Saturday, September 5, 2026

.: UJIAN YANG DATANG :.

Assalamualaikum.

Mak ni tengah berjimba dengan kawan² dekat sekitar KL.
Tiba² dapat miscalled dari bapak.
Pastu, wasap la kak mas ,kenapa.

Sekali kak mas hantar gambar.

Jatuh motor pula abang Mu'az.
Esok birthday dia.
Kira hadiah birthday ke mcm mana ni??  😭😭

Alhamdulillah, kak mas kata takde apa yang mudarat.
Cuma calar calar je.
Esok lah pagi² Linda vroom vroom balik kampung.
Jenguk anak bujang sekejap.
Adoi la, semua pun nak merasa jatuh basikal, jatuh motor.
Anak Lanang kan.

Till then, see ya.

26 comments:

  1. biasalah anak jantan! Pengalaman jatuh motor tu perkara biasa. Sy pernah terlanggar kerbau semasa menunggang motor di Papar, Sabah kira2 26 thn yg lampau... semoga cepat sembuh ye abang Mu'az!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh, langgar kerbau.. mcm kejadian langgar lembu..
      Itulah AK, nak dihalang², anak lelaki.. cuma boleh doakan yang baik² dan sentiasa nasihat saja lah...

      Delete
  2. ank laki tk sah tk jatuh moto kn..smoga cpt baik muaz

    ReplyDelete
  3. Alamakk kita part luka² darah ni mmg seriau... tiber teringat memori uyum kena himpap gate tercucuk bucu kena atas mata....

    ReplyDelete
  4. Pedih plak aunty SA tgok luka tu Abg Muaz...adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu..benda nak jadi kan..
      Linda pun dah sampai kampung ni, jenguk dia kejap

      Delete
  5. Ya Allah, abaaaaang, ada saja cobaan nak birthday yaaa 😔.

    Tapi Alhamdulillah tak ada luka serius ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. takde yang serius, calar macam tu jelah

      Delete
  6. aduhhh anak bujang niiiii
    apa2 pun semoga cpt sembuh yaaaa

    ReplyDelete
  7. biarpun anak jantan, maunya berderau juga darah ibu.
    get well soon abang mu'az.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. lagi pula kita ni memang jenis family yang takrajin call2 macam nie...memang selalu wasap je..
      bila tiba2 bapak called, kita memang fikir, apa lagi aduan bapak nak sampaikan...risauuu

      Delete
  8. Kalau boleh tak nak pula ada kejadian macam ni. Mak boleh panik dibuatnya. Moga baik2 ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau boleh, memang tak nak dengar..tapi tulah, nak buat macam mana kan

      Delete
  9. Allahuakbar...Mujur xde yg teruk.Serius tgk luka2 tu =(

    ReplyDelete
  10. Semoga baik2 jela tu. Dapat hadiah birthday awal nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. tapi lain macam hadiah birthday dia..seram ibu dia

      Delete
  11. anak awak jatuh motor di usia 14, anak ammi haritu menjelang usia 12 jatuh basikal. Tp mujurlah takde apa yang serius jatuh motor tu sebab kalau berlanggar dengan org tak memasal je kena saman sebab bagi budak under age bawak motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam area kampung kan.. yang sekolah rendah pun dah merempit sana sini...
      satu kelegaan juga sebab tak babitkan orang lain..
      abang Mueez pun jatuh basikal juga masa umur 11 tahun tu, pecah juga la kepala sikit.. hihihi

      Delete