Sunday, November 15, 2026

. : GIVE AWAY : ANNIVERSARY YANG KE 17 TAHUN :.

Assalamualaikum. 

Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. 

GA kak Notie datang lagi. 
Kali ni luar biasa sikit, sebab kena buat entry ni jawab soalan serba sikit. 
Selalu kak Notie kira dekat komen je. 

Boleh klik banner

Kenapa suka masuk blog kak Notie? 
Sebab kak Notie punya blog santai² je. Macam² topik ada. Tang shopping pokok dengan kakak-kakak tu yang lagi syiok baca.

Apa yang best masuk blog Saje Suka-suka? 
Eh,baca nama blog pun tahu. Memang saje Suka-suka lah. Kikiki

Bagaimana boleh terjebak ke blog kak Notie? 
Hurm, yang ni tak ingat. Tapi, memang dari aktiviti blogwalking lah. Linda sejenis memang suka blogwalking, lepas tu bila baca entry dalam blog tu, boleh nak go. Linda pun klik la butang follow, nak bagi masuk dalam senarai reading list Linda. 

Karakter tuan punya blog? 
Nampak dari penulisan, gambar yang dishare.. Happy go lucky orangnya, insyaAllah, kalau berdepan. Mesti senang nak blend in dengan sesiapa pun. 

Penambahbaikan blog? 
Yang ni, takde idea la. Sebab blog sendiri pun tersadai. Janji ada entry baru, tak hilang dari radar. Ok la kot noh. 

Akhir kata, tahniah kak Notie sempena ulang tahun ke 17 blognya. 8 hari lagi, boleh la ambil exam bertulis SPM ye. Hihihi. 

Till then, see ya. 

Notakaki - cuba la, mana tahu ada rezeki orang ke 10

4 comments: