Assalamualaikum.
Selalu throwback ikut tarikh sama, tahun la lelain.
Tapi, kali ni, throwback nya semua tarikh 30 oGos.
Dulu² rajin up gambar dekat FB.
Sekarang, semua dalam blog je.
Masa ni, bapak sihat lagi.
Boleh nak ikut jalan².
Sekarang, bapak banyak kirim salam je, sebab bapak tak larat nak duduk lama² dalam kereta.
Semoga bapak terus sihat, walaupun tak dapat nak ikut jalan².
Alahai, zaman 3 beradik kecil lagi.
Kak M umur sebulan.
Masa kecik, helok je semua nak masuk gambar.
Dah besar, susah betul ajak bergambar.
Anak dara sorang.
Baju dia masa baby², Linda beli bundle je.
Buat pakai harian, ke rumah pengasuh semua.
Nak cari baju gegirl² sikit.
Kalau pakai baju abang² je, memang orang kata boi la.
GengbasUMT.
Sekarang dah jadi pegawai kastam gred 9, dan alhamdulillah, dah dapat pindah ke Melaka juga.
Kalau tak, dia pun PJJ juga, first posting untuk gred 9.
Eh, dari dulu lagi rupanya incikSuami rajin membantu di dapur.
Sebab Linda tak strict sangat hal² dapur ni, so tak kisah pun incikSuami nak tolong.
Ada sesetengah orang kan, carrot pun ada cara potong nya.
Eh, Linda tak kisah pun la, potong la cemana gaya pun, ke perut juga duduk nya.
Lepas tu, ke STP(mainhole) juga lepas tu. Hahaha.
Tak reti nak lawa², plating² bagai.
Zaman anak² masih nak melawa² bila sambut merdeka.
Sekarang, memang t-shirt sekolah je lah pilihan utama.
Takde dah nak ikut tema bagai, Kikiki.
Sekejap je kak M dah besar.
Baju pun kena dia pilih sendiri, tak boleh dah ibu suka² hati pilih.
Kena tanya dia dulu, berkenan ke tak.
Alhamdulillah, for the memories.
Moga banyak lagi momen indah yang bakal tercipta, aamin.
Till then, see ya.