Friday, November 24, 2023

.: FASA DUNIA AKHIR ZAMAN :.

Assalamualaikum

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

"Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah),  kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan  al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan  Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal." 

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Bagi yang tak pernah dengar "al-Mahamah" itu apa , ianya adalah satu peperangan besar akhir zaman yang dikenali dengan "al-Malhamah al-Kubra" yang ianya merujuk kepada perkataan "lahm" yang bermaksud daging. 

Maka al-Malhamah adalah 'daging-daging' yang menggambarkan  situasi  peperangan dan pembunuhan yang besar berlaku.Disebabkan peperangan ini ramai nyawa yang akan terbunuh. 

Al-Malhamah al-Kubra ini hanya akan terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. Al-Malhamah  al-Kubra ini akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki. Dan tentera umat islam akan dipimpin oleh Imam Mahdi.

al-Malhamah al-Kubra ini adalah peperangan yang akan melibatkan umat Islam dan Kristian dalam erti kata lainnya ianya adalah perang salib. Satu perang yang besar tanpa wujudnya segala teknologi senjata , yang dimana ketika itu orang berperang dengan menunggang kuda , menggunakan pedang dan panah seperti zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Jadi apa yang berlaku hari ini adalah proses fitnah akhir zaman yang menuju kepada peperangan al-Mahamah yang akan dipimpin oleh Imam Mahdi seorang yang berketurunan dari Rasulullah SAW yang membawa kebenaran dan memisahkan antara haq dan bathil.

Sejujurnya saya tidak sabar ianya tiba , saat dimana islam kembali teguh seperti dahulu kala dan menghapuskan segala perkara yang keji dan mungkar , membebaskan umat islam dari terus menjadi mangsa pembunuhan , kezaliman terhadap umat islam akan terhenti serta syiar islam akan kembali tegak.

Namun , seperti yang kalian tahu ada fitnah yang lebih dasyat akan berlaku selepas peperangan salib ini , yakni kemunculan dajjal yang kita sendiri tahu ianya hanya akan mati sejurus munculnya Nabi Isa Alaihi Salam.

Jadi apa yang dapat kita simpulkan , waktunya semakin hampir dan tanya pada diri kita adakah kita sudah bersedia menghadapinya ?


credit to
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02FfEwZjD96dWm1XhQBAT3FYiHBRPUHj7oZ5kdPjTz3yrcRteshMPn21kGihXT4mXLl&id=100066558877389&mibextid=Nif5oz 

supaya kita tak terlupa dan terleka
janji Allah itu pasti

 

4 comments:

  1. Semoga dalam keadaan apa pun moga iman kita dipelihara Allah dalam dunia akhir zaman yg penuh fitnah..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sama2 mengingati dan ambil manfaat nyaa... Insya-Allah

      Delete