..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... dapat gunakan duit untuk tol tu bagi kegunaan yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Mcm linda, tak byk dah guna tol skang, kalau ikot free tu.. Jimat lah rm7.50..kikiki..

      Delete
  13. memang sgt2 jimat if saper2 balik on those dates...errr MZ may be balik kg sama ada ari sabtu or ari ahad lagiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pun balik jugak hr sabtu, then ahad kena balik lg.. Isnin, selasa masih kerja...

      Delete