Friday, September 11, 2026

.: WELCOME TO PERAK :.

Assalamualaikum.

Rabu, 9.9.2026 - tarikh cantik kan?
Memang ingat la sampai bila².. hihi.

So, here we go.
Lepas hantar kids pergi sekolah,terus la ke Ipoh.

Belum pukul 8 pagi dah sampai.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Ngintai dalam kawasan tu, kecik je.
Tanya la security, lapor diri dekat mana.
Dia beritahu dekat menara Tabung Haji sebelah.
Nampak juga macam dah orang nak lapor diri, kita tanyalah dia..
Freshie, aras 7 katanya.
Owh, kita tak tahu pasal ni.takde pemberitahuan pun.

Bilik mesyuarat Zamrud.
Ramai yang lapor diri.
Freshie je pun dekat 60 orang.
Bertukar masuk dalam 20 orang.

Macam lama je dok dalam ni, Linda suruh la incikSuami balik dulu.
Petang nanti baru datang semula.
Sampai tengah hari dah.
Kengkawan semua dah menekan nekan tanya dapat mana. 🤭🤭

Adik yang dapat JKN Selangor pun dah tahu dapat mana.
Alhamdulillah, dia dapat Hosp Shah Alam je, lega la dekat dengan rumah.

Yang JKN Perak ni, berchenta menunggu.
Saja bagi panas Line.

TPKN(Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri) siap bagi ucapan alu aluan untuk staf baru.
Jarang berlaku ni. Hihi.

Finally, pukul 4.30 petang baru keluar surat penempatan.

Last but not least, exKSKB SAS(kolej kesihatan Ulu Kinta)
Dari pada PTD yang depan sekali, Puan Dalina.
Yang akak² penyelia asrama kakAyu(tudung mustard) dan kakWatie(rupanya kawan sek men incikSuami).

Akhirnya, PKD Perak Tengah.
Alhamdulillah, semoga yang baik² untuk Linda di tempat baru.

Setelah 2 hari duduk tempat baru, hingaq  weyh..
Adudu, moga seketui Linda dapat sesuaikn diri. Hihihi.

Till then, see ya.

13 comments:

  1. Dah dapat jawapan kan..legaaaaa...tapi still kena PJJ ke x payah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak payah PJJ.. dalam 15min je dari rumah

      Delete
  2. Lama betul nak menunggu keputusan tu kan. Petang baru ada jawapannya. Alhamdulillah..dah tahu lega. Dekat ke jauh dengan rumah tu Linda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lama betul menunggu..
      Alhamdulillah, dekat je .dalam 15min mcm tu

      Delete
  3. Semoga dpt sesuaikan diri. PKD Perak tengah dekat area mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..
      pKD Perak tengah dekat Seri Iskandar.. sebaris stesen bas tu.. nanti balik kg, tengok² la.. hihihi

      Delete
  4. ehh jap... maksudnya bertugas Pejabat Kesihatan Daerah lah eh.. bukan hospital. Ke salah pemahaman akak 😅

    ReplyDelete
  5. Hahaah kita pun nak tau PKD Tengah tu belah mana Linda? 😅😅 mcm am sangat penempatan nya tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, saja je kan bagi am..
      Sebab sehingga entry ni ditulis,Linda pun tak tau dapat mana penempatannya... Hahaha

      Delete
  6. Ooo kena pi pej kesihatan daerah. Dekat tak dgn rumah. Pkd memang havoc Dan hingaq. Akak pernah kerja kat pkd muar dulu. Pening dgn matron nurses orang admin pen peg kesihatan persekitaran. Tapi Slow2 sesuai kan diri. 6 bulan ja dapat offer naik pangkat zoom pi ibu pejabat Di kl. Walau pun 6 bulan seronok. Bising je tapi banyak membantu urusan kerja. Kerja kat kg dgn bando raya kl lain vibesnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dekat je kak.. dalam 15min je, Linda naik motor je.. hihi
      InsyaAllah, moga boleh sesuaikan diri..aamin..
      Sangat lain vibe kg dengan Bandi.. hahaha

      Delete