Monday, January 22, 2024

.: HUKUM MEMBASUH TUALA WANITA :.

 Assalamualaikum

2, 3 hari nie kecoh dekat medsos mengenai tuala wanita @ sanitary pad.
untuk lebih pemahaman boleh tekan link dekat bawah nie


sama-sama lah kita menambah ilmu
cikpuanLinda akui, nie pertama kali baca hukum ini
rupanya tiada hadis @ dalil yang menyuruh kita untuk membasuh tuala wanita dulu

Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :

سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه

Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”

Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)


Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :

  1. Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
  2. Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.

Wallahu’alam.


sekarang ini macam2 permodenan untuk sanitary pad nie

yang paling terbaru cikpuanLinda dengar Menstrual Cup, maybe orang lain lama dah dengar psal ini.

Menstrual cup nie macam cup lah, bila kita datang bulan, masukkan kedalam miss V kita, dan darah haid tu akan terkumpul lah dalam tu, jadi untuk selang masa beberapa jam, kita kena keluarkan dan buang darah haid tu, dan boleh basuh menstrual cup tu untuk diguna semula..

tapi, macam tak hygiene pulak kan?? ke kena bawak spare 2, 3 menstrual cup

eh, yang nie cikpuanLinda cannot brain lah, fungsi utama dia untuk mengelakkan pembuangan sanitary pad nie lah..kira nya Go Green lah nie

berbalik pada membasuh tuala wanita, disebabkan tiada dalil yang mengatakan perlu dibasuh tuala wanita tu, bagi cikpuanLinda kalau dekat tempat kita tu memang ada pengasingan macam tong kuning dekat hospital tu, ok lah..

tak pun, ada sanitary bin macam dekat tandas2 awam ke, yang famous Rentokil lah kan, takde masalah kot kalau tak basuh..

tapi , kalau kat rumah sendiri yang bercampur dengan sampah domestik biasa, better basuh dan balut tebal-tebal, kemas-kemas dengan surat khabar atau tisu..

kalau duduk dekat kampung, mungkin boleh korek tanah dan tanam..tapi kena korek dalam2 lah kan...isu nie, tetiba hot..sebab ada sesetengah yang hijab terbuka tu, katanya memang nampak lah makhluk alam ghaib nie memakan darah kotor tu..

yang nie pun, kita tak boleh nak nafikan, memang makhluk tu akan tertarik dengan benda-benda kotor gini.

maka, walau cara apa pun yang kita buat. pastikan tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri kita, tidak menyebabkan ada rasa tak senang hati pada orang lain

wallahu'alam

till then, see ya

22 comments:

  1. ada dgr ulasan UAI mengenai hal ni...lebih afdol tanam..tapi itulahkan, nak korek tanah tu yg payah...kita buatlah yg mampu & hygenic..wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Kalau kt kg, boleh nk menanam... Nie kt umh kayangan, tanah dalam pasu pun sejemput je... Kikiki...

      Delete
  2. Saya pakai menstrual cup. Setiap kali datang bulan, cuma perlu sanitize (saya rendam dalam air dettol lepas tu bilas) masa nak mula2 pakai dan bila dah habis period (sebelum simpan balik dalam bekas). Memandangkan bahan menstrual cup ni bio-friendly dan duduk kat pangkal rahim, jadi kurang terdedah dengan kuman atau toksik dari pakai pad. Setiap kali kosongkan cup (masa period heavy setiap 3-4 jam, klu normal / light, setiap 8-10 jam), bilas dengan air bersih dan masukkan balik.

    So far takde masalah jangkitan kuman, paling suka sebab jimat beli pad utk diri-sendiri (utk anak2 saya still belikan), tak pening nak basuh / buang pad kotor bila travel dan tak risau bocor waktu tidur. Menstrual cup ni beli satu je dah cukup dan klu jaga elok2 boleh pakai sampai 10 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya.. Kalau time kita pkai kat luar tu, ckup utk sekdar bilas dengan air biasa ke?
      Maaf lah, linda mmg tak reti bab nie.. Nak cuba pakai, tapi seram pulak..

      Terima kasih carneyz, share pengalaman... 😍😍

      Delete
  3. nak memasukkan tu agak ngilu je bunyinye sis.. jd ldy prefer pakai yg biasa.

    kalau nak tanam, memang xde tempat langsung kat rumah ldy ni nk tanam, semuanya bersimen.. huhuhu..

    kalau org dulu2 dia pakai kain, teringt dulu2 mak pakai tuala good morning dan disidai dalam rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...Linda pun pernah juga pkai tu zaman dulu2..tp, mcm dah tak releven masa tu, sebab duduk asrama kan..
      jadi cuba jugak lah pkai sanitary pad tu

      bab menanam tu, uri anak pun jenuh mencari tempat nak tanam, naseb linda setiap kali bersalin sempat bersalin dekat kampung, jadi boleh lah menanam dekat keliling rumah, membe yang bersalin area bandar nie..diorg kata tumpang dalam tanah masjid...naseb baik AJK masjid ok je..siap berseloroh "ramai je yang dok tanam uri dalam kawasan masjid nie

      Delete
  4. saya baca sebagai pengetahuan letapi tak tahu nak komen apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham en hanafi...lelaki pun perlu pengetahuan nie...sebab lagi besar peranan dia sebagai ketua keluarga, akan menjadi sumber rujukan ahli keluarga..insya-Allah

      Delete
  5. kalau saya dekat rumah memang basuh. Kalau dekat tempat awam kalau boleh elak la tukar and kalau terpaksa memang tak basuh and balut elok2 je then masukkan dalam sanitary bin sebab bila dekat luar basuh dia akan messy, darah boleh mengalir ke toilet sebelah dan orang next pun kena tunggu lama.

    Tak berani nak try menstrual cup sebab macam pelik ada getah dalam badan haha plus kalau melimpah dia takde kuasa menyerap. Kita ni kadang2 heavy flow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda pun kalau boleh mmg tak tukar kat luar...
      semoga dipermudahkan urusn kita dalam menyelesaikan hal-hal wanita nie...aamin

      kalau dah biasa pkai menstrual cup tu, mebi boleh bajet dah berapa lama tempoh yang kena cek and bersihkan...

      Delete
  6. yes, MZ agree dgn apa yg linda tulis tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie atas pendangan Linda lah..mungkin ada yang tak setuju...masing2 ada pendapat masing2 kan, cuma kalau boleh apa yang kita buat tu jangan smpai menyusahkan orang lain...

      Delete
  7. Mbul belum pernah pakai menstrual cup kak linda...masih pake pembalut bersayap sekali pakai..tapi pembalut dari kain juga ada jadi bisa dicuci

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, ada jugak Cloth Pad, yang tu pun kak Linda tak reti pakai, tapi kalau anak2 masih kecil dulu2, kaklinda pkaikan pulak Diaper Cloth, pampers yang boleh cuci tu...hihihi...mungkin sebab pampers lagi mahal dan banyak penggunaannya, jadi guna lah yang itu..kalau sanitary pas nie, masih boleh diterima lagi harga nya...kdg beli yang besar tu boleh cover 2 bulan...kikiki

      Delete
  8. Kat office memang ada sanitary bin, bila tukar balut elok2 dan buang dalam tu aje..duk imagine menstrual cup tu..masukkan dalam miss v..lepas tu selesa ke kalau nak berjalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Ok yg ad sanitary bin tu, at least takdelah dibuang bersepah2x.. Ad lah SOP nya utk pembuangannya...
      Yg dah biasa ok kot, yg tak biasa mungkin rase tak selesa sikit

      Delete
  9. teringin nak try menstrual cup tu tapi takut masuk tak keluar-keluar. huhu. saya pun sama, kalau di rumah memang basuh dan balut. kalau tandas ada proper sanitary bin sekadar balut sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi.. Seram pulak yg tu...
      Kita buat yang mana mudah dan tak menyusahkan orang lain...

      Delete
  10. Kalo ditanam, apa ga mempengaruhi tanah yaa, Krn ada bahan kimianya yg bisa merusak kalo saya tak salah baca. So far memang lah saya cuci, bungkus, lalu buang. Krn rasanya agak gimanaaa gitu kalo LGS dibuang saja 😅. Beda cerita kalo sedang di public toilet. Itu saya gulung lalu bungkus dengan tisu, baru buang. Krn tak mungkin dicuci kalo di toilet umum

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kita buat yang mana memudahkan kita..selagi tidak menyusahkan dan mengaibkan...kdg tu ada juga yang dibuang begitu sahaja(di tandas umum), tetapi tidak dibalut...

      Delete