Tuesday, August 11, 2026

.: LRT 3 SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 26.07.2026 - meh la kita merajinkan diri untuk keluar.
so, kemana kita??
jom cuba naik LRT 3 laluan Shah Alam.
naik dari Bandar Utama.

Pintu masuk nak ke LRT station.
Susur jelah jambatan ni.

Dah masuk.
LRT baru warna pastel purple+pink.
Ke mana kita?

AEON Mall Shah Alam.
Berhenti dekat station Stadium Shah Alam.
Dalam 30 min tak silap Linda.
Lepas tu, walking distance dalam 5-10min je tak sampai 1 km pun.
Tapi, takde proper laluan pejalan kaki.
Kena cross jalan raya, lalu celah station minyak.
Dan sampai.

Pusing² jap sambil tunggu partner date kita sampai.
Yeay dah sampai, terus g food court aras 2, untuk makan².

My partner date.
Nieces and nephews.

Kakak Icha , abang Iyan.

Meera moqmoq

Musa malu malu.

Rasa mcm lama tak jumpa diorang ni.
Sambil tunggu², beli siap² buah potong.
Sajikan dengan buah ,supaya tak ngekor mama dia nk order makan.

Ni je gambar makanan yang ada.
Abang Iyan tunjuk piza, Linda pun order.
Weyh, sedap pula piza dia.
Terliur pula.. hahaha.

Memang ngedate semata² untuk makan je.
Abang Iyan la, dia ada hyper, so agak susah nak manage kat situ.
Hahaha, time makan tu pun jenuh lah mengepung budak tu.

Nasib baik Meera nak dekat Ibu kaklinda.
Susah juga nak Meera ni nak dekat Linda.
Dah takde pilihan agaknya.. hahaha.

Selfie sekali.

Konon² nak road tour la LRT sampai hujung station.
Sekali train sesak macam tin sardin.
Eh,takpelah. Ambik train hala Bandar Utama jelah.
Jom la kita pusing² dalam mall One Utama tu.
Linda tak pernah sampai situ.

Takde ambil gambar banyak.
Sebab diri sendiri pening dengan One Utama tu. Hahaha.
Jalan je ikut kaki melangkah.

Nampak ada taman dekat tengah² tu.
Ada aktiviti juga.

Ni ha, boleh berjalan dekat situ.
Pakai safety gear lah.

Ni dekat atas sekali.
Tak tau lah ada Bape tingkat.
Tapi, mcm food court rasanya kawasan ni.
Ada jambatan tengah² tu, so boleh jalan sini untuk tembus bahagian sana.

Sampai ke petang la berjalan dalam tu je.
Sorang² je pun.

Sorry ya kak Faizah, tak sempat nak roger².
Last minit punya plan.
At least, merasa dah la sebelum pindah ni. Hihi.

Till then, see ya.

21 comments:

  1. Teringin jgak nk ke syah alam naik lrt
    Sekali sekala mesti best jln2
    Hqppy ank2 fruit dpt mkn pizzq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba nanti kak.. sampai ke Puncak Alam route dia

      Delete
  2. Tak try lagi. Entah dah habis dah free ride tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. free ride habis dah..
      sepanjang Julai je hari tu

      Delete
  3. best jugak jln2 naik LRT tu..my razeen la suka naik LRT..pernah jer bwk dia naik dari hujung ke hujung...LRT yg lama

    ReplyDelete
  4. Hari tu pillow talk ngan suami..akak plan nak jenjalan berdua ngan dia naik MRT ke One Utama dan seharian naik public transport je..dia pandang akak kecik besau kecik besau...nyampah...kita nak dia rasa susah payah kita naik public transport kan...eh..tapi nak buat jugak..x kiraaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bawa je kak..
      sekali sekala dating naik train. tak payah fikir nak bayar parking.. hihihi

      Delete
  5. Syoknya family date kat AEON Mall Shah Alam! Walaupun kena cross jalan, janji dapat bonding makan-makan. Btw, restoran favorite apa kat food court tu? Rambang mata pusing 1 Utama yang huge tu, kan! Tapi best dapat relaxing walk kat rooftop garden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu p yang kat tengah tu..ada western.. beli piza dekat situ lah..
      yang One Utama tu, rasanya tak habis pusing.. hahaha

      Delete
  6. tk sempat merasa LRT 3 dr opis...mmg dkt je la dr opis..aritu tgk geng opis ke one utama naik LRT 3 lebihkurang sejam juga la pegi blk kata geng opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul2 dari Shah alam memang sejam depe kata...
      kalau stadium Shah Alam tu, dalam 4,5 station je dari One Utama

      Delete
  7. Dulu & kini tmpt ni la yg selalu kami pegi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. nampak besar.. rasa macam ada yang tak pergi lagi tu

      Delete
  8. Replies
    1. boleh naik laluan Putrajaya tu, p TRX.. hihihi

      Delete
  9. Best tu dapat naik LRT baru. Lepas ni mesti akan ada laluan untuk pejalan kaki. Sebelum pindah dapatlah jalan-jalan dulu kan merasa. Sesekali jalan ikut kaki ke mana arah nak dituju alang-alang dah dating dan makan-makan tu. Kita pun terliur dengan pizza tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lepas ni ada la kot laluan pejalan kaki yang proper sikit.
      tapi tak tau la.. depa kata dekat stadium shah alam tu nanti nak naik mall juga

      Delete
  10. Banyak jalan Linda hari itu. Me time seorang diri di One Utama.

    ReplyDelete
  11. Uishhh.. nak kena cubit ni😁
    Ooo.. dari stesen LRT ikut jalan² luar tu je. Berpeluh gak tu, boleh tambah steps.

    ReplyDelete