URAT SIMPUL BUKAN SEKADAR MASALAH RUPA KAKI
Perasan tak ada orang yang kakinya nampak urat timbul, berbelit dan bersimpul?
Kadang-kadang nampak jelas di betis. Ada yang kebiruan. Ada yang timbul seperti tali kecil di bawah kulit.
Ini dipanggil varicose veins atau dalam Bahasa Melayu, urat simpul.
Urat simpul berlaku apabila injap kecil dalam urat kaki menjadi lemah atau rosak.
Dalam keadaan normal, darah dari kaki perlu mengalir naik semula ke jantung. Injap dalam urat membantu menghalang darah daripada turun semula ke bawah.
Tetapi apabila injap ini lemah, darah boleh berkumpul di bahagian kaki. Tekanan dalam urat meningkat. Lama-kelamaan, urat menjadi bengkak, membesar, berbelit dan timbul di permukaan kulit.
Sebab itu urat simpul lebih kerap berlaku di kaki, terutama bahagian betis.
Antara faktor risiko ialah selalu berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, kurang bergerak, berat badan berlebihan, kehamilan, umur meningkat dan sejarah keluarga yang ada masalah sama.
Pada peringkat awal, urat simpul mungkin nampak seperti masalah kosmetik sahaja.
Tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan kaki rasa berat, lenguh, sakit, mudah bengkak, panas, berdenyut, gatal, kejang waktu malam dan cepat letih bila berdiri lama.
Jika dibiarkan, kulit di sekitar buku lali boleh menjadi kering, gelap, keras atau gatal. Dalam kes tertentu, luka boleh terbentuk dan lambat sembuh. Ini dipanggil venous ulcer.
Ada juga keadaan di mana urat simpul boleh berdarah jika kulit di atasnya menjadi terlalu nipis atau tercedera.
Cara mengurangkan risiko:
✅ Banyakkan berjalan.
✅ Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama tanpa bergerak.
✅ Gerakkan pergelangan kaki jika kerja banyak duduk.
✅ Tinggikan kaki ketika berehat.
✅ Kawal berat badan.
✅ Amalkan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal atau calf raise.
✅ Gunakan compression stocking jika disarankan oleh doktor.
Dapatkan pemeriksaan jika urat simpul semakin sakit, kaki semakin bengkak, kulit berubah warna, ada luka yang lambat sembuh, urat berdarah, atau sebelah kaki tiba-tiba bengkak, merah, panas dan sakit.
Urat simpul bukan sekadar isu cantik atau tidak cantik.
Ia boleh menjadi tanda aliran darah di kaki tidak berjalan dengan baik.
Jaga kaki sebelum ia menjadi lebih berat untuk dirawat.
#PublicHealthMalaysia #UratSimpul #VaricoseVeins

Akak selalu kena simpul mengkarung ni..especially kalau sejuk sangat...tapi xde plak urat2 timbul tu..ada je akak nampak kebanyakkan chinese la yg pakai2 skirt pi kerja..ada urat timbul kat betis...
ReplyDeleteKulit deme putih..tu yang nampak kot...kulit kita ni..halah³.. hahaha
DeletePernah baca sharing dari PHM, urat di kaki/betis ni umpama jantung kedua. Kena banyak bergerak supaya darah x stuck dekat situ. Sama la macam info Linda share ni, which is lebih detail.
ReplyDeleteYe..betul PH..kaki/betis memang jantung kedua..memang kena banyak menggerakkan dia..untuk lancarkan aliran darah semua..
DeleteWaktu mengandung dulu selalu kejang, tapi bila tak mengandung takde kejang tapi itulah urat2 ni banyak juga kelihatan dibelakang betis. Bahaya tak eh? Kalau kita buat bekam kat situ boleh ke tak?
ReplyDeleteAlamak..tak tau lah pula Linda..Linda pun tak pernah berbekam...tapi, ada rasa kaki lenguh² ke?
DeleteSy ada nmpk urat simpul dkt kaki. Simpul mngkarung pernah kena tapi jarang dah skrg =D
ReplyDeletesimpul mengkarung memang selalu kena time pegnen je.. time lain jarang kena.. cuma kalau sejuk sangat, kadang2 dia tangkap juga.. sebab tu kadang2, linda suka tido pakai stokin..
Deletelinda nampak selulit je dekat kaki.. hahahha... nampak sangat gemok dan waktu pegnen tak jaga..
saya selalu kena kalau duduk terlalu lama.. biasanya sebab urat tersepit.
ReplyDeletebetul...sebab tu kalau yang macam kerja pejabat ni, dalam 3jam gitu.. kena bangun dah, untuk regang-regangkan segala urat atau otot yang ada..
Deleteakak bila sejuk tido time malam bole kena simpul mengkarung tu..ya ampunn sakit btul kt betis tu...pernah kena time swimming juga
ReplyDeletetime swimming kalau kena, bahaya tu... tu yang kadang2 boleh menyebabkan seseorang tu lemas...
DeleteDah berumur, tenaga kudrat berkurangan ,kadang cepat tertidur,,-
ReplyDeleteni betul, letak kepala dekat bantal je, terus terlena.. hihihi
Deleteselalu nampak kat kaki apek & ahso sebab dorang berseluar pendekkan...kat acik Melayu & India tak pernah lagi nampak
ReplyDeleteSebab kulit deme cerah... Kulit kita tak berapa nak cerah, kalau nak tengok, kena teropong.. hahaha
DeleteSaya kalau flight lama berjam2 mmg akan guna compression socks sbb takut ada urat simpul dan pergerakan darah tak lancar. Boleh menyebabkan darah beku dan serangan jantung kalau serius. Tapi so far alhamdulillah takde vericose vein lagi. Mintak2 xde la
ReplyDeleteAamin².. mudah mudahan takde lah...
Deletetak pernah lagi kena, selalu kena yang tangkap urat masa tidur tu. sama tak?
ReplyDeleteLinda pun tak Google lagi. Sama ke tak dengan simpul mengkarung tu..hihi.
DeleteTapi, masa mengandung..misi selalu juga kabo, kena jaga elok² untuk peredaran darah dan elakkan kena krem tu lah.
Sama ke tak dengan kena krem masa tengah tidur tu..Tangkap kat betis. Kalau kena tu, dia punya sakit tak boleh bawa bincang. Rasa nak menangis tahan sakit.
ReplyDeleteYa Allah..memang nangis terus rasanya.. dah la kita dulu selalu mengandung laki takde, geram takde orang nak di picit.. hahaha
DeleteTd saya pikir simpul tali 😅😅😅. Oh ternyata penyakit varises. Saya bersyukur saat hamil tak ada kena varises ini. Mama saya dulu kena . Jadi sehabis melahirkan sampai berobat juga.
ReplyDeleteHihi..kalau simpul tali tu nak jadi pengakap je...
DeleteKak Linda selalu terjadi saat hamil je lah..lepas tu, alhamdulillah..takde