Monday, December 18, 2023

.: SUMPAHAN JERUNEI :.

 Assalamualaikum

dah banyak hari nk review cerita 

SUMPAHAN JERUNEI
tapi, x taw nk review mcm mana

lambat betul cikpuanLinda nie
orang lain dah lama tgok cerita nie..
kita baru nk tgok

level seram 5/10 je lah bg cikpuanLinda
takdelah seram mana pun


Sumpahan Jerunei nie berdasarkan amalan suku kaum di Sarawak pada zaman dulu2
jadi kiranya kisah benar lah 
tp, hantu tu x taw lah kisah benar ke tak..

pada abad ke -13, adat bersejarah pengebumian bangsawan bangsa Melanau,Sarawak.
bila Tuan nya mati, akan dikebumikan di bawah sebatang pokok yang besar, dah jadi mcm tiang lah
adat nya, hamba yang dipilih oleh si mati akan di ikat di batang pokok tu dan akan dibiarkan mati perlahan2, maksudnya hamba tu di ikat hidup2 dan dibiarkan tanpa makan dan minum.
so. mmg mati kelaparan dan kehausan lah
katanya hamba nie sebagai peneman lah kpd tuan dia yang telah mati

jadi dalam sumpahan Jerunei nie, kira team arkeologi lah, diorg nak p tgok sendri dan mengkaji apa yang jadi, nak dijadikan cerita, ad team dah pergi sebelum tu, tapi tiba2 hilang tanpa di kesan.
so, setelah beberapa lama skit, baru lah team kedua nie pergi, Dr.Sani (Bront Palarae), Bee (Uqasha Senrose), Arjuna (Syafie Naswip), Hana (Daiyan Trishan) dan Tommy (Amerul Affendi)

Sampai je kat perkampungan tu, Bee nie dah ternampak benda pelik2, sebab dia terus pergi rumah orang tua Nula(Ruminah Sidek)... ketua kampung situ Madui (Tony Eusoff), beritahu rumah Nula tu rumah dukun, jadi semua orang x pergi ke rumah dia utk mengelakkan perkara buruk terjadi..

esok nya, team arkelogi nie pun p lah masuk ke dalam kawasan tapak Jerumei tu, stat kena kacau dengan teruk bila si Arjuna nie kikis sikit batang Jerunei tu,sebab nk bawak balik lab, nk tahu berapa usia batang pokok tu...
sebabkan batang pokok tu dah ada spirit hamba tu, diibaratkan mcm hidup lah..

pendek cerita, Madui tu jahat..dia nk tanah dekat kawsn tu, termasuk yg ada batang pokok tu..team 1st yg dtg, dpt taw niat jahat dia dan Madui tu jugak rupanya keturunan tuan yang mati tu...
spirit tu nk balas dendam dekat Madui sebagai keturunan tuannya, tp x boleh, sebab terikat dengan hubungan Tuan dan Hamba, jadi bila Madui dah tahu, dia arahkan spirit tu uutk bunuh krew2 team arkeologi tu..

yg nenek Nula tu, rupanya dukun baik...dia nk lawan spirit tu, supaya jgn libatkan org yg x bersalah...tp kuasa Madui lagi kuat sebagai keturunan Tuannya...
tapi last2, Madui mati jugak kene tanam ngan batang pokok tu jugak, dan spirit tu kembali tenang...

tp, yg cikpuanLinda musykil, cmna si Hana tu boleh hidup dan melahirkan keturunan Madui, jadi cerita nie konon2 xd kesudahan lah selagi masih ada waris keturunan tuannya...
back to Hana, dia lah yg tahu sebenarnya si Madui tu jahat, penat dia selamatkan diri dia, tp tak dpt, smbil dikejar Madui tu, sempat lagi Madui membuat onar dan mmg nampk dia tikam Hana...

yang jadi rare nya...
ending cerita tu, Hana bersalin berdiri kot..😱😱


till then, see ya

10 comments:

  1. Saya orang Melanau, pegi tengok cerita ni dgn my mom sebab saja nak belajar pasal sejarah budaya kaum sendiri hihi.. tapi mmg tak seram langsung, kiteorg gelak2 lagi ada. Dari awal lagi dah gelak sebab dieorg naik sampan ke kampung tu, sebab kat Sarawak semua tempat dah boleh pegi guna jalan darat. Tapi layan je la, director nak bagi nampak ada elemen mistik kat situ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi.. Nie lagi kelaka.. Nseb baik Linda x nengok kt pawagam.. Kalau tak, rugi je rasenya... Saja nk tnjuk kak, naik smpan lg gempak...

      Delete
  2. Mesti best ni sbb ada Ruminah Sidek. Saya ada juga tengok cerita seram beberapa bulan lepas tapi nak review.. blom dtg mood pulak..😅 sbb actually bukan kaki movie sgt, sekadar pegi sbb meneman suami je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii..tp bab Ruminah sidek sikit je...buat ada2 org kata...hihihi

      Delete
  3. SA baru tengok kat Netflix last 2 week...sebelum Mak Pah warded kalau x salah...citer dia takde la seram..lebih kepada dendam seorang gadis yang mati dibunuh kerana harta

    ReplyDelete
  4. Belum tengok lagi citer ni...tgk pada review linda jelah..tp klu citer seram mmg xkan tgk lnsg sb jenis penakut...kang xpepasal nk bgn tgh malam suh anak yg teman kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. X seram pun.. Terkejut je lah sikit... Tp, x byk pun...

      Delete
  5. Saya dah save di list Netflix saya kak. Nanti nak nonton, kalo dah selesai drama Korea yg sedang dilihat.

    Penasaran juga nak tengok, karena pemerannya bront palarae kan.saya suka akting dia, sejak main di my stupid boss dan pengabdi setan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya bront palarae, sudah terkenal di indonesia juga...bnyak cerita dia berlakon di negara jiran

      linda bercampur2 lihat nya...yg drama tetap lihat...smbil2 nonton yg movie..

      Delete