Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.
air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.
Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.
Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.
Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.








wah bestnya...tiket pun berpatutan.
ReplyDeleteblog akak kena removed. huhu. tak tau nak buat camne dah
Appeal cepat kat link tu. Atau check kat email dari blogger ni.
Deletesemoga dapat semula blog LM dengan kak ezna...
DeleteBest betul berendam. Air terjun sejuk ni....doakan blog akak berjaya appeal. Blogger remove secara tiba2 pulak.
ReplyDeleteblog akak pun sama ke?? semoga dapat balik blog nya.. sedihnya...
Deletea ah, sejuk juga kak air nya
kolam air panas best jugak if dpt berendam...kalau waterfall area gombak/ulu yam/janda baik etc lately byk kes kencing tikus etc so kena avoid tempat2 tu
ReplyDeletebetul tu.. kalau nak pegi, avoid berendam dekat air yang berlopak.. kalau air mengalir ok sikit...
Deletetapi, memang risau pun selalunya.. bab2 kencing tikus tu, sebab kebersihan tak terjaga...
eh murah tiketnya.. Air Panas Gadek kat Melaka tu pun dah belas2 harga tiket
ReplyDeleteAir panas Gadek meriahhh..mcm² ada..
DeleteMasa kat Melaka selalu p air panas Jasin je, murah sikit..hihi.. sampai malam buka dan boleh bawa makan.
Cantiknya tempat ni. Bolehlah plan ke sini nanti. Fee pun murah tu. Nice juga dia buat empangan air terjun buatan tu. Jadi cantik permandangannya.
ReplyDeleteMasa Linda sampai, awal lagi..takde orang .kita ni dah risau, betul ke boleh mandi manda..makin tengah hari, makin ramai..hihihi
DeleteLawanya.. air terjun tu, cantik, macam dekat empangan. Seronoklah anak-anak, dapat mandi-manda. Akak belum sampai lagi sini. Entah bila nak pergi, ni.
ReplyDeleteBoleh la p jalan² kak..tak jauh pun..
DeleteBudak2 tu selagi tak kecut jari memang tak nak naik la.... hahaha
ReplyDeleteBetul la tu uncle . Kita ni cemuih dah..hahaha
DeleteEh nak tanya kak. Kalau tak salah, katanya Malaysia tak ada gunung api kan. Sumber air panasnya berasal dari mana yaa?
ReplyDeleteKalau di sini sumber mata air panas banyak sangat, sebab memang Indonesia di kelilingi gunung api aktif. JD ada kolam2 yg memang berair panas.
Makanya saya agak bingung di sana kolam air panasnya disebabkan apa? Kemarin itu kak Ezna yg bilang kalau Malaysia tak ada gunung berapi
Ya, takde gunung berapi.. tapi, tetap lapisan bumi tu ada sumber panas nya, nasib baik.. ada air mata air yang keluar tu berhaba panas . Di situ la jadi nya kolam air panas..
DeleteSyok mandi manda musim panas ni. Murah je bayaran masuk.
ReplyDeleteTapi kena hati2 dengan kencing tikus juga...
DeleteWah macam Niagara Falls katanya tu, mesti best la ni
ReplyDeleteHahaha.. itulah..dahsyat betul perumpamaannya...
DeleteBudak2 part mandi manda ni mmg suka.. rajin linda peram draf ye.. kalau sy ceta lama dh xde mood dh nk update.. hehehe
ReplyDeleteEr, blog sy dh dpt semula setelah dikunci dan dihilangkan semalam.. hehehe
Kalau tak cerita, nak kenang balik susah.. menjak² ada blog ni, Linda suka juga korek cerita dalam blog sendiri.. hihi
DeleteAlhamdulillah, dah berkunjung ke blog kak Mimi juga tadi.
Kak Mimi pulak.. hihihi
Deletejap masuk dlm list. bila hendak pergi? entah~
ReplyDeleteMarilah jalan²...
DeleteKalau nak healing² naik keretapi pun boleh.. kita jemput dekat steseng KTM
Cantik la tmpt ni...=D
ReplyDeleteBila² balik Parit boleh la cuba singgah..
Delete3 minggu lagi nak masuk cuti penggal 2 dah 😁
ReplyDeleteCantik tempat nya tu.. nampak orang pun tak ramai sangat.
Nasib baik tak silap cuti penggal.. hahaha...
DeleteX pernah tau pun pasal pusat reakreasi lubuk timah ni....menarik...tapi jauh kot dari akak..kalau nak pi kena amik cuti lama dan explore kan...
ReplyDeleteBoleh kak..dari Ipoh, tak jauh dah...
DeleteCantik view air terjun tu walaupun buatan. Ada toilet proper semua, seronok la ke sini senang nak mandi dan salin pakaian bersih lepas tu.
ReplyDeleteItulah..senang sikit...tapi, tula .air dalam toilet dia panas betul . Hahaha
Delete