Assalamualaikum.
Another day of PJJ life story.. 🤭🤭
Konon nak g Shah Alam, naik train percuma.
Tapi, kemalasan melanda.
Sarapan roti coklat beli dekat kedai Eco.
Comel nya, dia pack satu satu.
Senang nak makan, lebih kurang bentuk twiggies.
Ada 6 ketul dalam tu.
Khatam baca buku Trauma (KataPilar Books)
Cerita yang menggambarkan Unit Kecemasan dan Trauma(ED) hospital.
Untuk pembaca/orang awam lebih memahami SOP di ED(Emergency Department), takde lah asyik nak merentan je marah².
Selang seli dengan buat benda ni juga.
Ngam pukul 5 petang, hujan lebat.
Kita ni dok terbayang, pukul 5 nak briswalk sampai 6 lebih, lepas tu nak keluar makan terus.
Tak kesampaian rupanya.
Jadi, makan dekat kafe hospital jelah kita.
Ada masakan panas bila dah petang² ni.
Sedap masakan nya, tapi dah hari² situ je, jemu jugak.. hahaha.
IncikSuami gtaw ada geng pencen, geng bakat datang rumah..hihi.
Tak berjodoh plak kita nk jumpa.
Geng incikSuami masa kerja dekat Sg Udang.
Geng² pencen askar.
Antara yang rapat juga lah, Alhamdulillah sampai juga rumah Linda.
Jangan serik datang lagi ye.
Ok lah, nak sambung tengok Agent Kim.
Till then, see ya.






zaujah saya juga terjebak dengan buat bunga tu.. mende nama alah tu..
ReplyDeleteBunga kawad bulu.. hihi..
DeleteBoleh buat jual tu, kalau saya selalu buat bagi gift dekat orang je..tak reti menjual..
train percuma tu saya tak berkesempatan lagi naik.. nak hujung bulan dah ni haha.
ReplyDeletemacam takde keperluan pergi shah alam, tapi dengar ayat percuma tu yg rasa best
Akak saja nak explore...nanti kalau dah pindah, memang tak pandang dah.. hahaha
DeleteYg penting, buat apa yg kita suka dan enjoy, so masa pun terisi gitu
ReplyDeleteMemang golek² atas katil je semalam.. penat baring, tu yang godek² bunga tu pulak..hihihi
DeleteSekarang kl hujan je. Kadang pagi kadang petang. Melaka pun dah banjir. Wah bagus buku Trauma tu boleh le orang away paham Ed punya cara kerja bagaimana. Sesekali Doktor2 menulis cerita dalam fasiliti Kkm atau hospital agar lebih ramai orang faham situasi hospital bagaimana.
ReplyDeleteMusim hujan ni..semoga dipermudah urusan mangsa² banjir..aamin.
DeleteDoktor menulis, tapi yang selalu merentan tu, depe tak baca pun.. kikiki
Kalau hujan, makna Allah suruh berehat di rumah. Baguslah cafe hospital ada masakan panas petang-petang. Terisi gitu, masa Linda di hujung minggu dengan membaca dan aktiviti kraf. 👍
ReplyDelete