Assalamualaikum.
Mak ni tengah berjimba dengan kawan² dekat sekitar KL.
Tiba² dapat miscalled dari bapak.
Pastu, wasap la kak mas ,kenapa.
Sekali kak mas hantar gambar.
Jatuh motor pula abang Mu'az.
Esok birthday dia.
Kira hadiah birthday ke mcm mana ni?? 😭😭
Alhamdulillah, kak mas kata takde apa yang mudarat.
Cuma calar calar je.
Esok lah pagi² Linda vroom vroom balik kampung.
Jenguk anak bujang sekejap.
Adoi la, semua pun nak merasa jatuh basikal, jatuh motor.
Anak Lanang kan.
Till then, see ya.

biasalah anak jantan! Pengalaman jatuh motor tu perkara biasa. Sy pernah terlanggar kerbau semasa menunggang motor di Papar, Sabah kira2 26 thn yg lampau... semoga cepat sembuh ye abang Mu'az!
ReplyDeleteFuhh, langgar kerbau.. mcm kejadian langgar lembu..
DeleteItulah AK, nak dihalang², anak lelaki.. cuma boleh doakan yang baik² dan sentiasa nasihat saja lah...
ank laki tk sah tk jatuh moto kn..smoga cpt baik muaz
ReplyDeleteItulah...risau la mak ni
DeleteUncle pulak rasa seriau kat lutut
ReplyDeleteTengok darah, luka² gitu..memang seriau la
DeleteAlamakk kita part luka² darah ni mmg seriau... tiber teringat memori uyum kena himpap gate tercucuk bucu kena atas mata....
ReplyDeleteAlahai..baca pun kita seriauu
DeletePedih plak aunty SA tgok luka tu Abg Muaz...adoiii
ReplyDeleteItulah tu..benda nak jadi kan..
DeleteLinda pun dah sampai kampung ni, jenguk dia kejap
Ya Allah, abaaaaang, ada saja cobaan nak birthday yaaa 😔.
ReplyDeleteTapi Alhamdulillah tak ada luka serius ya kak
aduhhh anak bujang niiiii
ReplyDeleteapa2 pun semoga cpt sembuh yaaaa
biarpun anak jantan, maunya berderau juga darah ibu.
ReplyDeleteget well soon abang mu'az.