Assalamualaikum.
pagi semalam. Isnin, 03.08.2026 - incikSuami hantar ke stesen KTM.
linda tanya, bila nak buat IC abang Mueez.
incikSuami cakap, siang nanti lah.
linda pun pesan la, "nanti hantar gambar"
ini je gambar yang dapat. hahaha
sabar je la linda pun.
lelaki kan, lagipun dia bukan blogger.. 😁😁
inciksuami kata tak ramai orang pun.
JPN Seri Iskandar, nasib baik boleh, sebab kalau ikut daerah, alamat rumah kitaorang daerah kinta.
Seri Iskandar daerah perak tengah, tapi tu yang terdekat dengan rumah.
lagi 2 minggu baru datang collect.
seronok la abang Mueez dah ada IC.
si bongsu ni pula, balik sek Kafa (sesi pagi) nampak abang Muez tak sekolah.
dia pun lorat la tak mau p sekolah.
inciksuami kata dah sampai sekolah pun, tapi dok nangis takmau masuk.. hahaha
bawa la balik lagi, tapi memang kena sekatan la.
remote TV incikSuami pegang, tab pun tak bagi pegang.
menyesal la tak p sekolah. hihihi.
rasanya sama je dokumen yang diperlukan macam buat IC abang Mu'az dulu.
till then, see ya.


Alhamdulillah
ReplyDeleteSeronokk dah ada ic
Mesti abg Muezzz excited dulu2 kita kan gitulahh
Tulah..ekcitednya sebab nak buat TnG e wallet katanya..amboi, mana datang dana duit dalam tu nanti.. hahaha
DeleteGitulah kalau bapak² ambik gambar, asal boleh, asal snap sekeping pun jadi la hihi .. .
ReplyDeleteRasanya takde masalah buat ic kat mana² JPN pun. Macam Akk dulu ic Abg buat di Kedah wpun alamat Selangor. Ke dah ada rules baru?
Alhamdulillah, ok je semalam husband buat.. kita nya bukan hari² ada urusan dengan JPN, so tak tahu lah kot² ada rules baru ke kan..
DeleteCuma nya yang dulu, time Mu'az, dia nak bukti mcm bil air untuk alamat yang kita nak letak dekat IC anak tu.. sebab masa tu IC Linda dan suami, masing² alamat lain.. masih belum menetap lagi, begitulah..
Bagus juga ada sekatan gitu. Suruh baca buku jer..hihi
ReplyDeleteBaca buku pun sat jeee..takpelah, jnji semalam takde screen time.. hahaha
DeleteSeronoklah dia dah ada IC. Alahaiii dah sampai sekolah dah pun, tak nak masuk pulak. Dok rumah tak dapat apa. Mesti nyesal tak pergi sekolah. huhu...
ReplyDeleteLagi 2 minggu collect IC..
DeleteMemang dedek tu, waktu tadika pernah juga gitu .dah sampai depan sekolah pun..tak jadi nak masuk
nak kena cari masa utk gi buat IC for my razeen ni
ReplyDeleteKalau ikut SOP, jgn lebih 30 hari.. nanti ada caj rm10
DeleteTahniah Abang Mueez dah buat IC! Syarat penting nak ambil ujian PKSK sekolah khusus nanti ni. Proses buat kad pengenalan di JPN sana sekarang cepat dan mudah tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah..senang je..tak rumit pun..husband cakap, tunggu pun sekejap je..
DeleteIC siap memang ambil masa eh.. ingatkan siap terus. Akak pun dah lupa.
ReplyDeleteSelalu JPN negeri je siap dalam hari yang sama...kalau daerah macam tu, memang ambil masa sikit
DeleteLambat jugak kat sana ye. Kat Lipis ni seminggu je hari tu.
ReplyDeletePekan kecil kot.. nak kumpul banyak sikit..buat sekali harungi.. hihihi
Delete