Thursday, August 20, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum

Jom kenangkan kisah yang lepas.
Takde sejarah, takde lah kita.. ehhh.. 🤭🤭

Masa ni, rumah ada 3.
Selayang-Sg Samak-Melaka.
Haa, selagi ada duit. Memang hujung minggu takde kat Selayang.
Bergilir la balik Melaka atau Sg Samak.

Tahun integrasi. Kolej ditutup beramai ramai.
Sekarang, tup² nak buka balik kolej.
Apo eehh kerja macam tu?? 

Al Fatihah buat arwah pakcik.
Semoga bapak diberikan kesihatan dan dipermudah segala urusan, aamin.

Waktu anak² kecil.
Seronok betul bila dapat balik kampung.

Alahai, waktu ni rasanya comel je.
Elok nak dekat dekat.
Sekarang, kerja nya asyik nk mengusik orang je.
Stress kak M.

Banyak kenangan.
Banyak memori.
Banyak sejarah.

Itu yang menjadikan kita sekarang.
Semakin kuat, semakin matang, semakin tabah.

Teruskan melangkah, walaupun esok hari yang terakhir.
Tetap lah, buat yang terbaik untuk kehidupan.

Till then, see ya.

29 comments:

  1. Sesekali bernostalgia... bila tengok gambar anak2 masa kecik dulu geram je rasa macam nak balik semula ke zaman tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...geram nak gomol je...hahahaha..sekarang, semua kuat sentap.. gurau kasar pun tak boleh...😂😂

      Delete
  2. suka fb tau sebab kadang2 dia throwback yg lama2 tu kan, baru teringat wajah2 macam kurus la, masa muda lah hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kalau ada up gambar, ada la kenangan nya.. Kdg tu, tak ingat nak up gambar..hihihi

      Delete
  3. Byk kenangannya ni..Seronok baca =)

    ReplyDelete
  4. memori bersama anak2 selalu je keluar kat Google Photos jadi sy save foto2 lama itu sbg kenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat Google photo..kadang² kita pun tak ingat ada gambar tu

      Delete
  5. Waalaikumsalam. Betul sangat tu, tanpa sejarah siapalah kita kan. Ejulz pun suka bila kenang zaman anak-anak kecil dulu, masa tu lah moment paling mahal. Walaupun Kak M stress kena usik sekarang, tapi tu tanda depa dah besar dan rapat sangat tu. Moga bapak sentiasa sihat dan arwah pakcik ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Stay strong Kak M!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA..
      Comel anak² masa kecik.. sekarang, comel juga..tapi, tang lain pula .hahaha

      Delete
  6. bila tgk fb thowback mcm2 memory ni mengenang mcm2 peristiwa kan dlm kehidupan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MT..macam2 yang dilalui.. Alhamdulillah...

      Delete
  7. tgk anak orang comelnyaaa lahaiii, kena anak sendiri berderet tiga, huh hari2 jadi singa, kita takde fb nak trobek. kuikuikui~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..anak kita pun berderet 4..hahaha.. 2 tahun sorang..time sopan, ada la gambar..time huru Hara, mana nak sempat bergambar..

      Delete
  8. Laa nak buka semula kolej? Dah tutup lepas tu nak buka semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kerja gila semua.. kos lagi, nak repair semua.. nak beli barang baru lagi.. mana ada barang dah, dulu masa kolej tutup . Semua letgo..perjawatan lagi..

      Delete
  9. bila tengok balik kenangan kita baru teringat ada banyak perkara dah jadi dulu. tapi untuk yang rajin update boleh lah throwback balik, kalau yang tak update memang kosong lah cerita dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang² dia keluar juga status yang kita taip.. hihihi

      Delete
  10. Deepnya perkongsian ni! Kenangan & sejarah yang buat kita lebih matang. Keep moving forward!

    ReplyDelete
  11. Bila kenang balik, rasa betapa kuatnya kita menempuh pelbagai ujian masa susah kan. Suka duka kenangan lama sentiasa dikenang sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  12. Cipta dan simpanlah sebanyak mungkin kenangan. Suatu masa nanti pasti setiap detik akan dirindui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Betul tu PH..
      Kenangan tu yang kita simpan sampai bila²..
      Tu yang dekat opis tak cari gaduh dah dengan orang.. hahaha

      Delete
  13. Sonok dapat throwback sbb tu pentingnya gambar kan hahaah... kita lg suka gmbr yg di cuci sbb baru puas ekceli untuk dibelek² hahaha.... dulu² sejenis yg wajib akan cuci dan simpan dalam album. Skrg ni harga cuci dah mahal myb sbb dh kurang permintaan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita...sebab tu sekarang beralih ke Photobook pula...
      Boleh dah tu kak Ret buat sendiri dekat Pixajoy.. nk upah kita pun boleh.. hihihi

      Delete
  14. Kalau lihat memories lama begini, memang langsung mellow 😄. Rindu juga, teringat masa2 dulu. Apalagi kalau banyak momen manisnya kan.

    ReplyDelete