Friday, January 19, 2024

.: PHOTOSHOOT PART 2 :.

Assalamualaikum

tak perlu di kenalkan lagi..
semua dah taw tempat paling hotspot dekat Taiping
- Taman Tasik Taiping -

nie kalau balik Taiping, memang akan singgah..
kalau tak sempat nak singgah untuk beriadah, pusing-pusing kawasan naik kereta pun puas hati dah..

gambar photoshoot nie 
tahun 2021, hujung Syawal
masa tu tiba-tiba kerajaan umum dah boleh rentas negeri
zass, terus bersiap amik cuti dan balik kampung
Alhamdulillah, kebetulan incikSuami takde apa-apa dalam kem
jadi senang lah nak dapat cuti

cikpuanLinda pun apa lagi
tangan godek-godek fesbuk
mencari photoshoot yang murah murah
gatal nak berphotoshoot pulak

anak4 pun kecik lagi waktu nie
takde banyak bunyi, folo je ibu


seronok tengok gambar-gambar lama
lepas tu stress masa sendiri

  • dulu kurus, skang dah berisi sikit
  • dulu anak-anak behave je, skang Masya-Allah
  • cepatnya anak-anak besar, mak tak sempat nak perati anak-anak

eh..macam-macam lah
tu yang sekarang, kita cuba mengharungi kehidupan dengan memori yang indah2 je*padahal mak asyik jadi singa je*

till then, see ya

p/s -  nie link photograher Aleeya Studio-Photographer

20 comments:

  1. Wajib tu kalau ke taiping bergambar dengan pokok besar

    ReplyDelete
  2. Teringat juga pernah ambil gambar kat sini tapi masa tu Dania kecik lagi. Cantik pokok2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beratus tahun kot umo pokoknya nie..memasing dah bertongkat...

      Delete
  3. TTT memang port terbaek utk OOTD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taw xpe MZ.. Malang nya, xd lah pndai sangat nk OOTD... Hahaha

      Delete
  4. Tak kisahlah mak singa ke rimau ke tetap ratu di hati anak² 🤗
    Akk pun suka suasana kat sini, damai je esp bila tengok pokok² keliling tasik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Bila tasik air penuh, view dia lain, bila tasik air surut, view dia lain...
      Mak ratu anak2 tu tak boleh di pisahkan.. Hihihi

      Delete
  5. rindu tasik taiping... sekarang semakin cantik... kalau zaman ldy belajar dulu xde la seluas sekarang.. tp kerusi yg bawah pokok dulu2 tu masih ada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak luas cmne tu? Konpius jap.. Mebi sebab dulu boleh lalu lagi guna kereta..skang mmg x boleh dah, pokok2 dah maken menumbang.. Lagipun, ad dah 2,3 kes yang pokok dah reput, patah sendri.. Jd bahaya pulak kalau ad kereta tgh lalu...

      Delete
  6. pi taiping ritu xsinggah la plak amik gbr kat pokok besar taman tasik taiping ni...rugi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Len kali kena singgah... Hihihi... Tiap kali dtg, pokok pun berubah tgok nya..

      Delete
  7. Dulu saya pun pernah jadi singa harimau bagai time anak kecik-kecik.
    Sekarang anak-anak dah besar,, mereka tak mahu terima singa harimau lagi dah hihihiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik cara kecik.. Besar cara besar.. Semoga anak2 membesar jadi anak soleh solehah... Aamin

      Delete
  8. betul tmpt wajib ni bila blk kg.
    ciknur kadang saje lalu kot tasik dpt tgk pun jadi la he hee sb kadang suami suka blk ikut kuala so tak msk taiping.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai lagi..bila nak pi asyik x jadi je

    ReplyDelete
  10. Bagus juga hasil foto2nya kak 👍. Tak apalah sedikit berisi skr, yg penting sehat kan , dan bahagia 😄. Kalo anak2, memang lah makin besar, makin banyak bicaranya, kita pun kadang kewalahan menghadapi mereka. Anak skr dan beda Ama anak dulu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kita gunakan service photographer.. Itu yang baguss hasilnya...
      Iya, anak2 memang beda waktu kita kecil2...

      Delete