Friday, October 20, 2023

.: SEGMEN #SUARABLOGGER :.

 Assalamualaikum

berita yang paling terhangat sekarang dekat medsos mana2 pun psal Palestine.
sampai cikpuanLinda x sgup nk tgok lama2 video2, mmg bergenang je air mata
tgh2 BW nampak kat blog KekJa ada lancarkan segmen for Palestine
jadi ,boleh lah nk luahan rasa ke apa..


Cara Sertai Segmen :

1. Save gambar banner di atas
2. Tulis satu entri post bertajuk : Segmen #SuaraBlogger
3. Tag dua orang rakan blogger
4. Letak link entri penyertaan di ruangan komen sebagai tanda solidariti!


jom sertai nya...
cikpuanLinda pun x tahu nk tulis apa
tp terjumpa satu post dekat Fb, makanya kita copy paste kat sini
semoga dapat manfaat bersama

*klik gambar utk link ke post asal*

Apabila anak kita bertanya, 
"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita:
Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

❤️ Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.

❤️ Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

❤️ Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

❤️ Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).

❤️ Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

❤️ Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

❤️ Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

❤️ Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

1. Anak kita bertanya: 
“Bagaimana dengan Nabi Muhammad ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”

Jawab: 
“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”

❤️ Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

❤️ Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

❤️"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

❤️ Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

❤️ Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."

2. Anak kita bertanya lagi: 
“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab: 
“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

3. Anak kita berkata: 
"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”

Jawab: 
“Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, “Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman.” (At-Tin: 1-3)

❤️ Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

❤️ Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata: 
“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab: 
“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Footnote: This is not my writing. Credit to the original writer

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.



till then, see ya

p/s - cikpuanLinda nk tag blogger mana ya...adudu...sesiapan pun boleh join, jom sertai beramai2

20 comments:

  1. semoga Allah lindungi saudara kita di sana,aamin

    ReplyDelete
  2. insyaallah ammi join nanti..
    memang sedihkan bila tengok video2 tentang Palestine. Allah, berikanlah kekuatan buat saudara kami di sana. Berilah kekuatan buat isteri yang kehilangan suami, buat anak yang kehilangan ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin2x ya Allah... betul ammi, Linda mmg tak boleh tgok..

      Delete
  3. Assalamualaikum.. Terima kasih keras sudi singgah blog MYiDEAKiNi.. datang singgah & In Shaa Allah join segmen ni.. Menarik!

    ReplyDelete
  4. Saya tak boleh la, bila baca pasal penindasan rakyat Palestin ni memang menggelegak je rasa darah. Sampai gastrik sebab stress tengok gambar2 mangsa kekejaman rejim tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar carneyz...bila tgok Isra@l tu mmg marah...tp bila tgok umat islam palestin, lagi2 kanak2 yng jd mangsa...mmg mencabul adab perang tu sendri...

      Delete
  5. Replies
    1. semoga umat islam palestin terus kuat dan doa2 kita semua umat islam sebagai pendindingnya...Aamin

      Delete
  6. Datang dari segmen yang sama..

    https://pemudattbc.blogspot.com/2023/10/segmen-suarablogger.html

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Terima kasih sudi tgal jejak...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Memang kejam sangat perang kali ni. Semoga Allah berikan kejayaan buat Palestin. #westandwithpalestin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. betul melampaui batas perang tu sendri..terang2 menyasarkan org awam...semoga Allah membantu umat islam di Palestin..aamin

      Delete
  9. Pertanyaan2 di atas bagus untuk mengajarkan anak2 kita seberapa pentingnya palestina bagi umat Islam ❤️❤️. Dah sepatutnya kita selalu doakan saudara2 muslim di sana dan bantu dengan apapun yg kita bisa . Semoga Allah juga selalu memberikan yg terbaik utk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..yang paling kita mampu sekarang melalui medsos dan doa...semoga apa yang kita lakukan mendpat keberkatan dari Allah dan sedikit sebanyak membantu umat islam Palestin..aamin

      Delete
  10. SA baru ni kena kecam...sebab x share kat media sosial SA tentang Palestine..bukan tak nak..SA lebih pada sebak nak share..bukan x amik tahu..cukuplah dengan sedikit sumbangan untuk tabung dan doa dari kejauhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah...mmg manusia kan..mcm2 perangai..Linda pun tak share apa2 psal mangsa2..sebab sedih jugak...kalau bab2 sejarah2 yg tu Linda share...biar semua tahu Isra@l tu yg penjajah sebeno nya...merampas tanah air org lain

      Delete