Friday, July 7, 2023

.: PERMATA HATI :.


Assalamualaikum


 Masam manis pahit tawar
Permata ibu ayah
Harta dunia akhirat
Semoga membesar jadi anak soleh solehah.. Aamiin



empat orang amanah daripada Allah untuk di didik menjadi manusia

ibu ayah cuba sebaiknya, maka maafkanlah kekurangan kami

kami faham, anak-anak tak minta dilahirkan

kami yang memohon agar diberikan zuriat untuk mewarnai lagi kehidupan rumah tangga kami

semoga ibu lebih kuat dan sabar dalam melayani karenah setiap seorang daripada kamu

semoga ibu lebih rasional dalam menyelesaikan apa jua masalah kamu

semoga anak-anak ibu dan ayah membesar menjadi anak soleh solehah


ibu tak menamakan anak-anak ibu dengan nama yang gah, ckuplah sekadar mempunyai makna yang baik.

semoga perilaku, akhlakmu mengikut makna nama-nama kalian. itu sudah ckup membahagiakan ibu.








semoga kita sama-sama melangkah ke syurga Firdaus..Aamiin



mood ibu mmg ke laut dalam nie, ibu cuba utk carik side positif. tp ibu stress anak-anak dok menjerit sana sini..hahaha

insya-Allah, ibu cuba kuat...dugaan PJJ


till then, see ya




p/s - sape nak xari maksud nama2 boleh tekan sinie ya

maksud nama


14 comments:

  1. be strong.. semua org ada ujian & dugaan masing2...
    bagi MA, bila rasa down or sedih and rasa mcm...kenapa? susahnya...sakitnya, MA akan fikir..ada org lagi susah, or org lagi besar ujian yg dihadapinya..in sya Allah..membantu jugak sikit sebanyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mummy... Selalu akn jadi kuat semula bila fikir ad yg lg susah dr linda... Tp, biasa lah kan.. Manusia, down sekejap

      Delete
  2. Anak2lah harta kita di dunia...!

    Eh, uncle suka nama MAYA tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 harta yang membawa kita ke syurga juga...Aamiin..

      kan, ibu pun terjatuh cinta dgn nama maya...tp setkt hari nie, belum seayu nama "maya"tu...hahaha... 🤣🤣

      Delete
  3. Moga menjadi anak2 yang soleh dan solehah buat ibu dan ayah.. Aamin

    ReplyDelete
  4. Aminn... semoga kita dapat jalankan tanggungjawap kita, jaga amanah Allah, iaitu anak-anak, dengan sebaiknya. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2... Risau segalanya akan ditanya di Akhirat nanti... Allahuakbar, byknya kekurangan nie

      Delete
  5. Rezeki 4 orang. Nama semua MS. Rezeki saya seorang ajer. Tu pun bersyukur juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...rezeki kita sis...alangkah bertuah nya kita. 🥰🥰
      hiii.. mak nye nama M..ayah nya nama S...jadi fair n square lah..anak2 MS

      Delete
  6. Alhamdulillah ada 4 harta yang akan mendoakan kelak...semoga anak-anak ni membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. PJJ memang banyak dugaan, bawak bersabar ye ibu. Ammi yg duduk serumah ni pun menduga gak ahaksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah...mudah mudahan begitu lah ammi... hahaha...betul2..menduga betui anak2...yg geram nya, baru je smpai rumah sama2, dah tnye..ibu masak apa....igt ibu ada bela hantu raya ke??? 😅😅

      Delete
  7. Cantiknya nama-nama yang diberi.
    Moga menjadi anak soleh dan solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis Amie...
      Semoga makbul doanya... Aamiin

      Delete