Assalamualaikum.
Dari komen blogger Rawiwa yang ni.
bawa ke perjumpaan di I-City Mall Shah Alam hari Sabtu, 15.08.2026.
macam biasa la, linda naik train je.
dari hospital naik bas p MRT Metro Prima, naik train ke Kwasa Damansara,
lepas tu naik train MRT laluan Kajang pula ke Bandar Utama.
dekat Bandar Utama naik LRT ke Shah Alam.
dalam pukul 12 sampai la stesen Seksyen 7.
kak Faizah dah tunggu dekat bawah.
terus ke I-City Mall.
makan dekat SukiYa. boleh baca dekat entry kak Faizah SINI.
linda ni pertama kali masuk tau resto tu.
jadi nya, macam "darat" sikit la.. hahhaa.
gambar yang di AI kan.
eh, tetiba macam tengah melepak dekat kebun Apple pula.. hahaha
haa, yang ni baru betul.
alahai kedudukan linda tu, nampak terus macam berisi badan tu.. kikiki
tapi, takpe, yang penting comel.
dalam pada kak Faizah dok tanya linda
"eh, kedai ni takde limit ke masa makan?"
tanya linda pula, mana la linda tahu.
tak lama tu, pekerja dia datang bawa memo, katanya dah nak dekat 2jam.
ada lagi 10 min.
kalau nak tambah masa RM15/ seorang untuk 15minit, kalau tak silap linda.
tapi, memang kitaorang dah nak siap pun.
cuma macam tenang2 je lagi.
memang makan lauk je, tak ambil pun nasi .
tu pun kenyang perut.
patut la kak Faizah pesan awal2 dah "sediakan perut"
Alhamdulillah, memang kenyang sampai malam. hahhaa..
kecik betul ya perut linda.
terima kasih banyak kak Faizah.
for the food, for the gift and for the ride.
terharu dan tak sangka, dari perkenalan di alam maya, bawa pada fizikal yang sangat indah.
semoga dimewahkan rezeki kak Faizah sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang baik, Aamin.
kalau terlajak dekat Tronoh, roger tau.
Wafi ada lagi setahun di Utara. hihihi.
semoga persahabatan kita kekal terjalin, insyaAllah.
moga ada rezeki bersua mata dengan blogger yang lain juga, Aamin.
till then, see ya.



Cie tak pernah lagi makan sukiya. Rasanya akan jadi darat macam linda juga 🤣
ReplyDeleteAda geng tak pernah makan rupanya...hihihi
DeleteRasa darat tu macam mana Linda ?
ReplyDeleteSemoga ukhwah sesama bloggers kekal terjalin.. Amin..
Rasa darat tu mcm ikan naik ke darat.. hahaha...
DeleteMcm asing la, tak biasa..macam orang ulu masuk bandar.. ðŸ¤ðŸ¤
Aamin YRA..
Alhamdulillah...
ReplyDeletebermula dari dunia maya terjalin persahabatan di dunia luar..
semoga persahabatan yg dibina akan sentiasa di warnai..
Alhamdulillah..
DeleteMoga terus bersahabat baik walau di mana pun.. aamin.
Skarang byk tmpt style suki-ya ni.. Limit 2 jam.. Mmg kena perut kosong kalo mkn tmpt camni.. Sronok dating ngan akak blogger
ReplyDeleteItulah..kalau makan nasi, cepat penuh rasa perut ni.
Deletealhamdulillah..rezeki jumpa akak blogger
Selalu lalu depan Sukiya bila pergi ke MyTown tapi setakat ni belum pernah masuk lagi.
ReplyDeleteLinda ni, kalau takde orang bawa.. tak masuk juga rasanya.. hihihi
DeleteIndahnya silaturahim blogger dari alam maya ke alam realiti! Rezeki dapat kenal Kak Faizah yang pemurah. Insya-Allah ada rezeki boleh meetup lagi kan? Stay safe & teruskan menulis blog!
ReplyDeleteInsyaAllah...ada rezeki, boleh jumpa lagi..pindah dalam semenanjung je pun.. hihihi
DeleteAlhamdulillah, medan blog / medsos di antara kebaikannya.. melebarkan jaringan persahabatan..
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga persahabatan kekal terjalin..aamin
Deleteicity mall ni is my fav mall time duduk shah alam. Sebab tak ramai orang sangat lepastu mall dia luas.... tak rasa sesak dan rasa tenang je
ReplyDeleteBetul..tak ramai orang..rasa tenang je..
Deletemenjelajah ye uols. bestkan from alamaya to alamsemulajadi.
ReplyDeletesemoga ukhuwah dgn baik sampai syurga.
Alhamdulillah .
DeleteInsyaAllah, moga yang baik² saja.. aamin
Dah baca blog Kak Faiza juga. Syoklah dapat berdating berdua ek. Kak Faiza memang baik selalu berkongsi rezeki dengan rakan blogger dan anak-anak blogger juga. Semoga Allah mewahkan kak Faiza dengan rezeki yang melimpah ruah dengan segala keberkatan. Aamiin..
ReplyDeleteSemoga terus bersahabat.
Alhamdulillah..rezeki dapat jumpa lagi dengan kak faiza..
DeleteAamin² YRA
Suka suka sukiya hahha tp kita pun mcm linda , makan sekali dua sudah.. dah tua² ni mcm kurang nak makan byk hehe...
ReplyDeleteWah ok kak faiza bila nak jumpa kita plak... hahaha
Dari tak reti pakai chopstick, eh eh.. tiba² reti pula.. hahaha...
DeleteEh lama juga 2 jam batasnya . Kalau di sini rata2 resto AYCE seperti ini batasnya 90 menit only . Tp bagi saya pun dah cukup. Kadang belum 1 jam pun dah kenyang 😅
ReplyDeleteNak kena pi detim dalam dusun ke😅
ReplyDelete